Qina bernyanyi dengan riang di biliknya. Walaupun dia tidak mempunyai telefon bimbit, dia dapat menghiburkan hatinya dengan menyanyi. Ini semua salah mamat kerek tu kerana tidak membernarkan Qina memegang telefon bimbit. Benci!
"Puan, Encik suruh Puan pergi ke bilik kerja sekarang." kata Dini yang baru masuk ke dalam bilik Qina. Nyanyian Qina terhenti lalu dia mengangguk faham.
Dia mengikut Dini dari belakang untuk berjumpa dengan Black si mamat kerek, dingin plus bengis.
Tok!Tok!Tok!
"Masuk."
Dini membuka pintu bilik kerja Black dan melangkah masuk diikuti oleh Qina dari belakang. Mereka lihat Black sedang membelakangi mereka berdua.
"Encik, saya dah bawa Puan datang ke sini. Ada apa-apa lagi ke encik?" tanya Dini dengan sopan.
"Dah takde. Kau dah boleh keluar," ujar Black. Dini mengangguk faham dan keluar dari bilik tersebut.
Qina setia menunggu apa yang ingin disampaikan oleh Black. Namun setelah tiga minit berlalu, Black tetap tidak bersuara.
Qina membuat muka menyampah. Kenapalah dia mesti berdua-duaan dengan mamat bengis ni? Aku tidur lebih baik tahu tak?
"Hello, encik. Saya ni bukan tunggul tau. Encik ingat saya ni tiang? Patung? Kalau saya tahu encik takde benda nak cakap, lebih baik saya tidur je dalam bilik tu. Menyakitkan hati betul mamat ni." bebel Qina namun ayat di hujung diperlahankan. Black masih dapat mendengarinya dengan jelas.
"Better you shut your mouth, girl. Aku tahu apa yang jadi hari ni," kata Black namun masih membelakangi Qina. Qina terkaku mendengarnya. Mak aii... dia tahu ke aku yang aku keluar dari bilik kelmarin? Aiyoo matilah aku.
"Encik, kalau encik dah tahu kenapa tanya saya lagi? Tapi biar saya jujur dengan encik. Yup. Memang saya keluar dari bilik kelmarin tapi itu semua bersebab tau bukannya saja-saja." jawab Qina mempertahankan dirinya. Elley nak marah orang lah tu. Orang dah lah bosan duduk dalam bilik saja.
"Apa sebabnya?" tanya Black lagi. Dan soalan itu membuatkan Qina berasa geram. Dia boleh tanya sebab apa? Dia memang tak ada perasaan langsung.
"Nampak sangat yang encik ni bodoh. Sudah terang lagi bersuluh yang saya bosan duduk dalam bilik tu. Dahlah takde benda nak dibuat. Saya rasa macam dalam penjara tahu tak? PENJARA!" jawab Qina separuh menjerit kepada Black. Nak marah lebih-lebih takut nanti lelaki itu jadi bengis pula. Hahahahahaha.
Black memusingkan badannya menghadap Qina. Mata bertentangan mata. Jantung Qina berdegup dengan laju pertama kalinya setelah sekian lama jantungnya tidak berdegup selaju itu. Pertama dia rasakan seperti ini adalah waktu bersama kekasihnya dahulu.
"Mulai sekarang aku benarkan kau keluar but only dalam kawasan rumah ni je. Faham?" ujar Black. Qina berasa gembira mendengarnya.
"Hah! Macam tulah baru Qina sayang! Kan elok kalau dari dulu lagi buat macam tu. Apapun terima kasih ye abangku yang hensem lagikan manis seperti gula. Tatatatataa."
Setelah mengucapkan itu kepada Black, dia melangkah keluar dari bilik tersebut dengan perasaan gembira kerana bebas dari 'penjara' kecilnya.
'Akhirnya aku bebas juga.'
Namun tidak bagi Black. Dia terkaku dengan apa yang dikatan oleh Qina. Perkataan sayang itu membuatkan jantungnya berdegup laju.
'You make me crazy, girl.'
YOU ARE READING
𝐌𝐈𝐍𝐄
Action( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 4 ) "Hoii, perempuan berhenti sial!" jerit lelaki tersebut. "I'm sorry, Jian. But, saya dah tak tahan, it's hurt." Qina. "Goodbye, little girl. " Black "Apa salah Qina? " Qina Black adalah seorang mafia yan...