tiga puluh sembilan

2.7K 121 7
                                    

Black melangkah masuk ke dalam rumah ibunya. Kalau diikutkan hati memang dia tak akan jejakkan kaki ke rumah ini lagi tapi dia ingin meminta restu ibunya untuk berkahwin dengan Qina pada hujung bukan ini.

"Mom."

Puan sarah yang sedang menyiram pokok bunga di taman halaman rumah terus menoleh ke arah anak sulungnya dengan senyuman lebar.

"Eh, Mike sihat?" soal ibunya lalu memeluk tubuh anak sulungnya. Black membalas pelukan ibunya.

"I'm fine, mom," jawab Black setelah pelukan mereka dileraikan. Puan Sarah menganggukkan kepalanya sahaja.

"Mom, actually Mike nak kahwin dan Mike nak minta restu," ujar Black. Puan Sarah terus teruja bila mendengar Black ingin berkahwin. Memang dia ingin melihat Black berkahwin namun sebelum ni Black tidak berkenan dengan hal-hal perkahwinan.

"Wah! Betul ke ni? Mike tak tipu kan?" kata Puan Sarah yang jelas dia sangat teruja mendengarnya. Black menganggukkan kepalanya.

"Alhamdulillah, kalau macam tu malam ni Mike bawa calon isteri Mike tu," kata Puan Sarah lagi. Black tersenyum kecil melihat ibunya gembira. Dan dia bersyukur kerana ibunya tidak membantah pilihannya.

"Hah! Apa yang kecoh sangat ni?" sampuk Encik Kamal merangkap ayah tiri kepada Black. Mendengar sahaja suara itu membuatkan Black berasa marah.

"Okeylah, Mike nak balik. Nanti malam Mike datang sekali dengan calon menantu," kata Black tanpa memandang wajah Encik Kamal. Bencinya terhadap lelaki itu sangat mendalam.

"Okey, jangan datang lewat tau. Ibu tak sabar nak jumpa dengan calon menantu ibu," kata Puan Sarah lagi lalu dibalas dengan anggukan dari Black dan melangkah keluar dari rumah tersebut.

"Saya dengar korang cakap pasal calon menantu. Ada apa-apa yang saya tak tahu ke?" soal Encik Kamal kepada isterinya. Dia mengambil tempat disebelah isterinya.

"Haah! Mike dah ada calon menantu, abang. Tak sabar saya nak jumpa gadis yang sudah membuat Mike jatuh cinta. Saya bersyukur, abang," ujar Puan Sarah dengan senyuman yang lebar di bibirnya. Encik Kamal mengukir senyuman palsu.

'Lantak anak kau lah. Fikir aku kisah sangat ke pasal hal anak kau nak kahwin.'

Sebenarnya Encik Kamal bukan kisah sangat Black kahwim atau tidak. Yang penting hidupnya mewah dan mempunyai seorang gadis muda yang merupakan perempuan simpanannya. Itu sudah membuatkan dia bahagia!

Encik Kamal hanya mendengar cerita isterinya yang tidak sabar berjumpa dengan calon menantunya. Dia sibuk bermain dengan telefon dan itu sudah semestinya dia sedang bergayut dengan perempuan simpanannya.

𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now