dua puluh

3.3K 157 2
                                    

Qina menggeliat kecil. Dia membuka matanya perlahan-lahan. Selepas itu, dia menutupnya kembali. Dirinya sangat selesa tidur ketika itu.

Selepas itu, matanya terbuka luas lalu bangun dari tidurnya. Matanya melihat sekeliling ruangan bilik tersebut dan dia pasti dia bukan berada dalam biliknya.

'Asal aku ada dekat sini ek?'

Selepas beberapa minit, dia tersedar yang dia dipaksa untuk tinggal bersama seorang lelaki kacak yang berwajah bengis.

Dia mengeluh kecil dari bibirnya. Dia sangat takut dan tidak tahu apa yang bakal terjadi pada dirinya nanti.

Matanya melihat kearah jam yang terletak pada dinding bilik tersebut, sudah menunjukkan pukul 8 pagi dan sekali lagi dia mengeluh.

"Lebih baik aku mandi dulu."

Sehelai tuala diambil dan masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Setelah mengambil masa selama setengah jam, dia keluar dari bilik air tersebut dan menuju ke almari untuk memilih pakaian.

Dia lihat hanya ada sehelai baju dan sehelai seluar perempuan sahaja dan lainnya adalah pakaian lelaki.

Tanpa berfikir panjang, dia terus mengambil pakaian tersebut. Setelah lengkap berpakaian, dia berniat untuk keluar dari bilik tersebut dan mencari Black.

"Eh, asal berkunci ni? Takkan mereka kunci dari luar?" gumamnya sendiri. Setelah mencuba berapa kali, dan sah! dia dikunci dari luar.

"Eh, bencilah macam ni. Fikir aku haiwan ke apa? Kunci macam ni? Dasar syaithon!" katanya separuh menjerit. Kerana berasa geram, dia menyepak pintu tersebut secara berkali-kali.

"Auch!"

Dia berhenti dan melihat kakinya yang merah dan terasa sakit. Terjongket-jongket dia menuju kearah katil.

"Ni semua sebab lelaki tu. Kalau dia tak kunci pintu tu, tak adanya kaki aku sakit," katanya dengan diri sendiri.

Setelah berapa minit, pintu biliknya dibuka dan ada seorang gadis seperti usianya masuk ke dalam sambil tersenyum manis. Dan tangannya pula membawa dulang makanan.

"Puan, makan." kata gadis tersebut kepada Qina. Direnung sekilas makanan tersebut dan selepas itu dia memandang semula kearah gadis itu.

"Janganlah panggil saya Puan. Awak boleh panggil saya Qina je," kata Qina ramah dengan senyuman dibibir.

"Tak boleh Puan! Nanti Tuan marah saya," balas gadis tersebut dengan wajah yang kelihatan pucat. Qina berasa pelik.

'Aku buat benda kecil je pun. Suruh panggil nama je, takkan itu pun nak marah nak marah kot.'

"Kenapa pula nak marah? Benda kecil kot," kata Qina dengan sebelah kening dijongketkan.

"Tak boleh Puan. Sebab Puan belum kenal lagi Tuan macam mana," ujar gadis itu lagi. Makin bertambah pelik Qina dibuatnya.

"Siapa dia nak marah awak---" belum sempat dia menghabiskan ayatnya. Ada suara garau yang mnecelah perbualan mereka, suara yang sangat dikenali.

"Dini, kau boleh keluar!" kata Black sambil merenung tajam karah Qina. Gadis yang bernama Dini itu terus melangkah keluar meninggalkan mereka berdua.

Setelah Dini sudah tiada. Black mendekati Qina yang kelihatan pucat. Wajahnya usah dikatakan, sangat tegang sahaja.

"Who do you think you are girl?" soalnya dingin. Anak matanya tidak diahlikan dari memandang wajah cantik milik Qina.

"I'm sorry about that," ucap Qina dengan wajah yang ditundukkan. Tidak sanggup dia melihat wajah tegang Black.

"Aku tak suka jika ada orang luar mengubah perkara yang aku telah tetapkan, like you girl," kata Black lagi. Qina hanya berdiam diri sahaja.

"Saya minta maaf. Saya janji tak akan buat lagi," kata Qina bersungguh-sungguh. Dia dapat rasakan aura lelaki tersebut yang sangat menakutkan.

"Eat!" kata Black sepatah. Qina akur dan mula menjamah makan tersebut. Black pula mulai melangkah keluar dari bilik tersebut, namun sempat dia memberi amaran kepada Qina.

"I want to remind you, girl. If you have intentions to run away from me, better you cancel your intentions to run or you regret it girl."

Qina yang mendengar amaran dari Black, wajahnya terus berubah menjadi pucat. Memang dia ada niat untuk melarikan diri, tapi setelah mendengar amaran Black, terus dia membatalkan niatnya itu.

'I really miss you, mom. My life is lonely without you, mom.'

Airmatanya jatuh lagi. Dia sedih memikirkan nasibnya. Dulu, dia selalu diganggu oleh kekasihnya dan sekarang Black pula yang mengawal hidupnya.

'Why the world is so cruel?'

𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now