Luka di tubuh Nira sudah pulih sepenuhnya. Dan dia sudah dibenarkan untuk pulang ke rumahnya. Semuanya berjalan dengan lancar.
Dia dan Black sudah menjadi pasangan couple. Dua bulan yang akan datang mereka akan melangsungkan perkhawinan mereka.
Nira tidak mahu melanjutkan perkhawinan mereka selagi orang yang dia benci belum mendapat balasan.
"Beb, aku rindu kau!" jerit Jessica lalu berlari anak ke arah Nira yang baru saja sampai dihantar oleh Black.
Anak buah Nira yang mengawal disitu menyimpan senyuman mereka. Mereka juga sangat merindukan ketua mereka.
"Aku pun rindu kau juga," balas Nira kepadanya. Mereka berpelukan sesama sendiri untuk melepaskan rindu masing-masing. Hidup Jessica sangat sunyi tanpa Nira disisi ya.
"Terima kasih sebab hantar dan jaga Nira." ucap Jessica dengan ikhlas kepada Black.
"Sama-sama. Lagi pun dia bakal isteri aku. Jadi tak salah kalau aku jaga dia," balas Black dengan tenang. Dia mengukirkan senyuman kecil untuk Jessica.
"Girl, aku pulang dulu. Jaga diri kau baik-baik." ujar Black lalu mencium dahi Nira tanpa rasa segan di hadapan Jessica.
Wajah Nira membahang malu. Jessica pula tersenyum senget melihat wajah malu-malu dari Nira.
"Okey. Hati-hati tau. Bye." ujar Nira lalu melambaikan tangannya ke arah Black. Lelaki tersebut membalas lambaian tersebut lalu meninggalkan kawasan perumahan tersebut.
"Ehem! Bukan main sweet eh korang berdua?" kata Jessica kepada Nira. Gadis itu tersenyum.
'Suka hati akulah nak buat apa'
"Sibuk je. Macam je dia tu tak sweet dengan Jack. Kau fikir aku tak tahu ke yang kau dengan Jack dah bercinta? Siap pergi rumah bakal suami lagi tu," balas Nira. Jessica tersipu malu.
"Macam mana kau tahu?"
"Mestilah aku tahu. Pasal kau, apa je yang aku tak tahu. Semua aku tahu," riak Nira berkata. Jessica menjuihkan bibirnya. Menyampah pula aku dengan minah seorang ni.
"Dah. Jom masuk. Kau ada masakkan aku tak?" soal Nira dengan manja. Jessica mengukirkan senyuman.
"Ada. Semua makanan kegemaran kau ada tau. Jom kita masuk," balas Jessica dengan riang. Dia menarik lengan Nira masuk ke dalam rumah mereka.
Nira sangat bertuah kerana mendapat seorang sepupu sebaik Jessica yang ada bersamanya waktu susah dan senang.
"Beb. Aku sayang kau."
"Aku lebih sayangkan kau," balas Nira kepadanya.
--------------------------------------------------
Puan Sarah mencuri-curi dengar perbualan suaminya. Dia dengar suaminya sedang memarahi seseorang melalui telefon.
"Aku nak kau buat kerja kau malam ni. Kau bawa sekali anak buah kau tu. Kalau kau gagal kau. Kau tahulah nasib kau!" ugut Encik Kamal. Puan Sarah berasa tidak sedap hati.
'Ya Allah, apa suami aku buat ni?'
"Lantak kaulah nak buat apa dekat dia! Kau nak rogol ke, apa ke, asalkan dia mati. Qina mesti mati! Kalau dulu dia terlepas. Kali ni kau mesti tamatkan riwayat dia. Faham?"
Degg!!
Puan Sarah menekup mulutnya dengan kedua telapak tangannya. Airmatanya mengalir dengan laju.
'Astgfirullahalazim, abang. Tergamak abang nak bunuh dia. Abang kejam.'
Puan Sarah berkata dalam hatinya. Dia segera menutup matanya apabila suaminya sudah mematikan panggilan tersebut.
"Nyawa kau boleh tahan liat juga eh? Dah banyak kali aku cuba bunuh kau tapi asyik terselamat je. Tch! Walaupun kau anak kandung aku tapi aku tak ingin ada anak dari rahim perempuan yang aku benci. Aku cuma cintakan harta ibu kau tapi bukan ibu kau!" kata Encik Kamal sendiri. Sekali lagi Puan Sarah terkejut.
Airmatanya ditahan agar tidak tumpah. Rupanya selama ini gadis itu merupakan anak kandung kepada suaminya.
Tergamak seorang ayah membunuh ayah kandungnya sendiri. Takkan takde secebis kasih sayang pada gadis itu?
Telefon milik Encik Kamal berbunyi. Laju sahaja Encil Kamal menjawabnya dengan senyuman yang lebar di bibirnya.
"Hello, mummy?"
'Mummy? Siapa?'
"Sabarlah mummy. Sikit je lagi. Perempuan tua ni pun tak lama lagi akan mati. Lepastu, kita khawin eh? Daddy janji dengan mummy." lembut sahaja Encik Kamal berkata kepada gadis itu.
Hati Puan Sarah bagai disiat-siat. Luluh hatinya mendengar kata-kata yang terkeluar dari mulut suaminya sendiri.
"Daddy tak cintakan dia pun. Daddy cuma nak harta dia je. Daddy pasti yang semua harta dia jatuh dekat daddy. Sebab daddy suami dia." kata Encik Kamal lagi.
Puan Sarah menggengam erat selimutnya. Hatinya cuba ditenangkan. Tak sangka suaminya selama ini hanya berlakon.
Begini ke perangai suami dia semasa bersama dengan bekas isterinya? Kalau betul, dia menyesal kerana menerima lelaki itu sebagai suaminya.
"HAHAHAAH. Kelakar ah mummy ni. Buat apa pula daddy cintakan dia? Perempuan bodoh tu tak layak dengan daddy. Bodoh sangat. Sebab itulah daddy bunuh suami dia sebab daddy tengok dia macam bengap dan cepat jatuh sayang dengan orang yang ambil berat dengan dia. Dan sekarang daddy sudah jadi suami dia. Perempuan bodoh." kutuk Encik Kamal lagi.
Puan Sarah hanya merintih di dalam hati. Dia menahan esakkan agar tidak terkeluar.
'Ya Allah. Selama ni aku hidup dengan pembunuh suamiku sendiri. Abang, maafkan Sarah abang.'
"Okey, mummy. Sekejap lagi daddy datang. Perempuan tua tu dah tidur. Bye, mummy." kata Encik Kamal lalu menamatkan panggilan tersebut dan melangkah keluar.
Setelah memastikan yang Encik Kamal sudah tiada. Puan Sarah membuka kelopak matanya. Airmata yang ditahan sejak tadi akhirnya mengalir dengan laju.
"Abang, maafkan Sarah abang." kesal Puan Saran teresak-esak. Jika dia tahu ini semua permainan Encik Kamal untuk menginginkan hartanya. Dia takkan mengahwini lelaki tersebut.
Dia melihat jam yang sudah menunjukkan pukul 11 malam. Dia mengesat airmatanya. Tudung disarungkan pada kepala lalu kunci dan handbag diambil.
Dia ingin berjumpa dengan anaknya, Black. Dia ingin memberitahu kesemuanya kepada Black.
Dan yang paling penting, dia akan minta cerai. Kalau Encik Kamal tidak mahu menceraikannya. Dia sendiri akan menfailkan kes penceraian mereka berdua di mahkamah.'Sarah takkan biarkan abang perbodohkan Sarah lagi. Cukup sampai disini je permainan abang.'
YOU ARE READING
𝐌𝐈𝐍𝐄
Action( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 4 ) "Hoii, perempuan berhenti sial!" jerit lelaki tersebut. "I'm sorry, Jian. But, saya dah tak tahan, it's hurt." Qina. "Goodbye, little girl. " Black "Apa salah Qina? " Qina Black adalah seorang mafia yan...