tiga

4.5K 209 1
                                    

Sudah hampir sebulan Datin Khadijah tidak sedarkan diri. Dan selama itu jugalah Qina selalu menjaganya dan berulang-alik dari office ke hospital.

Kehidupannya sunyi dengan diri yang semakin kurus kerana tidak menjaga pemakannya. Dan kurang tidur kerana menjaga ibunya sahaja.

"Assalamualaikum, ibu. Qina datang ni bu. Ibu macam mana? Sihat? Bila ibu nak bangun?" soalnya dengan sebak. Dia berasa sedih kerana ibunya masih tidak sedarkan diri.

"Tak apalah ibu. Qina sentiasa tunggu ibu," katanya dengan senyuman hambar. Dia lihat jam sudah nak masuk waktu mahgrib. Dia menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk dan menunaikan solat sekaligus berdoa agar ibunya cepat sembuh dan sembuh seperti sedia kala.

Setelah selesai menunaikan solat. Dia mendekati tubuh ibunya kembali. Bibirnya mengukirkan senyuman hambar melihat wajah ibunya yang kelihatan tenang sahaja.

"Ibu nampak cantiklah sekarang. Qina cemburu tau. Rasa macam Qina ni lagi tua dari ibu pula," guraunya dengan gelakan kecil. Dia tidak mahu bersedih, dia harus kuat demi ibunya.

"Jangan tidur lama sangat ibu. Kasihan dekat anak dara ibu ni. Tak ada suami nak jaga. Harapkan ibu je yang jaga Qina." kata Qina lagi kepada ibunya.

"Qina sayang ibu. Sayang sangat-sangat ibu. Kalau bukan disebabkan ayah tinggalkan kita sebab perempuan tu, mesti keluaga kita lengkapkan bu,Qina sayang ibu." katanya sendiri dengan sayu. Dia sangat rindukan ayahnya dan pada masa yang sama dia bencikan ayahnya kerana sanggup meninggalkan mereka berdua kerana seorang wanita yang jauh lebih kaya dari Datin Khadijah.

"Qina bangga dengan ibu sebab ibu mampu hidup tanpa ayah. Qina bangga kerana memiliki seorang ibu yang kuat, penyayang dan cantik seperti ibu," kata Qina lagi. Dia mengesat airmatanya dengan perlahan lalu dia mengambil keputusan untuk tidur.

'Ayah, Qina harap ayah sihat sahaja. Qina dan ibu rindukan ayah. Rapi ayah sanggup tinggalkan kami berdua semata-mata untuk kekayaan. Sampai hati ayah. Ayah tak sayangkan Qina dengan ibu. Ayah jahat. Qina berharap sangat yang semua itu mimpi. Tetapi, semuanya kenyataan. Sampai hati ayah,' desis hatinya sayu.

𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now