Encik Kamal merenung ke arah lelaki di hadapannya. Dia tersenyum sinis melihat lelaki itu.
"So, apa kerja yang aku perlu buat?" tanya lelaki itu kepada Encik Kamal. Wajahnya tidak kelihatan kerana hoodie yang menutup wajahnya separuh.
"Kerja kau senang aje. Aku nak perempuan itu mati. Kalau tak mati pun cukup buat dia sakit ataupun koma," jawab Encik Kamal lalu menghulurkan sekeping gambar dan sampul berisi duit kepada lelaki itu.
Lelaki itu tersenyum sinis melihat gambar seorang gadis cantik yang sedang tersenyum manis.
"Serahkan pada aku. Kalau macam tu aku pergi dulu," pinta lelaki itu dan melangkah pergi. Encik Kamal tersenyum penuh makna.
"Pity girl. Maafkan ayah sayang. Tapi kau memang patut mati!"
Dia tergelak seperti seorang psycho. Lalu kaki dihayunkan keluar dari tempat tersebut. Dia tidak sabar tunggu berita dari orang suruhannya.
Qina tidak dapat melelapkan matanya. Sedaya upaya dia cuba melelapkan matanya tetapi tidak berhasil.
Dia rasa seperti ada seseorang yang sedang memecah masuk ke dalam biliknya. Jantung berdegup laju.
Dup!Dap!Dup!Dap!
Perlahan-lahan dia melangkah turun dari katilnya dan menuju ke tempat bunyi yang mengganggunya.
Dia bersembunyi di sebalik pasu dalam biliknya. Keadaan biliknya gelap namun itu tidak menjadi masalah kepadanya.
Dia lihat seorang lelaki yang memakai hoodie berwarna hitam sedang melangkah masuk ke dalam biliknya.
Di tangan lelaki tersebut terdapat sebilah pisau. Qina sudah tidak senang duduk. Perlahan-lahan dia melangkah keluar dari biliknya.
Hampir sahaja dia sampai ke pintu biliknya. Namun, silapnya dia terlanggar pasu dan pasu itu pecah.
"Mak aii... kenapa time ni juga kau nak pecah?"
Dia dapat rasakan lelaki itu sudah menghampirinya. Badannya sudah menggigil. Dia sudah sedia untuk menjerit.
Namun, belum sempat dia menjerit tanga lelaki itu sudah menekup mulutnya agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi.
"Kau jerit, kau tak akan selamat!" kata lelaki asing itu. Airmata Qina sudah mengalir keluar dengan laju. Dia cuba menenangkan dirinya.
Dia menumbuk perut lelaki itu menggunakan sikunya. Automatik tangan lelaki itu terlerai dari mulutnya.
"Arghhh! Shit!"
Lelaki itu menjerit kecil. Qina mengambil kesempatan itu untuk melarikan diri. Sikit lagi dia berjaya keluar dari bilik itu namun tangannya ditarik oleh lelaki tadi.
"Arghhh! Tolong!"
Qina menjerit sekuat hatinya. Dia tidak kisah lagi jika lelaki itu ingin membunuhnya. Asalkan ada orang yang mendengar dia menjerit.
"Pity, girl. And I'm sorry. Goodbye pretty," kata lelaki itu di telinga Qina. Selepas itu dia menikam Qina sebanyak tiga kali dan membiarkan sahaja pisau itu di tubuh Qina.
Lelaki itu tersenyum sinis. Puas hatinya dapat membunuh gadis itu. Senang sahaja kerjanya. Dia mula melangkah keluar dari bilik itu.
Jian dan rakan lain yang mendengar jeritan nyaring dari bilik Qina terus bergegas menuju ke bilik tersebut.
Setelah pintu terbuka, dia terkejut melihat tubuh kaku Qina yang tidak jauh dari pintu biliknya dengan darah yang mengalir dari perut gadis itu.
Jian mendekati tubuh kaku itu dengan perasaan cemas. Kepala Qina diletakkan di ribanya. Qadis itu tersekat-sekat untuk bernafas.
"Call Tuan now! Hurry up!" jeritnya kepada rakan yang lain. Dia menepuk-nepuk lembut pipi Qina.
"Hei, girl. Jangan tutup mata. Bertahan okey," katanya kepada Qina. Dia mencempung tubuh Qina dan dibawa keluar.
"I'm sorry, Jian. Tapi saya tak tahan. It's hurts," adunya kepada Jian. Airmatanya mengalir laju.
"I know girl but kau kena bertahan. Kau kan kuat. Please," balas Jian. Qina hanya tersenyum hambar sebelum menutup matanya.
"Hurry up. Kita mesti bawa puan ke hospital. Nadi dia sangat lemah," kata Jian. Lalu lelaki yang bernama Endrew terus membelah jalan raya dengan pemanduan yang maksima.
"Girl, I know you strong. Plase hold on," kata Jian perlahan. Dia menggenggam erat tangan Qina yang berasa sejuk.
"Faster, Endrew!" jeritnya apabila dia merasakan nadi Qina semakin tiada. Kelajuan kereta ditingkat lagi oleh Endrew.
Black yang sedang berbincang dengan rakan kongsi gelapnya terganggu dengan panggilan dari anak buahnya.
Dia menyambut panggilan tersebut. Dia setia menanti bicara yang ingin disampaikan oleh anak buahnya.
"Hello, boss!"
"Yes, why?" tanya Black sedikit berkerut keningnya. Dia berasa ada sesuatu yang terjadi bila mendengar suara cemas dari anak buahnya.
"Boss, Ma'am Qina was stabbed," kata anak buahnya. Black mengetap rahang. Wajahnya sudah membengis.
Rakan kongsinya sudah gerun melihat wajah bengis Black. Mereka pasti ada perkara yang membuatkan lelaki itu marah.
"Now, where is her?" tanyanya dicelah gigi. Dia akan pastikan jika sesuatu berlaku pada Qina, orang yang melakukan hal itu akan menyesal.
"I'll send boss the hospital address."
"Okay. I want you to find the bastard!" kata Black.
"Okey, boss."
Talian dimatikan. Dia mencarut lalu meminta diri untuk pergi. Kereta dituju dan meluncur laju untuk pergi hospital.
"Shit! I'll make sure you regret dude! How dare you hurt my girl. Arghhh!"
Jeritnya lantang. Pedal minyak ditekan kuat dan kelajuan kereta mencapai tahap maksimum. Dia tidak kisah jika dia disaman kerana dia mampu membayarnya.
Apa yang penting gadis dia sahaja. Dia mahu cepat sampai di hospital dan mengerjakan anak buahnya kerana tidak melakukan tugas dengan baik.
YOU ARE READING
𝐌𝐈𝐍𝐄
Action( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 4 ) "Hoii, perempuan berhenti sial!" jerit lelaki tersebut. "I'm sorry, Jian. But, saya dah tak tahan, it's hurt." Qina. "Goodbye, little girl. " Black "Apa salah Qina? " Qina Black adalah seorang mafia yan...