Black menunggu kedatangan Nira. Gadis itu ingin berjumpa dengannya. Katanya ada sesuatu yang ingin dia bincangkan.
Namun, kelibat gadis itu belum muncul lagi. Black bukanlah seorang yang penyabar kerana sia memang jenis yang panas baran.
'Mana pula pergi budak toyol ni? Lembab betullah.' getus hatinya.
Selepas beberapa minit, Nira sudah muncul dengan senyuman di bibirnya. Black membuat muka menyampah. Datang lambat tapi muka macam tak rasa bersalah langsung. Ada juga aku bagi riwayatnya habis.
"Assalamualaikum, cik abang. Aku minta maaf sebab terlalu awal aku datang." kata Nira dengan senyuman. Melihat wajah tegang Black terus dia mengukirkan senyuman sinis.
Tahulah dia yang lelaki itu sedang marah kerana menunggunya dengan masa yang lama. Jadi? Aku tak kisahlah dia nak marah ke, menangis ke, nak bernyanyi ke? Yang penting aku sudah sampai.
"Jangan buat muka macam tu. Menyampah aku tengok tahu tak? Dahlah tak jawab salam. Kenapa kau kafir ke?" soal Nira cukup sinis. Black mengetap rahangnya dengan sikap Nira yang suka membuat amarahnya naik.
"Waalaikumsalam," jawabnya mendatar. Tajam anak matanya melihat wajah cantik Nira yang merenungnya dengan sinis.
'Perempuan ni kan. Nasib je kau tu kembar gadis pujaan aku. Kalau tak dah lama aku hancurkan muka kau yang cantik tu.' desis hati Black.
Nak je dia tumbuk wajah Nira. Namun, memikirkan wajah itu sangat mirip dengan Qina, dia tidak sanggup untuk melakukannya.
"Okey! Dengar sini my little boy. Aku nak pergi rumah kau malam ni. Kau mesti ada dengan aku and kau kena berlakon sekali. Faham? Pukul 7 malam nanti aku datang and aku nak kau batalkan semua urusan kau malam ni. Itu pun kalau ada. Kalau takde pun kau tak boleh keluar rumah." kata Nira dengan serius dan lancar. Black tersenyum sinis.
"Girl, kau siap nak arah aku? For your information, aku tak suka diarah and kalau kau suruh aku sekali pun, aku takkan buat," balas Black dengan sinis. Dia sengaja berkata seperti itu kerana dia ingin lihat apa reaksi Nira. Gadis itu berdecit kecil. Kalau bercakap dengan berok seekor ni memamg tak boleh blah.
"Ikut je apa yang aku suruh. Tak susah pun!" kasar Nira berkata. Dia hanya mampu menahan geram dengan sikap Black.
"No!"
"Yes!
"No!
"Yes!"
"No!"
"Yes!"
"I said no girl!"
"But, i said yes boy"
"Argh!!"
Black meraup wajahnya dengan kasar. Gadis itu benar-benar membuatnya gila. Apa lagi yang gadis itu rancangkan? Peninglah!
Nira tersenyum menang. Kalau berlawan mulut, pasti dia akan menang. Dia takkan mengalah selagi tidak menang.
"So, macam mana? Setuju tak?" soal Nira dengan sebelah kening dijongketkan. Black memandangnya tajam.
"Aku taknak! Kau faham tak? Kalau kau nak rancang sesuatu jangan babitkan aku," ujar Black cukup keras. Nira tergelak kecil.
"Husband, please! Janganlah macam ni. Tolonglah. I'm sure bila semua ini berakhir, kau juga yang akan gembira tau dan aku janji lepas je semua ini selesai, aku akan pulang semula ke Perancis." kata Nira dengan lembut. Tiada lagi nada kasar dalam percakapannya.
YOU ARE READING
𝐌𝐈𝐍𝐄
Action( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 4 ) "Hoii, perempuan berhenti sial!" jerit lelaki tersebut. "I'm sorry, Jian. But, saya dah tak tahan, it's hurt." Qina. "Goodbye, little girl. " Black "Apa salah Qina? " Qina Black adalah seorang mafia yan...