lapan puluh tiga

1.8K 94 2
                                    

Black dan yang lain sudah sampai di sebuah bangunan dimana Nira dan Jessica diculik. Ramai lelaki yang berbadan sasa sedang mengawal di setiap bahagian bangunan tersebut. Tajam anak mata Black melihat kesemua pengawal yang menjaga disitu. Jian dan juga Aizat setia berada disisinya.

"Jian dan yang lain pergi ke bahagian belakang dan Aizat pula cover aku dari belakang. Aku akan pergi ke bahagian depan dan yang lain pergi ke bahagian yang tepi. Faham? Separuh ikut aku dengan Aizat." Arahnya kepada semua anak buahnya serta anak buah Nira.

Mereka semua mengganguk faham. Mereka melakukan tugas mereka masing-masing yang telah diagihkan oleh Black.

Bang!

"Bunyi apa tu?" soal salah seorang yang mengawal di bahagian depan. Black dan yang lain bersembunyi agar diri mereka semua tidak kelihatan.

"Jom kita pergi tengok," cadang rakannya. Mereka melangkah mendekati bunyi tersebut tetapi Aizat lebih cekap lalu dia melepaskan tembakan keempat-empat lelaki itu dari jarak jauh.

Bang!Bang!Bang!Bang!

Aizat tersenyum. Black juga turut mengukirkan senyuman puas dengan hasil kerja Aizat. Mereka melanjutkan langkah mereka. Semasa Black ingin melangkah masuk, kehadiran mereka diketuai okeh semua pengawal yang berada disitu lalu melepaskan tembakan ke arah mereka semua.

Bang!Bang!Bang!

"Ah..shit!"

Black bersembunyi di sebalik dinding. Dia mengeluarkan sedikit kepalanya untuk melihat musuh.

Bang!Bang!

"Argh!!!"

Salah seorang dari mereka tumpas dengan Black. Bibir Black mengukirkan senyuman. Dia memandang tajam ke arah musuhnya.

Bang!Bang!Bang!Bang!

Mereka berbalas tembakan sesama sendiri. Ramai yang telah Black tumpaskan. Tidak lupa juga bantuan dari Aizat yang menembak kesemua anak buah musuh mereka dari jarak yang jauh.

Black melangkah mencari Nira dan Jessica. Dia menyerahkan semua anak buah musuh tersebut kepada anak buahnya. Dia pergi ke bahagian bawah tanah untuk mencari kedua gadis tersebut. Bunyi riuh tembakan tidak diperdulikan.

'Girl, i'm coming.'





--------------------------------------------------







Nira memandang wajah kesemua musuhnya dengan riak wajah yang tenang. Dia tidak menunjukkan yang dia berasa terkejut dan marah.

Jessica yang berada di tepinya masih belum sedarkan diri lagi. Tubuh gadis itu penuh dengan lebam dan luka akibat melawan cakap mereka.

Mereka mengerjakan Jessica dan dia dengan teruk. Tapi Jessica lebih teruk kerana gadis itu sangat mencabar kemarahan mereka.

Tapi lain pula bagi Nira. Gadis itu hanya membiarkan saja mereka menyeksanya. Sedikit pun dia tidak menengking dan melawan.

"Mana pergi kekuatan kau huh? Kenapa lemah sangat ni? Begini ke seorang ketua mafia? Lemah!" ejek orang itu kepadanya tapi Nira hanya beriak tenang dan itu membuatkan mereka berasa marah.

Bang!

"Argh!!!"

Lelaki itu menembak pada bahagian kaki Nira yang tercedera. Itu sudah masuk ke tiga kali kakinya ditembak. Kakinya terasa berdenyut-denyut ketika itu. Dahinya berkerut menahan sakit. Lelaki itu tersenyum puas.

"Lain kali kalau aku bercakap dengan kau, jawab! Bukannya jadi bisu!" tengking lelaki tersebut kepada Nira.

"Kesian dekat kau kan sayang? Kami minta maaf eh?" kata seorang wanita pula kepada Nira. Mereka tergelak jahat melihat keadaan Nira yang sudah cedera dengan teruk. Bibir gadis itu juga kelihatan sangat pucat.

"Tak payah nak berlakon lagi lah setan! Kau ingat aku bodoh sangat ke? Korang ingat aku tak tahu semua rahsia korang? Korang je yang bodoh bukan aku! Dasar gila harta! Berlakon baik depan aku! Ambil berat tentang aku supaya aku termakan dengan lakonan korang tu. Idiot!" balas Nira dengan senyuman sinis di wajahnya. Mereka semua yang berada disitu terkejut. Lebih-lebih lagi orang yang Nira maksudkan.

"Korang ingat aku tak tahu yang sebenarnya ibu aku takde pun buat perjanjian karut yang korang reka tu! Ibu aku benarkan aku untuk berjumpa dengan mereka pada bila-bila masa je! Tapi korang sengaja reka cerita supaya aku tak dapat berjumpa dengan mereka kan? Korang takut semua harta aku jatuh dekat ibu kandung dan adik kembar aku kan?"

"Korang suruh lelaki ni jadi pembunuh upahan ayah aku supaya aku tak dapat tahu perbuatan jahat korang! Korang yang rancang dengan lelaki ni supaya jadi pembunuh upahan ayah aku untuk bunuh ibu dan adik kembar aku kan? Korang silap bodoh! Semua rahsia korang aku tahu! Kalau aku tahu semua ni dari awal memang aku dah lama bunuh korang semua sebelum korang bunuh ibu dan adik kembar aku!" suaranya naik seoktaf. Airmatanya mengalir setitik demi setitik.

Orang yang paling dia percaya dan paling rapat rupanya musuh yang berselindung di sebalik selimut. Hatinya sakit menerima kenyataan tersebut.

'Mom, sister. I'm sorry sebab tak dapat lindungi korang berdua. I'm really sorry.'

𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now