Black melangkah masuk ke dalam markasnya. Wajahnya kelihatan bengis dan sangat menakutkan.
Pintu bilik dibuka. Bibirnya tersenyum sinis dan pada masa yang sama, marahnya membuak-buak dalam diri melihat mangsannya.
Dia mendekati tubuh yang lemah itu. Black mencakung dengan senyuman sinis dibibirnya. Rambut lelaki tersebut ditarik dengan kuat sehingga wajah tersebut terdonggak.
"Argh! Sakitlah sial!" tengking orang tersebut kepada Black. Namun, Black hanya menghiraukannya malah dia semakin menguatkan lagi cengkamannya.
"Argh!" jerit lelaki itu dengan dahi yang berkerut menahan sakit. Terasa seperti kulit rambutnya tercabut.
"Ini baru sikit tapi kau dah menjerit," kata Black lalu melepaskan cengkamannya. Dia berdiri lalu menuju ke tempat peralatan untuk menyeksa mangsannya.
"Aku percayakan kau, tapi kau khianat aku. Kau bersubahat dengan musuh aku. So, kau terima nasib kau," kata Black kepada bekas anak buahnya. Bibirnya mengukirkan senyuman sinis.
Isyarat mata diberikan kepada anak buahnya yang lain untuk membuka mulut lelaki tersebut. Anak buahnya akur dengan arahannya.
Setelah mulutnya sudah dibuka secara paksa. Black menarik lidahnya dan menguntingnya dengan kasar.
"Argh!" jeritnya. Darah mengalir laju dari mulutnya. Black tersenyum sinis melihatnya.
Dari lidah berahlih pula ke telinga. Digunting telinga tersebut tanpa belas kasihan. Hatinya masih sakit dengan pengkhianatan anak buahnya.
"Kau nak tahu sebab apa aku potong lidah kau? Sebab lidah kau tu pernah menuturkan sumpah setia dengan aku dan telinga kau pula mendengar setiap sumpah yang kau ungkap dulu. Tapi, kau mungkir semua tu sebab itulah aku potong," kata Black. Lelaki itu tidak menjawab kerana mulutnya sudah dipenuhi dengan darah. Walaupun dia tahu yang lelaki itu tidak dapat mendengarnya tapi dia yakin yang lelaki tersebut dapat tahu salahnya.
Black mengambil pisau lalu mendekati tubuh itu semula. Dia menoreh perut lelaki tersebut dan melukis huruf 'B'.
"Argh!"
"Relax okey. Enjoy je."
Bibirnya mengukirkan senyuman sinis melihat anak buahnya yang lemah. Dia masih belum puas untuk menyeksanya.
Kapak diambil lalu kedua kaki lelaki itu dipotong seperti dia memotong daging. Darah mengalir dengan banyak.
Ktak! Ktak! Ktak! Ktak!
''Argh!"
Black tersenyum puas lalu pistol kesayangannya diambil dan dihalakan kearah lelaki tersebut.
"Go to hell. Bye."
Bang! Bang!
Dua das tembakan dilepaskan kearah lelaki tersebut. Satu di dahi dan satu di dadanya.
''Bersihkan dan hantar mayat ni pergi ke tempat boss kesayangannya!" Arahnya kepada anak buahnya.
"Baik, Tuan!" jawab anak buahnya serentak. Black terus melangkah keluar dari markas mereka setelah kerjanya selesai.
YOU ARE READING
𝐌𝐈𝐍𝐄
Action( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 4 ) "Hoii, perempuan berhenti sial!" jerit lelaki tersebut. "I'm sorry, Jian. But, saya dah tak tahan, it's hurt." Qina. "Goodbye, little girl. " Black "Apa salah Qina? " Qina Black adalah seorang mafia yan...