"Q- Qina?"
"Sorry handsome boy, aku bukan Qina. Aku Nira, kakak kembar dia," jawab Nira kepada Jian dengan senyuman di bibirnya.
Jian tergamam. Dia mencerna semula kata-kata Nira. Jadi dia bukan Qina, tapi dia Nira? Macam mana boleh jadi macam ni? Arghh!!
"Tapi Qina kan-" Seperti tahu apa yang ingin dikatakan oleh Jian, terus Nira memotongnya dengan laju.
"Adik saya tak tahu pun dia ada kembar. Kami dipisahkan sejak kecil lagi. Nanti ada masa saya cerita semuanya dekat awak okey," kata Nira sambil membuat simbol ok kepada Jian.
Jian menganggukkan kepalanya. Dia tersenyum lebar melihat wajah Nira yang serupa dengan arwah Qina.
"Boleh tak aku nak peluk kau?" pinta Jian tanpa segan silu. Dia nak sangat memeluk gadis itu. Jika dulu Qina selalu bermanja dengan dirinya kerana Qina kata dia sudah menganggap diri Jian seperti abangnya.
"Maaf tapi saya tak boleh," jawab Nira. Hati Jian kecewa tetapi dia mengukir senyuman hambar.
"It's-" Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Nira sudah berlari ke arahnya dan memeluk erat tubuhnya. Jian dan Black terkejut dengan tindakan Nira.
"Saya tak boleh nak tolak permintaan awak," kata Nira disebalik pelukannya. Jian tersenyum gembira. Dia membalas pelukan tersebut dan tidak sedar air matanya mengalir.
'Sister, aku rindu kau.'
"Terima kasih," ucap Jian kegembiraan. Dia rasa seperti memeluk tubuh Qina dan itu membuatkannya gembira.
"Awak janganlah sedih handsome boy. Kalau awak nak lepaskan rindu pada arwah adik saya, awak datang jumpa saya ye," kata Nira setelah pelukan dileraikan. Dia tahu lelaki itu sangat menyanyangi adiknya. Macam mana dia tahu? Mestilah tahu sebab dia kan mafia. Semua benda dia tahu.
"Thank you, sister," ucap Jian kepada Nira. Tak sangka gadis itu sangat baik seperti arwah Qina.
"Ehem! Kalau nak buat drama airmata, esok je lah. Aku dekat sini jadi apa? Jadi juri beritahu siapa yang paling win menangis?" perli Black. Jian sudah membuat muka cemberutnya manakala Nira menjulingkan mata ke atas.
Sibuk je nak tahu. Ada juga yang aku buat menangis tak henti-henti. Iri hati betullah mamat ni! Orang baru je nak bermanja!
"Kau, girl. Buat apa datang sini? Dan macam mana kau tahu tempat ni?" soalnya kepada Nira. Mendengar sahaja soalan daripada Black, Nira tersenyum menampakkan gigi putihnya yang tersusun cantik.
"Hehehe. Saya nak ajak awak lunch je. Pasal tempat awak ni, saya ikut awak dari belakang," tipunya kepada Black. Belum tiba masanya untuk Black tahu dia merupakan ketua mafia. Cukuplah lelaki itu sudah tahu dia handal dalam berlawan.
"Boleh percaya ke kau ni?" soal Black lagi. Makin hari makin pelik perangai gadis itu.
"Kalau tak boleh, kasih boleh je. Kan senang tak payah peningkan kepala awak," balas Nira. Jian tergelak kecil melihat mereka.
"Whatever lah. Pasal ajak lunch tu kau pergi je lah seorang. Aku sibuk," halau Black selamba. Nira sudah menunjukkan wajah tidak puashati.
Amboi pakcik, aku ajak cara elok kot. Ish boleh pula dia halau aku macam ayam. Kecik besar kecik besar je aku tengok pakcik ni.
"Em, kalau macam tu saya ajak abang handsome ni. Dia tak sibuk kan?" balas Nira tidak mahu kalah. Kalau Black taknak biar aku bawa Jian. Hahahaha.
"Kau jangan ikut suka kau ek, Jian sibuk dengan kerja dia. Dah kau pergi balik," halaunya lagi. Namun, Nira tidak mengendahkan kata-kata Black. Ada aku kisah?
YOU ARE READING
𝐌𝐈𝐍𝐄
Acción( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 4 ) "Hoii, perempuan berhenti sial!" jerit lelaki tersebut. "I'm sorry, Jian. But, saya dah tak tahan, it's hurt." Qina. "Goodbye, little girl. " Black "Apa salah Qina? " Qina Black adalah seorang mafia yan...