enam puluh lapan

2.1K 104 4
                                    

"Mana Nira ni lama sangat? Tuan tak risau ke?" tanya Jian kepada Black. Sudah hampir sejam lebih tapi Nira masih belum sampai juga.

Black tidak menjawab. Kalaulah Jian tahu yang dia sangat risau sekarang ni. Risau nak mampus. Dia buat keputusan dalam masa 5 minit kalau gadis itu tidak ada juga, dia akan mencarinya.

Tiba-tiba pintu cafe dibuka. Mereka lihat Nira bersama seorang gadis yang tidak kurang cantiknya dengan Nira.

"Erkk, sorry buat korang menunggu. Saya ambil cousin dekat airpot tadi," jelas Nira kepada mereka berdua. Jian mengangguk faham manakala Black sudah menghembus nafas lega.

"Kenalkan cousin saya, Jessica. Beb, ni Black dan ini Jian," kata Nira kepada mereka antara satu sama lain.

"Hye Jian, Black," sapa Jessica dengan mesra. Black hanya menganggukkan kepalanya manakala Jian hanya tersenyum sahaja.

Jessica atau nama penuhnya Jessica Cuz merupakan cousin kepada Nira dari sebelah ibunya. Ini kerana ibunya dulu bukan orang Islam jadi tidak hairanlah jika ada sepupunya bukan orang Islam.

Jessica juga merupakan ahli mafia juga. Nama gelapnya adalah Cuz. Ramai orang fikirkan yang Jessica seorang lelaki kerana namanya.

Jessica merupakan anak kedua daripada keluarga Cuz. Adik kepada arwah ibunya Datin Khadijah. Dia seorang yang degil, kasar dan periang.
Jangan pandang Jessica dari luaran, dia dan Nira sama-sama berjaya dalam dunia mafia.

Tapi dia sama dengan Nira, tidak menunjukkan diri mereka jika ada perjumpaan dengan ahli mafia. Sebab mereka rimas berkumpul dengan ahli mafia yang lain.

Kecuali hal itu sangat mustahak barulah mereka akan menunjukkan diri mereka yang sebenar. Tidak lagi menyuruh orang kanan mereka.

"Erm... Kenapa korang tak makan lagi?" soal Nira kepada mereka.

"Kami berdua tunggu Nira sebab tu tak makan lagi," jawab Jian jujur. Nira jatuh kesian pula. Manakala Jessica sudah rasa sebersalah.

"Takpelah, jom kita order makanan," putus Nira kepada mereka. Black hanya berdiam diri sahaja semenjak tadi. Tiada niat untuk menyampuk.

Setelah membuat pesanan, mereka menunggu dalam beberapa minit dan akhirnya makanan mereka sudah sampai.

Mereka menjamu tanpa bersuara. Yang ada hanya bunyi sudu dan garfu sahaja. Masing-masing menjamu makanan dengan seleranya.




-----------------------------------------------





Nira dan Jessica dalam perjalanan pulang ke rumah persendirian Nira. Rumah yang sudah lama dia beli untuk keluarga mereka nanti.

Namun, semuanya hancur kerana adik dan ibunya sudah tiada lagi di dunia. Rumah itu hanya dia dan Jessica sahaja yang tahu.

Sampai sahaja di rumah tersebut, Nira tersenyum hambar melihat rumah itu. Jessica pun turut simpati.

"Kau janganlah sedih nanti ibu dan adik kau sedih tengok kau macam ni," kata Jessica kepadanya. Nira mengangguk setuju dengan apa yang dikatakan oleh Jessica.

"Jom kita masuk," ajak Nira lalu dibalas dengan anggukan dari Jessica. Mereka bersama-sama melangkah masuk ke dalam rumah itu.

"Cantik ek rumah ni. Kemas je," puji Jessica. Teruja dia melihat rumah itu yang sangat cantik dan unik di matanya. Sangat besar jika dilihat dengan real berbanding dalam gambar.

Sememangnya cita rasa Nira tidak pernah mengecawakan. Gadis itu pandai memilih. Nira tersenyum nipis.

"Mestilah kemas dan bersih sebab aku upah orang tengokkan rumah ni sekaligus bersihkan apa yang patut," jawab Nira. Jessica membuat nulut 'o' pada mulutnya.

𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now