Black merehatkan diri di dalam biliknya. Fikirannya merawang tentang kehadiran kembar Qina. Dia masih belum mengenali nama sebenar gadis itu.
Walaupun dia sudah menyuruh Jian untuk mencari maklumat gadis itu namun maklumatnya seakan tidak wujud.
Sedar tak sedar, Black mengeluh kecil. Dalam pada masa yang sama rindunya terubat dengan melihat wajah gadis yang serupa dengan Qina.
"Sweetie girl. I miss you.'
Selepas itu dia tersenyum lebar. Walaupun gadis itu bukan Qina namun dia tetap merasa bahagia. Sekurangnya, dia dapat melepaskan rindunya dengan melihat wajah gadis tersebut.
Jika berkaitan dengan perangai Nira memang Black menyampah yang suka bercakap kasar dan memberikan senyuman sinis.
Kepala digelengkan. Hoodie diambil lalu disarungkan sebelum dia melangkah keluar dari bilik tersebut. Dia ingin keluar pergi ke rumah ibunya.
Selama dia kehilangan Qina, dia kerap datang ke rumah ibunya. Dia ingin sentiasa disisi wanita itu. Jika ibunya sudah tiada sekurangnya dia ada di samping ibunya.
Tidak mahu kejadian seperti Qina berlaku lagi. Dia tidak bersama dengan gadis itu sepanjang masa dan akibatnya dia kehilangan gadis yang dia cintainya.
Tapi, dia takkan lepaskan orang yang telah membunuh gadis pujaannya. Jika dia harus menunggu dalam tempoh yang lama untuk menjejaki orang tersebut, dia sanggup.
Anak buahnya yang menjaga di setiap kawasan dalam rumah tersebut menyapa dirinya namun dia hanya balas dengan anggukan sahaja.
Sampai diluar rumahnya. Dia terus menuju ke tempat kereta dan masuk ke dalam. Enjin dihidupkan dan meninggalkan kawasan perumahan tersebut.
Black tidak ditemani oleh anak buahnya kerana itu adalah arahan darinya. Setiap kali dia pergi ke rumah ibunya, dia tidak akan ditemani oleh anak buahnya. Dia hanya akan pergi sendiri tanpa ditemani oleh siapa-siapa.
Semasa dalam perjalanan ke rumah ibunya. Keretanya ditembak oleh beberapa buah motorsikal di belakang keretanya.
"Oh, shit!"
Kelajuan kereta ditingkatkan. Kesemua serangan dari musuhnya dia elak dengan cekap. Pasti musuhnya tahu bahawa dia tidak ditemani oleh anak buahnya. Oleh sebab itu, mereka menyerangnya.
Nasib malang menimpahnya. Kereta miliknya dikepung dan tiada jalan keluar untuk dia melarikan diri. Dengan terpaksa dia menghentikan keretanya lalu keluar.
Bibir mengukirkan senyuman sinis melihat 6 orang musuhnya sedang mengepung dirinya. Sedikit pun dia tidak takut malah dia hanya beriak tenang sahaja.
"Hello, Mr. Black. Nice to meet you." kata salah seorang dari mereka. Black hanya tersenyum sinis mendengarnya.
Lelaki itu menghalakan pistol kearah Black dengan senyuman sinis yang terlakar di bibirnya. Black hanya mempamerkan riak wajah yang tenang.
"Just do it, dude!" sinis Black berkata. Lelaki itu berasa geram lalu picu ditarik. Belum sempat dia ingin menembak Black ada seseorang yang terlebih dahulu menembaknya.
"Shit!"
Black mengerutkan keningnya. Dia terkejut. Lantas dia menoleh kearah belakangnya untuk melihat siapa yang menembak lelaki itu.
Sekali lagi dia terkejut melihat orang tersebut. Begitu juga dengan orang itu melihat Black dengan senyuman sinis dan tubuh Black dihampiri.
"How can?"
"Hye, boy."
YOU ARE READING
𝐌𝐈𝐍𝐄
Action( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 4 ) "Hoii, perempuan berhenti sial!" jerit lelaki tersebut. "I'm sorry, Jian. But, saya dah tak tahan, it's hurt." Qina. "Goodbye, little girl. " Black "Apa salah Qina? " Qina Black adalah seorang mafia yan...