enam puluh tiga

2K 96 8
                                    

"Hello, sweetheart."

Encik Kamal memandangnya tidak percaya. Bukankah gadis itu sudah mati setahun yang lalu. Tapi, macam mana dia masih hidup?

"Ayah tak rindu Qina ke? Jangan risau Qina tak mati lagi. Mesti ibu lupa cerita dekat ayah kan? Ibu, kenapa ibu tak cerita dengan ayah pasal Qina? Tengok sekarang ayah terkejut tengok Qina." katanya. Dalam diam dia menyimpan senyuman sinis untuk ayahnya yang tercinta.

"Yelah, abang. Sarah minta maaf. Lupa pula nak beritahu dekat abang. Betullah tu Qina masih hidup. Sarah bersyukur sangat yang bakal menantu Sarah masih hidup," ujar Puan Sarah dengan senyuman gembira. Encik Kamal memandang tajam anak kandungannya.

Tak mungkin. Kenapa semua ni terjadi? Argh!! Kata lelaki upahannya Qina dah mati. Anaknya dah mati.

"Jom, kita makan. Tak elok kalau makanan ni dah sejuk." ujar Puan Sarah. Nira tersenyum gembira sempat dia tersenyum mengejek kearah Encik Kamal.

Selepas itu, dia memandang wajah Black dengan wajah yang dibuat comel. Black menjongketkan keningnya sebelah.

"Awak, boleh tak awak ambilkan saya lauk dan nasi. Awak kan baik." kata Nira kepadanya. Black sudah menyampah tapi dia tetap buat apa yang Nira suruh.

"Em, boleh tak awak suapkan saya? Kita kan tak lama lagi jadi suami isteri. Tak salah kan awak buat macam tu. Mana tahu bila saya sakit, awak boleh jaga saya." kata Nira lagi dengan senyuman. Entah mengapa hal itu membuatkan Black tergelak dengan sikapnya. Nira sangat berbeza waktu itu. Tidak sama sewaktu pertama kali mereka berjumpa.

"Yelah," balas Black dengan senyuman di bibir. Dia mengambil makanan lalu menyuapkan Nira dengan penuh berhati-hati.

Dia pun tidak pasti sama ada dia menyukai gadis itu ataupun tidak. Jika jodohnya bersama Nira, dia sangat bersyukur walaupun gadis itu bukan Qina sekurangnya wajah mereka sama tapi perwatakan dan nama saja yang berbeza.

Puan Sarah tersenyum bahagia melihat anak dan bakal menantunya. Dia turut gembira. Namun, tidak bagi Encik Kamal. Hatinya berasa marah dengan apa yang dia lihat di depan matanya. Dia akan pastikan gadis itu akan lenyap dari hidup Black.

"Abang nak pergi ke tandas dulu." ujar Encik Kamal. Semakin lama dia berada disitu, semakin sakit hatinya melihat Nira yang sedang bermanja dengan Black.

Nira memandang Encik Kamal dengan senyuman sinis. Dia tahu yang Encik Kamal sangat bencikan Qina dan ibunya, Datin Khadijah. Dia tahu semua itu. Dia juga tahu mengenai sikap Encik Kamal yang sebenar.

"Em, awak. Saya nak pergi ke tandas dulu." katanya lalu membuat wajah simpati. Black dan Puan Sarah tergelak melihatnya.

"Pergilah. Kau jalan lurus lepas tu belok kiri. Nanti kau jumpa tandas dekat sana," balas Black dengan senyuman segaris. Nira mengganguk faham dan pergi menuju ke tandas. Terdengar suara seperti orang bercakap melalui telefon dari dalam tandas. Sudah semestinya orang itu adalah Encik Kamal.

"Macam mana kau buat kerja hah? Lembab! Kau cakap anak aku dah mati. Tapi, kenapa sekarang dia masih hidup?" marah Encik Kamal kepada seseorang. Nira tersenyum sinis. Dia tahu dengan siapa lelaki itu sedang berbual. Mereka ada ramai cumanya Nira hanya buat bodoh saja waktu itu.

"Aku nak kau buat kerja kau betul-betul kali ni! Jangan biarkan dia hidup lagi! Menyemak je kalau dia masih hidup. Kalau kali ini dia betul-betul mati. Aku akan bayar kau dengan harga yang tinggi. Faham?" kata Encik Kamal lagi. Nira tergelak mendengar butir bicara yang keluar dari mulutnya.

'Bunuh aku? Dalam mimpi je. Aku bukan Qina yang baik dan lemah. Aku Nira. Wajah yang sama tapi perwatakan yang berbeza.' desis hatinya. Nira menunggu Encik Kamal keluar dari tandas. Setelah habis berbual dengan orang tersebut. Encik kamal terus keluar.

"Hello, my beloved father." kata Nira sinis. Encik Kamal terkejut dengan kehadiran Nira disitu.

"Aku bukan ayah kau! Aku rasa kau dah dengar apa yang aku cakap. Kau tu memang tak layak hidup! Layak mati je," kata Encik Kamal namun disambut gelakkan sinis dari Nira.

Aku tak salah dengar ke? Aku tak layak hidup? Rasanya dia kot yang tak layak hidup dan tak layak digelar ayah.

"Em..kesianlah dekat ayah ni. Kenapa pula Qina kena mati? Qina rasa ayah kot yang sepatutnya mati. Ayah kan dah tua. Pengemis lagi tu. Dan—-" Nira sengaja menggantungkan ayatnya. Dia melirik tubuh Encik Kamal dari atas hingga bawah dengan senyuman sinis.

"Banyak dosa, tak cukup amal. Oleh sebab itu, sebelum ayah mati, ayah kenalah bertaubat. Jangan gilakan harta sangat ayah. Harta tak boleh bawa mati pun. Tapi, Qina rasa yang ayah ni macam nak bawa mati je harta ayah. Ops! Harta ibu Sarah," kata Nira lagi dengan gelakkan sinis. Encik Kamal mengetap rahangnya.

Dia rasa anak kandungnya sekarang sangat berani dan tiada lagi sisi lembut dan penyayang. Yang hanya adalah seorang yang berani dan setiap kata-kata yang keluar dari mulutnya sangat menyakitkan hati.

"Kau tak payah nak ceramahkan aku! Kau ingat kau tu alim sangat ke?" marah Encik Kamal.

"Takde pula Qina kata Qina alim. Tapi, kalau ayah cakap macam tu maknanya Qina alimlah kan?" ujar Nira dengan senyuman sinis. Dia berasa puas melihat wajah lelaki itu dalam keadaan yang marah.

"Kau tunggu je nasib kau perempuan! Aku akan pastikan kau mati sama macam ibu kau!" kata Encik Kamal yakin. Sedikit pun Nira tidak takut terhadapnya.

"Ye, ayah. Qina akan tunggu. Lagi pula memang Qina perempuan pun. Takkan pula orang tua karepot macam ayah kan? Lagi satu, ayah tu bukanlah Tuhan nak cakap macam tu dekat Nira," balas Nira cukup sinis. Ingat dia takut ke? Memang taklah! Dia memusingkan tubuhnya untuk pergi ke ruangan makan semula. Langkahnya dihentikan dan bersuara.

"Lagi satu ayahku sayang. Bawa bertaubat ye ayah. Qina takut ayah tak sempat pula nak bertaubat. Umur orang macam ayah ni mesti banyakkan amalan. Bukannya banyakkan dosa dan harta" katanya lagi dan meneruskan langkahnya.

Encik Kamal menahan perasan marah terhadap anaknya. Sakit hatinya dengan mulut puaka gadis itu. Dia pelik mana perginya sikap sopan gadis itu?

Sampai sahaja di meja makan, Nira tersenyum manis kepada Black dan Puan Sarah. Dia beriak biasa saja di hadapan mereka.

"Kau ni berak batu ke apa?" soal Black namun Nira hanya tersengih.

"Bukan berak batu tapi berak besi," balas Nira. Sekali lagi Black tergelak dengan jawapannya. Dia berasa bahagia je waktu itu.

Encik Kamal datang lalu duduk semula ditempatnya dengan wajah yang tegang. Puan Sarah dan Black berasa pelik.

"Eh, ayah kenapa ni? Ada masalah ke? Siapa yang buat ayah hilang mood ni?" soal Nira. Nadanya sengaja dirisaukan. Walhal dia tahu sebab apa lelaki tua itu marah.

"Ye, abang. Ada masalah ke?" soal Puan Sarah pula. Black memandang wajah Nira dengan pelbagai persoalan. Namun, Nira hanya mengangkat kedua bahunya tanda dia tidak tahu.

"Takde apalah," jawab Encik Kamal. Puan Sarah hanya mengganguk sahaja. Nira pula sudah tersenyum sinis melihat wajah tegang Encik Kamal.

Apabila pandangan mereka bertembung, dia tersenyum mengejek dan mulutnya berkata tanpa suara yang bermaksud loser. Encik Kamal berdecit halus. Anaknya waktu itu sangat berani dan selalu menyakitkan hatinya.

'Pity old man.'

𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now