Qina lari selaju yang boleh. Dirinya sudah tidak terurus dengan pakaian yang koyak bahagian bahu yang hampir menampakkan dadanya.
Nasib baik tudungnya masih ada. Dia dikejar oleh dua orang lelaki yang tidak dikenalinya.
Semasa dia ingin pulang ke rumahnya. Dia ditahan oleh dua orang lelaki tersebut. Dirinya diculik namun sempat dia melarikan diri.
Dirinya juga hampir dirogol. Qina berlari dengan laju tanpa memandang kearah belakang. Dia tidak akan sesekali berhenti walaupun dia penat.
"Hoi perempuan! Berhenti sial!" jerit lelaki tersebut. Namun, Qina tidak menghiraukannya. Dia makin melajukan lagi lariannya.
Dia lihat ada sekumpulan lelaki yang tidak jauh darinya. Dia pasti orangnya baik lalu larian dilajukan kearah sekumpulan lelaki tersebut.
Dia memeluk salah satu tubuh dari sekumpulan lelaki itu. Wajah disembamkan pada belakang lelaki tersebut.
"Encik... tolong saya," rayunya dengan suara bergetar. Badannya mengigil dengan hebat. Pelukannya makin dieratkan lagi seakan tidak mahu melepaskannya.
Lelaki itu terkejut dengan pelukan secara mengejut dari Qina. Perlahan-lahan dia memusingkan badannya.
Namun, Qina sedikit pun tidak mengangkat wajahnya. Lelaki tersebut memandang pelik kearahnya dengan pakaian yang koyak serta berkaki ayam.
Belum sempat dia bertanya kepada Qina. Dua orang lelaki yang mengejar Qina sebentar tadi menjerit kearah mereka. Qina terus memeluk tubuhnya kembali.
"Hoi perempuan! Mari sini kau!" marah salah satu dari dua orang lelaki itu. Qina mengeratkan pelukannya.
"Encik... tolong saya encik, pleasee..saya takut..tolong saya," rayu Qina kepadanya. Lelaki itu dapat merasakan tubuh Qina menggigil dengan sangat hebat dan bajunya juga sudah basah kerana airmata Qina.
"Kau siapa nak aku tolong?" soal lelaki tersebut. Qina sudah menangis teresak-esak.
"Manusia, encik. Sesama manusia kena saling tolong-menolong. Tolong saya, encik. Saya takut. Mereka nak rogol saya, encik," ujarnya dengan tangisan. Lelaki tersebut terkejut. Entah mengapa dia berasa marah apabila mendengar perkataan rogol tersebut.
Dia sendiri tidak pernah meniduri mana-mana perempuan. Dia sangat marah dan anak matanya tajam melihat kearah dua orang lelaki tersebut.
"Tuan..perempuan---" belum sempat anak buahnya menghabiskan ayatnya, dia sudah mengangkat tangannya agar anak buahnya tidak bersuara.
Lelaki tersebut adalah Mike atau dikenali sebagai Black. Mereka berada disitu pun kerana ingin membincangkan rancangan mereka dan melihat musuh mereka. Tetapi, tidak sangka pula ada hal yang menggangu perbincangan mereka.
"Whatt!"
Bang! Bang!
Kedua lelaki tersebut sudah rebah dan tidak bernyawa. Qina terkejut dengan bunyi tembakan tersebut. Airmatanya mengalir dengan laju.
'Ya Allah... orang yang aku peluk ni lagi bahaya,' desis hatinya.
Perlahan-lahan dia melepaskan pelukannya. Wajahnya ditundukkan. Black tersenyum sinis melihatnya.
"What's wrong, girl?" soalnya kepada Qina.
"I... a... am... so... sorry... sir," ujar Qina tergagap-gagap, tetapi Black hanya tersenyum sinis.
"For?" soalnya lagi. Qina tidak menjawab. Dia berasa malu kerana memeluk lelaki yang tidak dikenalinya.
"I'm sorry again and thank you sir," katanya lalu mengangkat wajah dan tersenyum manis kearah Black.
Black terdiam melihat wajah tersebut. Tubuhnya menjadi kaku. Namun, selepas itu dia tersedar.
"Dah..kau boleh pergi. Kalau aku nampak kau lagi, aku tak akan lepaskan kau," kata Black dengan penuh bermakna.
"Thank you again, sir. Assalamualaikum," kata Qina lagi lalu laju sahaja dia melangkah pergi meninggalkan mereka dia kawasan tersebut.
Black tersenyum penuh makna. Jika dia melihat gadis itu lagi, dia akan pastikan gadis itu tidak akan terlepas dari genggamannya.
"I hope can I see you again, girl."
YOU ARE READING
𝐌𝐈𝐍𝐄
Action( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 4 ) "Hoii, perempuan berhenti sial!" jerit lelaki tersebut. "I'm sorry, Jian. But, saya dah tak tahan, it's hurt." Qina. "Goodbye, little girl. " Black "Apa salah Qina? " Qina Black adalah seorang mafia yan...