dua belas

3.3K 169 3
                                    

Qina melajukan langkahnya. Jantungnya sudah memainkan peranan. Peluh sudah keluar walaupun cuaca ketika itu sejuk.

'Ya Allah, apa dia buat dekat sini? Ibu... Qina tak nak, bu. Tolong Qina ibu.' desis hatinya.

"Nuraqina!" jerit orang tersebut. Namun, Qina tidak menghiraukannya. Malah, dia menambahkan lagi kelajuan langkahnya.

Sampai sahaja di tempat keretanya, kunci dikeluarkan dari handbagnya dengan laju. Tangannya juga mengigil habis. Belum.sempat dia membuka lock kereta, ada sebuah tangan menghalangnya.

Gulp!

"Kenapa Qina lari? Qina tak rindukan Syah ke?" soal lelaki tersebut. Qina hanya berdiam diri, dirinya sangat takut tika itu.

Adamsyah atau Mohammad Adamsyah Bin Dato Azmi bekas teman lelakinya ketika dahulu. Tetapi, hubungan mereka diputuskan oleh Qina kerana Syah adalah seorang psycho!

Dirinya dikawal habis oleh Syah. Jika ada lelaki yang mendekatinya, pasti Syah akan membunuhnya. Oleh sebab itu, Qina memutuskan hubungan mereka.

"Qina dengar tak ni?" soalnya kepada Qina. Gadis itu menarik nafas dalam lalu dihembus sebelum dia menjawab.

"Syah... stop kacau aku. Kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi. Kita buat hal masing-masing. So, please stop kacau aku," ujarnya dengan tenang. Dia lihat Syah sedang menahan amarahnya. Qina sudah menelan air liur dengan susah.

'Ya Allah, aku ada salah cakap ke? Janganlah dia jadi singa nanti aku yang merana,' desis hati Qina.

"Kita masih ada hubungan Qina. Sebab aku tak akan lepaskan kau. And one more thing, aku takkan berhenti kacau kau selagi kau tak jadi milik aku. Dan aku takkan benarkan mana-mana laki dapatkan kau!" ujar Syah sedikit keras. Wajahnya sudah berubah menjadi bengis.

"Syah, jangan macam ni. Qina tahu Syah seorang yang baik. Tapi Qina tak layak untuk Syah. Syah move on je," pujuknya dengan lembut.

Syah mencengkam pergelangan tangannya dengan kuat. Qina mengerutkan dahinya menahan sakit.

"Syah... sakit!" adunya kepada Syah. Namun, lelaki itu tidak menghiraukannya.

"Kau dengar sini baik-baik Qina. Aku takkan lepaskan kau! Faham?" kata Syah sedikit tinggi. Qina sudah mengalirkan airmatanya.

Lalu pergelangan tangannya dilepaskan oleh Syah. Wajah lelaki itu bertukar menjadi sayu.

"Mafkan Syah ye, sayang. Aku gerak dulu. Bye, sayang. Ingat... jangan lari sebab aku selalu ada bersama sayang," katanya lalu mengusap lembut pipi Qina. Tetapi, gadis itu menepis tangannya. Itu membuatkan Syah tergelak kecil dan melangkah pergi.

Qina bergegas masuk ke dalam keretanya. Dia menangis teresak-esak. Dia tidak mahu bersama lelaki itu dan dia juga tidak mahu jika ada lelaki yang mendekatinya kerana pasti Syah akan membunuhnya nanti.

"Sampai hati kau buat aku macam ni."

𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now