lapan puluh satu

1.7K 93 1
                                    

Nira dan Jessica sedang dalam perjalanan pulang ke rumah. Mereka perasan ada beberapa buah kereta mengekori mereka dari belakang.

"Beb, nampaknya mereka dah makan umpan." kata Jessica kepadanya. Nira tersenyum sinis. Kelajuan keretanya ditingkatkan. Dia sengaja melanggar sebuah pokok dengan kelajuan keretanya yang maksimum tetapi di pandangan musuh mereka, kereta milik Nira kehilangan kawalan kerana memandu dengan sangat laju.

Strerttttt!!!

Dushhh!!!

Kereta Nira terbabas. Kakinya terasa sakit. Dia melihat Jessica yang berada di sebelahnya turut cedera tapi tidak terlalu teruk.

"Beb, kau pergi keluar dulu! Mereka semua masih jauh lagi tu. Kau pergi ke tempat Black dan beritahu dekat dia okey? Dah, pergi cepat!" Arah Nira dengan tegas. Jessica terasa berat hati meninggalkan Nira disitu. Dia melangkah keluar namun dia berhenti dan menoleh ke arah belakang.

Dia tidak sanggup meninggalkan sahabatnya. Dia mengubah fikirannya yang dia akan tetap bersama Nira. Lantaklah jika gadis itu marah.

"I can't, beb. Aku tetap bersama dengan kau. Titik!" putus Jessica muktamad. Nira menahan diri daripada marah.

'Arghh!! Beb! Kenapa kau bengap sangat ni? Tak pasal-pasal rancangan kita nanti gagal. Haih..minah ni.'

Nira hanya mampu pasrah. Dia pun tidak larat kerana kakinya tersekat pada kereta tersebut. Jessica membantunya untuk keluar.

Bang!

"Arghh!!"

"Jessica!"

Jerit Nira kepadanya. Bahu Jessica ditembak. Nira berusaha untuk menarik kakinya yang tersekat. Setelah mencuba beberapa kali tanpa henti. Akhirnya, kakinya terlepas jua namun kaki Nira tercedera dengan teruk kerana Nira menariknya dengan kasar.

"Erghh!!!"

Jerit Nira. Dia mendekati tubuh Jessica lalu memeluknya dengan erat seperti seorang kakak sedang memeluk tubuh adiknya.

Bang!Bang!

"Erghhh!!"

Kakinya yang tercedera ditembak serta lengan kananya juga turut ditembak.

"Beb, aku minta maaf. Kalau aku dengar cakap kau mesti semua takkan jadi. I'm sorry." rintih Jessica. Airmatanya mengalir dengan deras. Segala kekuatannya hilang serta-merta apabila melihat Nira.

"It's okey, sister. Aku tak apa-apa. Dah jangan nangis. Aku tak suka. Kau kan kuat," balas Nira lalu memaksa bibirnya untuk mengukirkan senyuman.

"Tapi— arghh!!"

Membulat mata Nira melihat kedua bahu Jessica ditembak. Marahnya mencanak naik melihat Jessica yang sedang meraung kesakitan.

"Kau memang cari nahaslah!"

Nira tidak memperdulikan lagi kaki dan lengannya yang terasa sakit. Dia memandang tajam ke arah orang yang telah menembak mereka berdua.

Pisau dikeluarkan yang dia sisipkan dia belakangnya. Target dikenal pasti lalu pisau tersebut dilemparkan dan sasarannya terkena tepat di dada lelaki tersebut.

"Arghh!!"

Lelaki itu sudah tidak bernyawa. Nira tersenyum puas. Ramai musuhnya sedang mendekatinya. Pistol dikeluarkan, sasaran dikenal pasti. Walaupun dia tahu yang dia akan kalah kerana dia hanya seorang manakala musuhnya sangat ramai tapi dia tidak akan mengalah.

Bang!Bang!

Dua orang musuhnya sudah mati. Dia tersenyum puas. Dia membalas tembakan yang dilepaskan oleh musuhnya.

Bang!Bang!Bang!Bang!Bang!

"Arghh!!!"

Pistol terlepas daripada genggaman Nira. Kedua-dua kakinya sudah ditembak dan dia tidak mampu lagi untuk berdiri.

Dia melihat Jessica sedang mendekati tubuhnya. Gadis itu menahan sakit pada bahagian bahunya.

Bang!

"Arghh!!"

"Jessica!"

Kaki Jessica juga turut ditembak. Nira tidak mampu untuk pergi ke arahnya kerana kakinya tidak dapat digerakkan lagi.

"Pity girl! Bawa mereka berdua masuk!" Arah seorang lelaki yang berpakaian hoodie berwarna hitam.

Nira dan Jessica diheret dengan kasar tanpa memperdulikan kesakitan yang dirasakan oleh mereka berdua. Kedua gadis itu cuba untuk melawan namun diri mereka ditumbuk kerana asyik melawan.

Buk!Buk!

"Duduk jelah diam-diam! Menyusahkan betul!" marah seorang lelaki yang berbangsa India. Nira dan Jessica menahan kesakitan yang teramat.

Jessica sudah tidak sedarkan diri manakala Nira pula berusaha untuk melawan agar mereka berdua terlepas namun semuanya hanya sia-sia.

Semakin dia melawan, semakin teruk dia dikerjakan. Wajahnya penuh dengan lebam serta tubuhnya yang tercedera dengan teruk. Semakin lama pandangannya semakin kabur. Kesakitannya pun dia tidak mampu menahannya lagi. Akhirnya, pandangannya menjadi gelap dan selepas itu dia sudah tidak sedarkan diri.

'Little boy, cepat datang selamatkan kami.'

𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now