TAMAT

5.2K 164 32
                                    

Hari itu adalah hari bahagia bagi Black dan Nira pula. Bagai pinang di belah dua. Mereka berdua sangat sepadan.

Puan Sarah bahagia melihat anak dan menantunya. Dia juga sudah tahu mengenai rahsia Nira yang menyamar menjadi Qina. Pertama memang Puan Sarah sangat terkejut dan sedih kerana tidak menyangka yang gadis itu telah tiada. Tapi dia dapat menerima kenyataan dan dia redha. Dia juga sudah memaafkan kesalahan arwah suaminya, Encik Kamal.

"Ibu!" jerit Jessica kepadanya. Puan Sarah tersenyum lebar memandang seorang lagi menantunya. Memandangkan Jack seperti anaknya sendiri, maka secara automatik Jessica adalah menantu keduanya.

Dia bersyukur kepada Tuhan, walaupun dia tidak mempunyai suami tapi dia mempunyai anak dan menantu yang selalu menceriakan hidupnya.

"Kenapa ni sayang?" soalnya dengan lembut kepada Jessica.

"Hehehehe. Takde apa-apa ibu. Saja nak bermanja dengan ibu," balas Jessica dengan sengihan. Puan Sarah menggelengkan kepalanya.

"Ish! Sayang ni kan! Abang kan ada. Kenapa nak dengan ibu juga?" sampuk Jack yang baru sahaja sampai di hadapan mereka berdua.

"Abang lain, ibu lain. Tak sama okey!" balas Jessica kepadanya. Puan Sarah tergelak kecil.

"Dah, jangan gaduh dekat sini. Kalau nak gaduh juga, tunggu dekat rumah je. Majlis dah nak mula ni." kata Puan Sarah kepada mereka berdua.

Iman di hadapan Black sudah berdehem. Jantung Black berdegup dengan sangat laju namun dia beriak biasa saja. Hanya sekali lafaz, Nira sudah sah bergelar menjadi isterinya.

"Sah!"

"Sah!"

"Sah"

"Alhamdulillah."

Black tersenyum bahagia. Akhirnya, dia dan Nira disatukan juga. Dia akan menjaga gadis itu sepenuh hatinya. Nira tersenyum lebar. Dalam masa yang sama dia berasa sedih. Kalaulah ibu dan adik kembarnya masih hidup. Pasti perasaan bahagianya berlipat kali ganda lagi.

'Ibu, adik, akak dah khawin. Akak dah jadi isteri kepada bekas kekasih adik.'

Dan dia berjanji kalaulah adiknya masih hidup, dia takkan pernah sesekali merampas kebahagian adiknya walaupun dia sukakan Black tapi dia takkan menjadi perampas. Dia rela adiknya berkahwin dengan Black tapi sayangnya adiknya sudah tiada.

"Beb! Hulurkan jadi kau beb! Suami kau nak sarung cincin tu." bisik Jessica kepadanya. Nira tersentak. Dia memandang wajah Jessica sebelum memandang wajah Black. Eh? Sejak bila dia ada dekat sini eh?

Nira menghulurkan tangannya kepada Black. Cincin perkhawinan mereka disarungkan di jari molek milik Nira. Nira mengucup tangan Black. Selepas itu, dahinya dikucup penuh syahdu oleh Black.

"Selamat pengantin baru!" jerit Jessica lalu memeluk tubuh Nira dengan perasaan gembira. Nira membalas pelukan tersebut.

"Selamat pengantin baru, Nira!" kata Piya pula kepadanya. Nira tersenyum saja. Black mendekati dirinya lalu membisikan sesuatu di telinganya.

"Now, you're mine girl. I love you so much,"

"I love you too, my husband,"

Nira tersenyum. Akhirnya kehidupan mereka bahagia dengan pasangan pilihan hidup masing-masing.

Disebalik kejadian yang pahit yang sukar diterima oleh Nira, rupanya mempunyai kebahagian disebaliknya.

Dia dan Black ditemukan disebabkan satu matlamat, iaitu matlamat membalas dendam atas kematian ibu dan adik kembarnya. Manakala Black pula membalas dendam atas kematian ayah dah gadis pujaannya, Qina.



THE END
Maafkan segala kekurangan dalam cerita ni okeyh? Harap korang enjoy!

𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now