dua puluh enam

3K 166 12
                                    

"Eh..awak dah balik? Saya ada simpankan awak lauk lebih. Mesti awak lapar kan?" ujar Qina laju sekaligus menukar topik agar tidak dimarahi oleh singa kacak. Hahahahaha.

Dia berasa seram sejuk melihat pandangan dari Black. Namun, dia kekalkan wajah tengan dengan senyuman manis yang tidak lekang di bibir. Sudahlah hanya mereka berdua sahaja. Jian dan Syafiq pula sudah meninggalkan mereka.

"What you said to them, girl?" soal Black dingin. Namun, Qina hanya tersenyum sahaja walaupun jantungnya seperti mahu tercabut.

'Hah! Itulah! Tadi berani sangat. Sekarang dah macam tikus mati pula kau Qina.'

" Saya tak cakap apa-apa pun. Cuma borak kosong je. Jangan risaulah. Bukannya saya kutuk awak pun," jawabnya dengan senyuman di bibir. Black melihatnya dengan pandangan yang sukar untuk ditafsir.

"I heard what you said to them, girl." kata Black dengan sedikit keras tanda dia tidak suka ditipu. 

"Okey, fine! Saya cakap yang saya sayang mereka berdua sebab mereka kawan saya. Lagi pun mereka tu dah macam abang saya tahu," jawab Qina malas. Tidak suka dengan sikap Black yang seakan mengongkongnya.

"Okey,"

Qina tercengang dengan jawapan yang super padu dan menyakitkan hati. Tadi bukan main macam nak marah lagi. Tapi bila aku dah jawab, boleh pula dia jawab okey je?

Dan lebih menyakitkan hati lagi apabila melihat wajah tidak berperasaan Black. Lelaki itu melangkah pergi meninggalkan Qina sendirian di situ.

'Hal eley mamat ni. Perangai tak senonoh langsung!'

Qina berjalan menuju ke tingkat atas menuju biliknya. Dia nak bersihkan diri serta rehatkan dirinya kerana penat melakukan kerja tadi. Ceh! Padahal masam aje pun.

Setelah habis mandi dan lengkap berpakaian, dia keluar dari biliknya dan menuju ke tingkat bawah. Dia mencari kelibat Black, namum tiada.

"Dini, awak ada nampak Tuna tak?" tanya Qina kepada Dini setelah berada di dapur. Dini masa itu sedang mengemas dapur.

"Tak silap saya..Tuan ada dekat bilik kerja dia," jawab Dini lalu dibalas anggukan dari Qina. Setelah mengucapkan terima kasih, dia berjalan menuju ke bilik kerja Black.

Dia tidak mengetuk pintu malah dengan selambanya dia menerjah masuk. Dia lihat Black tidak melihat wajahnya dan tidak memarahinya seperti selalu. Dia berasa pelik dengan sikap Black.

'"Awak?"

Tiada sahutan.

"Awak?"

"Awak?"

"Awak?"

Semua panggilan Qina tidak diendahkan. Qina rasa seperti nak menangis kerana tidak dilayan oleh Black. Menyakitkan hatinya sahaja. Namun dia berasa sunyi jika Black tidak memarahinya dan mengambil kisah terhadap dirinya.

"Awak! Kenapa awak tak layan saya? Kenapa awak malas tengok muka saya? Takde bersuara, tak marah saya lagi? Awak bencikan saya ke? Kalau awak bencikan saya, awak benarkan jelah saya keluar dari sini. Saya sayang awak tau walaupun terkadang perangai awak ni menyakitkan hati," luah Qina yang terbuku dalam hatinya. Matanya sudah berkaca-kaca. Black lantas melihat wajahnya.

"Girl, better kau masuk bilik kau. Jangan kacau aku," kata Black tanpa menjawab soalan Qina. 

"Awak jangan marah lama sangat tau. Saya sunyi sebab tak dapat dengar suara awak yang selalu marah saya tu," kata Qina lagi dengan wajah yang ditundukkan.

"Dan kalau awak marah sebab saya sayang Jian dan Syafiq. Saya minta maaf. Saya janji tak sebut sayang lagi dah dekat mereka berdua. Saya sayang awak seorang je. Sebab awak kan baby sayang saya. Okeylah, saya naik dulu. Bye, baby sayang." kata Qina lalu melemparkan senyuman manis dibibirnya walaupun hatinya sayu melihat Black yang sedikit pun tidak memandangnya. 

Dia melangkah keluar dari bilik tersebut dengan hati yang sayu. Dia mengeluh pendek lalu berjalan menuju ke biliknya.

Dalam pada masa yang sama, Black tersenyum kecil melihat telatah Qina. Hatinya berbunga-bunga mendengar bahawa gadis tersebut sayang akan dirinya. Namun, dia sengaja tidak memandang wajah gadis kesayangannya itu.

Dia pasti gadis itu sedih kerana dirinya tidak melayan gadis tersebut. Dia cuma nak uji sahaja sejauh mana gadis itu suka kehadirannya. Dan ternyata cara itu berkesan dan Qina sunyi tanpa dirinya.

'You make me fall in love again and again, girl.'

"Pandai juga rupanya aku ni berlakon kan? Tak sangka pula aku ni ada bakat terpendam. Apa? Ingat aku tak reti ke merajuk bagai? Aku pun ada hati juga," katanya sendiri.

Kepala digelengkan berkali-kali sambil tergelak kecil mengingati kembali apa yang Qina cakap.

"Kau dah gila, Black,"

𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now