Qina termenung memandang siiling dalam biliknya. Fikirannya masih teringat waktu dia berjumpa dengan ayah kandungnya. Walaupun, baru kemarin hal itu berlaku. Dia masih menganggap itu semua hanyalah mimpi.
Seketika airmatanya mengalir lagi. Dia memang seorang yang kuat. Tapi itu hanyalah dari luaran sahaja. Dalamannya sangat rapuh.
"Ibu, kenapa ayah benci Qina? Apa salah Qina, bu? Qina rindukan ayah yang dulu dan rindukan ibu juga," rintihnya sendiri. Hatinya sangat sakit seperti ditusuk pisau berkali-kali.
Tok!Tok!Tok!
"Puan, ibu mertua Puan nak jumpa. Dia sekarang dekat bawah," ujar Dini disebalik pintu biliknya.
"Baik, Dini. Nanti saya turun bawah," jawab Qina. Dia menyeka air matanya dan menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia mengukirkan senyuman di bibirnya.
"Qina tenang. Jangan biarkan orang nampak kau lemah. Semuanya akan okey."
Selepas memberi semangat kepada dirinya sendiri. Dia melangkah turun ke bawah untuk berjumpa ibu mertuanya.
Dia melihat susuk tubuh Puan Sarah yang membelakanginya. Dia tersenyum hambar. Teringat dengan arwah ibunya.
123
"Boo!"
Puan Sarah terkejut dengan tingkah laku Qina yang tiba-tiba mengejutnya. Manakala Qina sudah ketawa sehingga air matanya keluar.
"Ish, Kamu ni kan Qina, sengaja buat ibu macam tu. Nak ibu mati terus ke dekat sini." ujar Puan Sarah kepada Qina. Pinggang gadis itu dicubit manja.
"Hehehe, sorrylah bu. Saja nak manja dengan ibu," balas Qina sambil tersengih. Puan Sarah mengukirkan senyuman lebar.
"Em, Mike mana sayang?" tanyanya kepada Qina. Sejak tadi dia tidak melihat wajah anaknya.
"Oh, Mike takde bu. Qina pun tak tahu dia pergi mana," jawab Qina lalu dibalas dengan anggukan dari Puan Sarah.
"Ibu buat apa dekat sini? Ada hal ibu nak cakap ke?" tanya Qina pula. Puan Sarah menggangukkan kepalanya sekali lagi.
Qina tidak menyangka yang ibu tirinya sangat baik dan tidak sombong. Walaupun dulu dia membenci wanita itu. Namun, semuanya berubah setelah dia melihat sikap baik yang ditunjukkan oleh Puan Sarah.
"Ye, sayang. Ibu cuma nak pesan dekat Qina supaya berhati-hati selalu. Ibu semalam dengar yang suami ibu ada niat tidak baik dengan Qina. Dia tidak suka Qina jadi menantu kami. Sebab tu Qina hati-hati ye sayang," kata Puan Sarah dengan menggengam erat tangan kecil Qina.
"T-tapi-kk-kenapa?" soalnya dengan mata yang berkaca-kaca. Dia tidak faham mengapa lelaki itu sangat membenci dirinya.
"Ibu tak tahu. Cuma ibu nak Qina sentiasa berhati-hati. Jangan berenggang dengan Mike. Kita tak tahu apa yang akan dilakukan oleh suami ibu nanti," balas Puan Sarah sayu. Dia sendiri tidak faham dengan sikap suaminya yang seperti berdendam dengan Qina.
"Takpelah, bu. Qina akan sentiasa ingat pesan ibu. Terima kasih sebab beritahu hal ni," katanya lalu memeluk tubuh Puan Sarah. Airmatanya ditahan agar tidak tumpah. Dia merasakan seperti dia sedang berada dalam dakapan ibu kandungnya.
"Sama-sama sayang. Ibu sayang Qina tau." kata Puan Sarah dengan senyuman dibibir. Mereka meleraikan pelukkan dengan senyuman dibibir masing-masing.
"Kalau macam tu, ibu pulang dulu ye sayang. Nanti suami ibu marah. Assalamualaikum." ujar Puan Sarah. Qina menggangukkan kepalanya.
"Waalaikumsalam,"
Setelah kelibat Puan Sarah sudah masuk ke dalam kereta. Dia melambai ke arah kereta tersebut. Bibirnya tersenyum hambar dan mata dipejamkan seketika. Dia percaya yang ayahnya tidak akan berbuat jahat terhadap dirinya.
"Puan okey ke? Kenapa Puan nampak pucat je? Nak saya call tuan?" Soal Dini risau. Dia yang baru keluar dari dapur risau melihat wajah pucat bakal isteri majikannya yang sudah dianggap seperti kakak kandungnya sendiri.
"Saya okey je, Dina. Tak payah call tuan. Cuma penat je ni. Okeylah, saya naik atas dulu ye." ujarnya lalu mengukirkan senyuman dibibir pucatnya. Dini hanya menurut sahaja walaupun hatinya risau.
Dini kembali menyambung kerjanya. Dia hanya akan berehat apabila semua kerjanya sudah selesai. Namun, fikirannya masih memikirkan Qina.
YOU ARE READING
𝐌𝐈𝐍𝐄
Action( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 4 ) "Hoii, perempuan berhenti sial!" jerit lelaki tersebut. "I'm sorry, Jian. But, saya dah tak tahan, it's hurt." Qina. "Goodbye, little girl. " Black "Apa salah Qina? " Qina Black adalah seorang mafia yan...