Nira menziarahi kubur arwah adik kembarnya. Dia tersenyum hambar melihat kubur tersebut.
"Adik akak yang cantik. Akak datang ni. Akak minta maaf sebab tak sempat nak jumpa adik akak yang cantik ni." katanya dengan senyuman hambar. Hatinya sakit seperti ditusuk pisau secara berkali-kali.
"Kalau adik nak tahu, akak nak sangat jumpa adik dan ibu. Nak sangat peluk korang berdua. Tapi, akak tak mampu buat semua tu. Adik kena tahu yang akak pernah datang ke Malaysia tau. Akak pernah nampak adik dengan ibu hidup bahagia tanpa ayah." kata Nira lagi. Setitik demi setitik airmatanya jatuh mengalir di pipi.
"Akak minta maaf ye sayang. Kalau adik masih hidup mesti adik happy kan sebab mempunyai seorang kakak yang cantik sama seperti adik." Nira tergelak kecil namun tetap kedengaran hambar.
"Adik dengan ibu jangan risau. Akak akan pastikan orang itu akan terima balasannya. Tunggu masa sahaja. Buat masa ni biarkan dulu dia hidup bahagia." katanya dengan penuh perasaan dendam di dalam hati. Matanya melirik kearah kuburan arwah ibunya yang hanya bersebelahan sahaja dengan Qina. Dia terharu dengan sikap Black yang mengubur adik kembarnya bersebelahan dengan ibu mereka.
"Okeylah bu, adik. Akak pulang dulu. Ada masa akak datang lagi eh? Sayang korang berdua." kata Nira lalu mengucup batu nisan kedua orang yang dia sayang.
Airmata dikesat lalu cermin mata hitam digunakan dan menuju ke tempat keretanya. Anak buahnya sedang menunggu dirinya.
Nira merupakan seorang ahli mafia ke tangga yang kedua. Black pula merupakan tangga yang pertama dan dia adalah tangga kedua kerana sikap kejamnya walaupun dia hanya seorang perempuan.
Namun, setiap kali perjumpaan dengan ahli-ahli mafia, dia tidak akan turun. Dia hanya menyuruh orang kanannya untuk menghadiri perjumpaan tersebut. Dan dia hanya dikenali dengan nama gelapnya sahaja tapi bukan wajahnya.
"Cik Muda."
Dia digelar Cik muda kerana usianya yang masih muda. Uncle Man dan keluarga angkatnya juga tahu tentang sisi gelap Nira.
Ibubapa angkat Nira merupakan jutawan dan ahli mafia yang paling berpengaruh. Oleh sebab itu, mereka tidak membenarkan Nira bekerja apa-apa disebabkan hal tersebut. Mereka mahu Nira menjadi ahli mafia yang berjaya.
"Go home," kata Nira mendatar. Anak buahnya hanya menggangukkan kepala lalu membuka pintu kereta untuk Nira.
Setelah Nira masuk ke dalam kereta. Dia masuk pada bahagian pemandu dan meninggalkan kawasan perkuburan tersebut. Nira memandang sayu ke luar tingkap. Di sebalik kaca matanya, dia menahan airmata agar tidak tumpah.
"Cik Muda. Tadi mama Cik Muda ada call. Dia kata Cik Muda kena berhati-hati dekat sini sebab ada musuh yang mencari Cik Muda," jelas anak buahnya yang bernama Aizat. Nira tersenyum sinis mendengar. Dia tidak jadi mengalirkan airmatanya.
"Don't worry, Zat. Aku tak kisah kalau mereka cari aku kerana mereka tidak tahu yang mereka sedang menempah maut," kata Nira sinis. Takut? Tiada dalam kamus hidupnya. Kalau musuhnya ingin mati, silakan cari dirinya.
Aizat tergelak kecil mendengar jawapan dari ketuanya. Dia memang sudah cukup kenal dengan sikap ketua mereka yang sangat berani dan tidak mempunyai sifat perasaan takut dalam dirinya jika berkaitan dengan musuh.
Nira hanya mengukirkan senyuman sinis sahaja. Dia lebih suka jika musuhnya mencari dirinya. Senang sedikit untuk dia membunuh mereka kerana orang yang jahat dan dengki tidak layak hidup baginya.
Selepas itu dia hanya berdiam diri sahaja serta melelapkan matanya. Terasa penat seharian menguruskan banyak hal. Hari yang cukup memenatkan baginya.
Aizat pula hanya membiarkan ketua mereka merehatkan diri. Dia tidak mahu mengganggu gadis itu. Nanti tak pasal-pasal gadis itu bertukar menjadi singa kelaparan jika menganggu waktu dia rehat
YOU ARE READING
𝐌𝐈𝐍𝐄
Action( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 4 ) "Hoii, perempuan berhenti sial!" jerit lelaki tersebut. "I'm sorry, Jian. But, saya dah tak tahan, it's hurt." Qina. "Goodbye, little girl. " Black "Apa salah Qina? " Qina Black adalah seorang mafia yan...