Black melangkah masuk ke dalam rumahnya. Dia lihat ibunya sedang bersama ayahnya atau ayah tirinya.
Dia sangat membenci lelaki tersebut kerana disebabkan lelaki tersebut, ayah kandungnya mati. Dan itu semua disebabkan oleh lelaki itu. Dia yang membunuh ayah kandungnya kerana inginkan ibunya. Tak bukan ibunya, tapi harta ibunya.
Dia sudah bersumpah yang dia akan membunuh lelaki tersebut dengan tangannya sendiri. Dan sudah tentu rahsia lelaki tersebut tidak diketahui oleh ibunya.
"Mike dah pulang?" tegur ibunya iaitu Puan Sarah. Dia mempunyai seorang anak lelaki sahaja.
Mike adalah nama sebenarnya. Dan Black pula gelaran dia dalam dunia gelapnya. Sebab itulah ibunya sering memanggilnya Mike sebab itu memang nama sebenarnya.
"Baru je," jawab Black kepada ibunya. Sekilas dia menjeling kepada ayah tirinya yang sedang bergoyang kaki diruangan tamu.
'Dasar orang tua tak sedar diri,' kutuknya dalam hati.
"Tak apalah kalau macam tu. Mike pergilah berehat dulu ya nak," katanya kepada anak sulungnya. Mike menganggukkan kepala dengan wajah dingin.
Setelah kematian ayahnya, dirinya tidak lagi seperti dahulu. Dan dia jarang sekali senyum. Dia hanya mempamerkan wajah yang dingin sahaja.
Puan Sarah melihat anak sulungnya melangkah naik dengan ekor mata sahaja. Sedih hati tuanya dengan sikap anaknya yang dingin sahaja dengan suaminya.
Selama mereka berkhawin, anaknya tidak pernah bercakap langsung dengan suaminya. Dia sendiri tidak tahu mengapa anaknya tidak menyukai suaminya.
"Tak perlu ambil kisah sangat anak kau tu. Dia kan dah besar," celah suaminya iaitu Encik Kamal kepadanya.
Puan Sarah mengeluarkan keluhan pada bibirnya. Dia tersenyum hambar kepada suaminya.
Dia bersyukur kerana suaminya sudi menerima dirinya selepas kematian suami pertamanya. Andai sahaja dia tahu yang suaminya hanya mahukan hartanya dan sekaligus membunuh suami pertamanya, adakah dia masih menerima lelaki tersebut ataupun tidak?
"Saya cuma risau je, abang tapi tak apalah. Biarkan je dia tenangkan fikiran dulu," ujarnya kepada Encik Kamal.
Encik Kamal tersenyum sinis melihat isterinya. Kepala dianggukkan sahaja kepada isterinya.
'Suka hati kau lah, perempuan. Anak kau bukan anak aku. Fikir aku kisah sangat ke?' kata Encik Kamal dalam hati.
"Dah kau pergi masuk bilik tidur. Aku nak tengok tv lagi ni," Arahnya kepada Puan Sarah. Puan Sarah mengganguk dan akur dengan arahan suaminya.
Puan Sarah melangkah naik ke atas dan meninggalkan suaminya. Encik Kamal tersenyum sinis setelah kelibat isterinya sudah tiada.
"Dasar perempuan bodoh!"
Dia mengeluarkan telefon bimbitnya. Aplikasi whatsapp dibuka. Dia lihat terdapat mesej dari perempuan simpanannya. Dasar orang tua tak sedar diri. Dah ada isteri tapi masih lagi menggatal.
Baby💗
Bila you nak datang sini? I rindu.Encik Kamal
Sabarlah baby. Nanti I datang okey.Baby💗
Okey baby. Jangan lama sangat.Encik Kamal
Okey, sayang.Dia tersenyum lebar. Dia pun tidak sabar berjumpa dengan gadis simpannya. Dan gadis tersebut pandai melayan nafsunya.
Dia melangkah naik untuk melihat isterinya jika dia sudah tidur ataupun tidak.
Tapi, dia tidak perasan yang Mike a.k.a Black ada berada disitu melihat dirinya. Mike juga dengar waktu dia kata Puan Sarah adalah perempuan bodoh.
Gigi diketap. Tangan dibentuk penumbuk. Matanya sudah merah menandakan dia sedang marah.
"Sial!"
YOU ARE READING
𝐌𝐈𝐍𝐄
Action( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 4 ) "Hoii, perempuan berhenti sial!" jerit lelaki tersebut. "I'm sorry, Jian. But, saya dah tak tahan, it's hurt." Qina. "Goodbye, little girl. " Black "Apa salah Qina? " Qina Black adalah seorang mafia yan...