empat puluh

2.8K 127 8
                                    

Malam itu merupakan malam yang paling mendebarkan buat Qina kerana dia bakal berjumpa dengan bakal mertuanya.

"Relax, Qina. Semuanya akan baik-baik sahaja," katanya kepada diri sendiri. Setelah puas dengan penampilannya, dia turun ke bawah kerana Black sudah menunggunya lama.

"Girl, you're lated!" kata Black dingin namun wajahnya tidak dialihkan dari telefon bimbitnya. Qina tersengih sahaja lalu mendekati tubuh Black.

"Hehehe sorrylah. Kalau macam tu, jomlah kita gerak," kata Qina kepada Black. Saat Black mengangkat wajahnya, dia terpaku melihat wajah Qina yang sangat cantik di depan matanya.

"Beautiful."

"Girl, kita bukannya pergi party. Kita cuma pergi rumah my mom. Itu pun kau kena pakai cantik-cantik ke?" katanya dingin. Bukan dia tidak menyukai gadis itu kelihatan cantik, namun dia cemburu melihat kesemua anak buahnya melihat Qina yang kelihatan terpikat dengan kecantikannya.

"Mana ada saya pakai cantik-cantik! Saya pakai biasa je lah," balas Qina geram. Aku pakai simple itu pun dia kata cantik.

Black memandang tajam kepada semua anak buahnya. Laju anak buahnya mengalihkan pandangan mereka dari melihat Qina. Black tersenyum sinis.

"Dah, cepat masuk dalam kereta. Lembab betul," kata Black sedikit keras. Qina menjulingkan mata ke atas. Menyampah!

Sampai ke dalam kereta, Qina menunggu Black membukakan pintu untuknya namun hampeh.

"Kau kenapa tak nak masuk? Kalau kau nak tunggu aku bukakan pintu untuk kau, in your dream, girl!" kata Black sinis. Memang dia sengaja tidak membuka pintu untuk Qina kerana ingin mengusik gadis itu.

"Eh, tak sweet lah awak ni. Benci!" kata Qina lalu menghentakkan kedua kakinya. Namun, dia tetap juga masuk ke dalam perut kereta dan pintu kereta itu ditutup kuat tanda protes.

"Kesian pintu tu. Tak salah tapi dibuat macam tu," kata Black ingin menambahkan lagi kemarahan gadis tersebut.

"Biarlah. Biar dia tahu tuan punya kereta ni menyakitkan hati saya je," kata Qina dengan wajah yang cemberut. Black menyimpan senyuman dalam hati.

Dia hanya mendengar sahaja Qina membebel pasal dirinya dan sedikit pun dia tidak mengeluarkan suara.

"Awak ni memang tak sweet langsung kan? Cubalah awak bukakan pintu ke untuk saya, Bagi senyuman manis ke dekat saya, senanglah juga hati saya ni!"

"Ni tak!! Hishhhh!!!!!!!"

"Dah sampai. Berhenti membebellah. Dah macam mak nenek aku tengok kau," kata Black lagi. Qina bertambah sakit hati dengan sikap Black yang suka membuatkan hatinya berasa marah.

'Eh mamat ni. Nasib aku sayang, kalau tak dah lama makan kaki.'

Dia keluar mengejar langkah Black yang semakin menjauh. Mulutnya tidak berhenti membebel dengan sikap Black.

"Mom, kami dah sampai," jerit Black dengan lembut. Qina berasa menyampah mendengar suara Black.

'Elley nak cakap anak budiman lah tu. Dasar pakcik kerek, pakcik dingin dan pakcik bengis.'

Qina mengutuk Black semahunya dalam hati. Namun, selepas itu muncul kelibat seorang perempuan yang sudah berusia. Perempuan tersebut tetap kelihatan cantik.

"Dah sampai pun," ujar wanita itu. Qina hanya menjadi pemerhati sahaja kerana dia masih berasa kekok.

"Ni ke calon menantu ibu, Mike?" soal wanita itu lagi dan dibalas anggukan dari Black. Wanita itu terus memeluk tubuh Qina dengan erat. Qina turut membalas pelukan tersebut. Terasa hangat dan membuatkan dia rindu kepada ibunya.

"Cantik orangnya. Pandai Mike pilih," puji wanita itu. Qina tersipu malu mendengar pujiannya. Dia berasa pelik kerana wanita itu memanggil Black dengan panggilan Mike.

'Mungkin nama betul dia kot.'

"Biasa je, Puan," kata Qina dengan merendah diri.

"Jangan panggil puan. Panggil ibu je, kan awak nak masuk dalam keluarga ni juga," kata wanita itu lagi. Qina menganggukkan kepalanya.

Sebenarnya Qina masih belum mengetahui bahawa Puan Sarah itu merupakan wanita yang dikejar oleh ayah kandungnya. Agak-agaknya kalau Qina tahu apa yang bakal terjadi ek?

"Mereka dah sampai ke, Sarah?" sampuk seorang lelaki. Qina merasa seperti pernah mendengar suara itu. Dia terkejut dan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sekarang.

Black pula hanya tersenyum sinis melihat wajah kedua anak-beranak itu yang kelihatan terkejut. Black juga sudah mengetahui bahawa Qina adalah anak kandung kepada ayah tirinya.

Tetapi, dia tidak melibatkan gadis itu dalam dendamnya terhadap Encik Kamal. Kerana gadis itu turut membenci Encik Kamal yang hanya mementingkan harta berbanding keluarga. Perasaan dia dengan Qina terhadap Encik Kamal adalah sama. Lagipun, yang salah cuma Encik Kamal, bukan Qina. Dia takkan libatkan Qina sebab gadis itu memang tidak bersalah dan tidak tahu apa-apa.

Dia takdelah kejam sangat sehingga membenci atau membunuh Qina kerana Qina adalah anak kepada Encik Kamal.

"Tak mungkin!"

𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now