satu

11.8K 299 2
                                    

Seorang gadis yang tinggi hanyalah paras bahu lantas menoleh kearah suara yang memanggilnya.

Dia lihat ada 2 orang lelaki berbadan tegap sedang menghampiri dirinya. Dia menjadi cuak bercampur cemas. Namun, riak wajah dipamerkan setenangnya.

Dia tersenyum nipis kearah mereka. Nafas ditarik dalam lalu dihembuskan sebelum dia membuka suara.

''Ya encik, boleh saya bantu?" soalnya dengan ramah dengan senyuman dibibirnya. Lelaki tersebut memandang sesama sendiri sebelum dia menjawab soalannya.

"Nuraqina kan? Anak Datin Khadijah?" soal salah seorang dua lelaki tersebut. Qina tersenyum lalu menganggukkan kepalanya.

"Betul, encik," jawabnya dengan senyuman dibibirnya.

'Haih mereka dua ni tak reti duduk diam ke mata tu? Tengok aku macam nak makan je." desis hati Qina.

"Kami cuma nak beritahu yang Datin Khadijah kemalangan dan sekarang dia berada di hospital," jelas lelaki tersebut. Badan Qina terkaku, dia terkejut dengan apa yang dengar sebentar tadi.

"Betul ke ni encik? Ya Allah, ibu. Tolong bawa saya ke tempat ibu saya encik," pintanya dengan mata yang berkaca-kaca di hadapan dua lelaki tersebut.

Kedua lelaki tersebut mengangguk tanda mereka setuju. Lalu mereka melangkah ke tempat letak kereta.

'Ya Allah, ibu. Tolong jangan tinggalkan Qina," bisik hati kecilnya sayu.

Mereka masuk ke dalam perut kereta dan meluncur laju di atas jalan raya. Nuraqina tidak habis berdoa agar keadaan ibunya baik-baik.

Keadaan dalam kereta tersebut sunyi sahaja. Masing-masing berdiam diri. Sesekali lelaki yang memandu itu melihat kearah cermin untuk lihat Qina di belakang.

"Encik, macam mana ibu saya boleh kemalangan?" soal Qina setelah lama berdiam diri.

"Datin Khadijah kemalangan waktu pulang dari rumah anak yatim. Ada sebuah kereta yang dipandu oleh orang mabuk yang melanggar kereta Datin," jawab lelaki tersebut. Qina menganggukkan kepalanya tanda dia faham.

"Apa nama encik dan kawan encik?" soalnya lagi.

"Saya Hazim dan kawan saya Fazli," jawabnya. Dan sekali lagi Qina menggangukkan kepalanya. Selepas itu dia mengambil keputusan untuk berdiam diri sahaja.

𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now