tujuh puluh enam

1.6K 95 1
                                    

"Macam mana kau buat kerja huh? Aku suruh kau bunuh je pun. Itu pun kau tidak boleh buat!" tengking Encik Kamal kepada lelaki itu.

Sakit hatinya bila mendapat tahu bahawa anaknya masih hidup dan pada masa yang sama dia terkejut kerana kesemua orang-orang suruhan lelaki upahannya sudah mati dibunuh oleh anaknya sendiri.

"Arghh!!"

Jerit Encik Kamal. Lelaki itu hanya mendiamkan diri. Dia pun turut berasa marah dengan gadis tersebut kerana telah membunuh kesemua anak buahnya.

'Aku takkan biarlah kau terlepas.' desis hati Encik Kamal.

"Kau berambus! Walau apa cara sekali pun kau mesti bunuh dia!" tengking Encik Kamal lagi. Lelaki itu akur lalu melangkah pergi.

"Anak kesayangan ayah. Ayah takkan biarkan kau terlepas macam tu je! Kau keluar dari rahim yang aku benci jadi kau harus mati!" gumam Encik Kamal penuh dendam.




--------------------------------------------




"Macam mana keadaan dia?" soal Jessica dengan mata berkaca-kaca. Sayu hatinya melihat rakannya yang terlantar di hospital.

Selepas Nira tidak sedarkan diri pada waktu itu. Black adalah orang yang menyelamatkannya. Waktu itu, Black pergi menuju ke rumah ibunya.

Disebabkan laluan rumah Nira adalah sama dengan laluan ke rumah Puan Sarah, dia terserempak dengan Nira yang sudah tercedera.

"Dia masih belum sedarkan diri. But don't worry. Racun itu dah dikeluarkan dari tubuh dia. Nasib baik aku hantar dia ke hospital dengan cepat. Kalau tak..mungkin dia dah takde," jelas Black. Dia tidak dapat membayangkan jika Nira pergi meninggalkannya. Dan jika itu berlaku. Hidupnya akan merana untuk kali kedua.

"Terima kasih, Black. Terima kasih sebab dah selamatkan kawan aku. Aku terhutang budi dengan kau," ucap Jessica ikhlas dengan senyuman hambar. Black menggangukkan kepalanya. Dia memberikan laluan untuk Jessica masuk ke dalam wad VVIP tersebut.

Terasa sebak hati Jessica melihat Nira yang pucat lesu dan terbaring di atas katil tersebut. Kalaulah dia berkeras untuk menemani gadis itu. Pasti semua ni takkan terjadi.

"Beb, i'm sorry." ujarnya dengan sebak. Airmata mengalir perlahan. Black hanya membiarkan gadis itu meluahkan perasaan sedihnya.

"Aku takkan maafkan dia, beb. Sebabkan dia, kau jadi macam ni!" marah Jessica penuh dendam. Memang dia takkan lepaskan orang itu.

Black mengerutkan keningnya mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Jessica. Siapa yang gadis itu maksudkan? Aku mesti cari tahu.

"Jessica."

Jessica melihat ke arah Black yang memanggilnya. Dia mengangkat keningnya sebelah.

"Boleh aku bercakap dengan kau sekejap?" pintanya kepada Jessica. Perlahan-lahan Jessica menggangukkan kepalanya.

"Beb, aku keluar dulu tau. Nanti aku datang balik." katanya kepada Nira. Dia sempat mencium dahi Nira sebelum dia melangkah keluar bersama Black.

"Apa yang kau nak cakap dengan aku?" soal Jessica kepadanya. Tangannya disilangkan di dadanya. Black melihat wajah Jessica yang cantik namun tidak secantik seperti gadis pujaannya.

"I'm sorry sebab tak patut nak masuk campur dengan urusan peribadi korang berdua. Tapi kalau kau tak keberatan..boleh tak kau cerita dekat aku siapa yang maksudkan dengan si dia?" soal Black dengan lembut. Melihat respon dari gadis itu lantas dia bersuara lagi.

"It's okey. Forget it." kata Black. Jessica menggelengkan kepalanya.

"No. Aku boleh je cerita semuanya tapi aku takut yang kau tak percaya dekat aku pula dan aku pasti kau belum tahu lagi tentang Nira dan kau akan terkejut kalau tahu," balas Jessica tersenyum sinis. Black mengerutkan keningnya.

'Terkejut? Apa lagi yang aku tak tahu pasal Nira? Rahsia apa lagi?'

Black berteka-teka di dalam hatinya. Perasan ingin tahu membuak-buak di dalam dirinya.

"Just tell me the truth," kata Black. Hati Black berdebar menanti kata-kata yang akan keluar dari mulut gadis itu.

"Sebenarnya Nira..."

𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now