tujuh puluh satu

1.9K 109 8
                                    

Black sudah penat mengikuti Nira yang tidak reti lelah berjalan. Dia lihat gadis itu masih cergas.

"Menyesal aku ikut."

Dah hampir 4 jam mereka berjalan, banyak juga yang gadis itu beli. Tapi masih belum cukup katanya.

Biasalah perempuan, berjalan itu syurga bagi perempuan. Lebih-lebih lagi makanan. Sebab kenapa perempuan perlukan duit sendiri kerana godaan barang dan godaan makanan lebih kuat berbanding godaan lelaki. Hahaha.

"Girl, lama lagi ke? Aku dah penat ni," adu Black kepada Nira. Gadis itu tergelak kecil melihatnya.

"Em, sekejaplah. Lepasni saya janji kita boleh pulang dah," jawab Nira kepadanya. Black menjulingkan matanya.

Sekejap kau tu dari tadi lagi Cik Nira oi. Tapi sampai sekarang sekejap kau tu tak pandai hilang.

"Hmm..."

Mereka meneruskan misi mereka mencari barang yang diinginkan oleh Nira. Black hanya pasrah sahaja.

Setelah habis membeli kesemua baranag Nira, akhirnya selesai juga seksaan Black. Nira membuat keputusan untuk pulang.

"Em, aku nak pergi toilet sekejap. Kau tunggu sini. Jangan pergi mana-mana," pesan Black dengan memberikan pandangan tajam kepadanya.

Nira hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Akur sahajalah dengan perintah lelaki itu sekali sekala. Hahahaha.

Black meninggalkan Nira di situ. Semasa menunggu Black dia terlihat satu susuk tubuh yang sangat dikenalinya.

Dia tersenyum sinis. Kaki melangkah mendekati orang itu.

"Tak sangka jumpa dekat sini."

"Assalamualaikum, ayah." sapanya kepada Encik Kamal yang sedang makan bersama seorang gadis muda seperti usianya.

'Perempuan murah.'

"Waalaikumussalam, anak daddy ke?" tanya gadis itu dengan suara gediknya. Nira ingin termuntah mendengar suara itu.

"Ya, aku anak dia. Kau ni siapa? Aku tengok kau ni macam perempuan murah, sundal dan tak tahu malu je." kata Nira cukup sinis. Encik Kamal dan gadis itu kelihatan marah padanya.

"Kau perempuan jaga sikit mulut kau tu. Ni bakal isteri aku. Kau tak ada hak nak cakap macam tu dengan dia," bela Encik Kamal. Nira tergelak kecil mendengarnya. Banyak mata pelanggan melihat ke arah mereka.

"Erm... bakal isteri ek? Bakal isteri ke atau bekalan untuk puaskan nafsu tua kau tu?" balas Nira cukup sinis. Encik Kamal menumbuk meja sedikit kuat.

Anaknya memang sangat berani. Cakap main lepas je tidak fikirkan perasaan orang lain. Setiap kata-katanya sangat menusuk kalbu.

"Hey, perempuan, kau memang kurang ajar kan? Kalau betullah kau ni anak dia kenapa mulut kau kurang ajar sangat huh? Kau tak ada diajar oleh ibu kau ke?" kata gadis itu. Mencanak naik kemarahan Nira bila perempuan murah itu mengaitkan ibunya.

Pang!

Pipi kirinya ditampar dengan kuat.

"Kau perempuan tak ada hak nak cakap macam tu."

Pang!

Pipi kanannya pula ditampar dengan kuat.

"Arwah ibu aku dah cukup ajar aku. Tak ada kurang pun."

Pang!

Pipi kirinya ditampar lagi.

"Aku bukannya kurang ajar sangat tapi orang tua sebelah kau ni yang buatkan aku kurang ajar."

Pang!

Last sekali dia menampar pipi kanan gadis itu. Bibir gadis itu pecah dan berdarah. Nira tersenyum puas.

"Kau memang melampau Qina!"

Belum sempat Encik Kamal menampar wajahnya, dia terlebih dahulu menahan tangan itu.

"Kau jangan berani sentuh aku dengan tangan tua kau yang kotor lagi jijik ni. Setiap tubuh aku ni sangat berharga kerana ibu yang lahirkan aku dengan kesakitan yang dia tanggung sendiri. Sedangkan ibu aku pun tak pernah memukul anaknya, kenapa kau pula nak pukul aku? Kau langsung tak ada hak!" katanya dengan mencerlung tajam ke anak mata Encik Kamal dengan penuh dendam.

"Kau ni memang tak layak langsung jadi ayah orang. Pandai buat buat tapi tak pandai menghargai. Dasar orang tua tak sedar diri. Sedarlah diri sikit eh. Kalau bukan ibu aku yang kutip kau dari keluarga yang miskin dan tak ada keluarga, kau takkan dapat hidup senang macam ni lah, orang tua!" kata Nira sedikit kuat. Dia mencengkam kuat tangan Encik Kamal dengan sepenuh hatinya.

Encik Kamal mengerutkan keningnya menahan sakit di tangannya. Gadis simpanannya sudah risau. Dia ingin melepaskan cengkaman itu namun tidak berhasil.

Nira berasa rimas lalu menolak tubuh gadis itu dengan kasar sehingga belakang badannya terkena pada bucu meja.

"Auch."

"Mummy."

"Kau dengar sini orang tua, aku takkan biarkan kau permainkan ibu Sarah macam mana kau permainkan ibu aku dulu. Aku takkan biarkan. Aku akan pastikan kau menyesal atas apa yang kau buat dulu," kata Nira terselit amaran. Dia melepaskan cengkaman itu dengan senyuman sinis.

Encik Kamal membantu gadis simpanannya yang mengerang kesakitan. Nira hanya memandang mereka dengan pandangan kosong sahaja.

"Dan kau perempuan, elok sangatlah tu korang bersama. Sorang kaki kikis dan seorang lagi gila harta." Nira berkata dengan senyuman senget. Mereka berdua tidak melawan cakap Nira.

'Idiot.'

Dia melangkah pergi dari tempat tersebut dengan hati yang puas. Encik Kamal mengetap rahangnya.

Anaknya sangat berbeza sekarang. Sampai dia sendiri tidak mengenali gadis itu. Nampaknya dia kena buat sesuatu dengan lebih cepat.

Dia takkan biarkan anaknya memberitahu hal ini kepada isterinya, Puan Sarah. Kalau tidak merempatlah hidupnya nanti.





-----------------------------------------------------







Black sudah pelik dari semenjak tadi dia menunggu gadis itu. Tapi gadis itu masih belum muncul.

"Dia ni kan aku dah suruh dia jangan pergi mana-mana tapi minah ni memang keras kepala betullah."

"Erk, sorry awak. Awak dah lama ke dekat sini? Sorrylah saya tadi pergi beli aiskrim untuk kita berdua," tipu Nira. Dia memang sengaja beli aiskrim agar lelaki itu tidak menyoalnya dengan banyak.

"Tak boleh ke tunggu aku? Kalau kau kena culik ke apa macam mana? Kau ni degillah," bebel Black dengan geram. Nira tersengih lalu membuat simbol 'peace'.

"Tak bolehlah awak, lagipun saya kan dah ada depan mata awak ni. So saya kira selamatlah kan?" jawab Nira tidak mahu kalah.

Black pula hanya pasrah sahaja dengan gadis itu. Gadis itu bukan Qina tapi Nira yang ada sahaja jawapan hendak dia beri.

"Kau ni kan ada je jawapan, aku cili mulut kau baru tahu," kata Black dengan mata dikecilkan. Nira hanya beriak biasa sahaja.

Dah memang aku ada mulut, memanglah ada jawapan yang aku bagi. Nanti kalau tak jawab cakap kita bisu pula.

"Ish..dahlah, jom kita pulang. Kang makin panjang pula kau membebel. dah macam mak nenek aku tengok," balas Nira selamba dan melangkah meninggalkan Black di belakang.

"Kecil besar kecil besar je aku tengok minah ni."

Black merengus geram. Dia mengekori langkah Nira yang mendahului dirinya. Dalam diam dia tersenyum bahagia.

'Sweetie girl, kau masa lalu aku. But your sister masa depan aku.'

𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now