lima puluh dua

2.5K 128 6
                                    

Black sibuk dengan fail yang berlambak di atas mejanya dengan projek yang baru lagi cukup memeningkan kepalanya.

Dia melihat jam rolex di pergelangan tangannya. Sudah menunjukkan pukul 12 tengah hari.

Kesemua fail tersebut dikemas olehnya. Dia ingin keluar untuk makan tengah hari. Lagipun, dia sudah berjanji dengan rakannya agar mereka berdua makan bersama.

Meja PAnya ditujui. Dia mengetuk meja terlebih dahulu. Terhenti terus perbuatan gadis tersebut yang sedang berkerja.

"Eh, Tuan. Ada apa?" tanya gadis itu ramah. Black hanya mempamerkan riak wajah serius sahaja.

"Nothing. Kenapa kau masih dekat sini? Sekarang kan waktu lunch?" kata Black kepadanya.

"Erk..hehehe. Nak keluar lah ni," jawab gadis itu lalu dibalas anggukan sahaja dari Black dan melangkah keluar dari pejabatnya.

Sampai di tempat keretanya, pintu dibuka dan dia meloloskan diri ke dalam dan meninggalkan kawasan tersebut.





Jam loceng milik Nira berbunyi. Sedikit mengganggu tidurnya yang lena. Dia memanglah seorang yang jenis susah nak bangun dari tidur.

Memang sudah menjadi kebiasaannya lepas menunaikan solat subuh terus tidur.

Terbeliak biji matanya melihat jam loceng sudah menunjukkan pukul 12:10 minit tengah hari. Dengan langkah yang laju dia terus menuju ke dalam bilik air.

Setelah habis membersihkan diri. Baju yang sesuai dengannya dipilih. Selesai memakai baju serta tudung, dia mengukirkan senyuman puas.

Sejak dari dulu dia tidak menyukai makeup. Baginya, makeup boleh menjadikan wajah seseorang yang tidak seberapa cantik akan jadi cantik? Macam palsu pun ada. Tapi dia mengaku juga ada sesetengah orang memang dah cantik tapi pakai mekap supaya beli confident gitu.

Lif ditujui. Nira melangkah masuk ke dalam untuk turun ke tingkat bawah. Sampai di tingkat bawah, dia berlari anak menuju ke tempat keretanya.

Bibirnya tersenyum melihat kereta yang sentiasa menjadi idamannya. Ibubapanya tidak pernah mengecewakan dirinya.

Tubuh dimasukkan ke dalam perut kereta lalu enjin dihidupkan sebelum kereta tersebut meluncur laju di atas jalan raya.

Nira memandu kereta dengan kelajuan maksimum. Dia memang sangat suka memandu kereta dengan laju kerana itu memang hobinya semasa dia menetap di Perancis.

"YAHOOO!!! LOVED!!!!"

Nira menjerit dengan perasaan yang gembira, tidak kisah jika polis ingin saman dirinya kerana dia sudah terbiasa. Lagipun, ibubapanya sangat berpengaruh di Perancis, Jepun, Italy dan juga Malaysia.

Kali terakhir dia menjejaki kaki di Malaysia adalah semasa dia berumur 19 tahun. Dan, kini dia kembali semula ke Malaysia atas sebab yang tertentu dan terpenting dalam hidupnya.

Nira singgah di cafe untuk mengisi perutnya. Biasalah orang kaya mana reti nak memasak kerana Nira memang dimanjakan sejak dulu lagi oleh ibubapanya.

Ramai orang memandangnya kerana dia sangat cantik dan jika dilihat seperti mix minah salleh sahaja.

Nira tidak memperdulikan pandangan orang sekelilingnya. Dia terus masuk ke dalam cafe tersebut.

Semasa dia membuka pintu cafe tersebut, dia terlanggar sesuatu yang keras sehingga dia jatuh terduduk di atas lantai.

'Mak..aii keras betul benda ni. Uish, kalau macam ni selalu boleh sakit badan aku.' Nira berkata di dalam hati.

Nira berdiri dengan perasaan geram namun wajahnya tetap diayukan.

"Girl, kalau ye pun nak cepat, tengoklah dulu keadaan sekeliling bukannya main rempuh je." kata lelaki tersebut. Nira menundukkan wajahnya.

'Nak perli aku ke apa? Eh, mamat ni. Pukul kang hah baru tahu.' desis hatinya.

Dirinya di tenangkan sebelum dia mengangkat wajahnya dengan senyuman paling manis sekali untuk lelaki tersebut.

"I'm sorry sir. It's my fault. So, saya dah minta maaf kan? Tolong beri laluan. Saya nak cepat sebab nak makan. Kang ada juga aku makan dekat sini," ujar Nira kepada lelaki tersebut. Namun, lelaki itu seperi nampak terkejut sahaja melihat wajahnya.

'Hek eley mamat ni dah jadi patung ke apa? Kenapa muka aku ni macam hantu mak leha ke sampai dia terkejut sangat?' Nira berkata dalam hati.

Nira tidak memperdulikan lelaki tersebut dan terus melangkah pergi. Lantaklah dia nak terkejut ke, nak mati ke, nak pengsan ke? Aku tak kisah.





Black POV

Semasa ingin keluar dari cafe tersebut. Aku terlanggar seorang gadis yang aku tidak kenali.
Sedikit pun aku tidak membantu gadis itu. Dia siapa nak aku bantu? My sweetie girl ke? Oh, pleaselah!

"Girl, kalau ye pun nak cepat. Tengoklah dulu keadaan sekeliling. Bukannya main rempuh je." kataku kepada gadis itu. Wajah gadis tersebut ditundukkan.

Setelah beberapa saat, gadis itu mengangkat semula wajahnya dengan senyuman yang sangat manis dan mampu mencairkan sesiapa sahaja.

"I'm sorry sir. It's my fault. So, saya dah minta maaf kan? Tolong beri laluan. Saya nak cepat sebab nak makan. Kang ada juga aku makan dekat sini," ujar gadisnya tersebut kepada aku. Namun, aku masih dalam keadaan terkejut.

Gadis itu berlalu pergi meninggalkan aku yang masih dalam keadaan terkejut. Secara jujurnya bukan kerana kecantikan gadis tersebut aku terkejut.

Namun, yang membuatkan aku berasa terkejut dan terasa bagai masa terhenti adalah kerana wajahnya seperti....

'Tak mungkin...'

𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now