Kehidupan Qina sekarang sangatlah happy. Mana taknya kalau dia dibenarkan keluar walaupun hanya di kawasan rumah sahaja. Itu sudah cukup membuatnya bahagia.
Tidak lupa juga, dia sekarang sudah rapat bersama Jian, Syafiq dan lainnya kerana sifatnya yang peramah dan mudah bergaul.
Qina menuju ke dapur untuk membantu Dini memasak memandangkan dia tidak buat apa-apa. Jadi tidak salahkan? Iye ke tidok? Hahahahahaha.
"Bah!"
"Oh mak kau hitam!" Dina terkejut. Gadis itu mengurut dadanya dan memandang Qina lalu menjelingnya.
"Puan ni! Kalau tadi minyak ni dekat Puan macam mana? Mati saya dikerjakan oleh Tuan tahu tak?" ujar Dini kepada Qina. Dia menyambung kembali kerjanya. Qina pula rasa bersalah.
"Eh..janganlah marah. Saya gurau jelah tadi. Kalau dia marah awak. Saya marah dia balik," Qina berkata dengan sengihan di bibirnya. Dini hanya tersenyum melihat majikannya yang peramah terhadapnya.
"Nak saya tolong apa-apa tak?" soal Qina kepada gadis itu. Well, dia memang suka tolong orang.
"Eh..takpe, Puan. Biar saya je yang buat nanti Tuan marah saya sebab biarkan Puan berkerja," ujar Dini serba salah. Qina hanya menggelengkan kepalanya sahaja.
"Takpe, lagi pula saya bosanlah. Bolehlah. Please!!" pujuk Qina tidak berputus asa. Dini mengalah sahaja lalu dia menganggukkan kepalanya.
"Hah! Macam itulah. Biar saya masak ayam merah dan sup ayam okey?" ujar Qina. Amboi tadi kata nak tolong saja. Tapi sekarang nak masak pula. Hahahahaha.
"Bagus juga tu. Boleh saya rasa masakan dari Puan," balas Dini teruja. Qina tersenyum manis dan memulakan kerjanya.
Setelah habis memasak kesemua lauk, mereka meletakkannya di atas meja. Dini menelan air liur apabila menghidu bau sedap dari masakan Qina.
"Harumnya, Puan. Rasa macam nak makan je sekarang," kata Dini tanpa rasa malu. Qina tergelak kecil mendengarnya.
"Makanlah Dina oii. Saya nak hantarkan lauk yang lain ni dekat pengawal di luar sana. Dini makan ye," kata Qina lalu dibalas anggukan dari Dina.
Qina berjalan menuju ke bahagian depan, belakang dan atas untuk menghantar makanan. Akhir sekali dia lepak bersama Jian dan Syafiq.
"Sedap tak saya masak manje?" soal Qina. Dia sudah biasa menggelarkan Jian dan Syafie manje memandangkan mereka berdua sangat rapat dengan Qina berbanding yang lain. Namun yang lain juga ramah seperti Jian dan Syafiq.
"Sedap Puan," Mereka menjawab serentak. Qina tersenyum lebar mendengarnya.
"Saya tahu memang sedap pun," kata Qina dengan riak. Jian dan Syafiq sudah membuat muka menyampah. Mula lah tu perangai annoying dia.
"Janganlah buat muka macam tu. Tergugat saya tahu manje. Rasa tak kuat je iman ni bila bersama dengan manje berdua," kata Qina lalu mengenyitkan matanya ke arah Jian dan Syafiq.
"Puan janganlah cakap kuat sangat. Nanti boss dengar, mati kami berdua dikerjakan," bisik Jian kepada Qina. Qina mengerutkan keningnya.
"Biarlah dia dengar yang penting saya sayang my manje dua ni," kata Qina lagi sambil tersenyum lebar. Jian dan Syafiq sudah menelan air liur kerana melihat gerangan yang berada di belakang Qina.
"Kenapa muka manje dua ni pucat je? Manje sakit eh? Atau manje nak muntah sebab masakan saya? Ataupun manje geli sebab saya kata sayang? Takpelah. Saya janji tak cakap lagi dah. Janji!" kata Qina bersungguh-sungguh. Namun, mereka berdua tidak bersuara sebaliknya menundukkan kepala mereka. Dan itu mengundang rasa pelik pada Qina.
Dia pun mengambil keputusan untuk memusingkan badannya menghadap belakang. Masa seakan terhenti. Jantungnya berdegup laju apabila ada anak mata yang tajam melihatnya.
'Oh no!'
YOU ARE READING
𝐌𝐈𝐍𝐄
Action( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 4 ) "Hoii, perempuan berhenti sial!" jerit lelaki tersebut. "I'm sorry, Jian. But, saya dah tak tahan, it's hurt." Qina. "Goodbye, little girl. " Black "Apa salah Qina? " Qina Black adalah seorang mafia yan...