tiga puluh lima

2.8K 126 2
                                    

Mereka telah tiba di hadapan syarikat Qina. Mereka berdua tersenyum sesama sendiri dan melangkah masuk ke dalam.

Banyak pekerja Qina tersenyum manis kepadanya seperti biasa. Qina berasa pelik terhadap mereka semua.

'Mereka ni tak risau ke boss mereka tak datang? Tak risau je gaji tak dapat?' desis hati Qina. Namun, mereka berdua tetap meneruskan langkah mereka.

Setibanya di hadapan meja P.A. nya, dia terus menegur gadis tersebut. Gadis itu terkejut lalu memeluk tubuhnya dengan erat.

"Puan, Ya Allah rindunya. Sampai hati Puan kahwin tak jemput kami semua," kata Piya setelah meleraikan pelukan mereka. Qina berasa pelik dengan kata-kata Piya.

"Suami?"

"Ya, suami. Takkan Puan tak ingat yang Puan dah kahwin? Atau puan malu sebab suami Pusn kacak tau tak. Ramai staff cuba ngorat suami puan,"" ujar Piya lagi. Teruja sahaja dia menceritakan hal tersebut kepada Qina.

"Bila masa pula aku ada suami? Calon suami pun tak ada."

Qina melihat ke arah Dina. Dia menjongketkan keningnya sebelah namun Dina hanya mengangkat kedua bahu tanda tidak tahu.

"Erk..."

"Eh, Puan jangan segan. Saya tahu Puan ke sini nak jumpa suami Puan kan? Suami Puan ada dalam bilik," kata Piya lagi. Qina hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Whatever suami pun suamilah. Tapi bila saya jumpa lelaki itu habis dua saya kerjakan. Suka hati dia je cakap dia itu suami aku.

"Okey."

Selepas berkata begitu, mereka berdua melangkah menuju ke bilik CEO. Jantung Qina berdegup kencang. Seketika mereka berhenti di hadapan pintu CEO.

"Erk, Dini saya takutlah. Mana tahu lelaki itu bekas teman lelaki saya, Amir. Macam mana?" luah Qina denfan perasaan takut. Dia sangat takut berjumpa dengan lelaki itu. Dahlah psiko, gila!

"Kalau dia kekasih Puan, halau lah dia panggil pengawal suruh bawa dia keluar okey!" kata Dini. Qina menganggukkan kepalanya tanda setuju.

Dengan perkataan bismillah, Qina membuka tombol pintu itu secara perlahan-lahan. Matanya ditutup rapat tidak sanggup melihat siapa lelaki itu.

Setelah itu dia membuka matanya perlaha-lahan. Dia tergamam dan terkejut. Begitu juga dengan Dini. Wajah lelaki itu memang sangat kacak dan sangat menarik perhatian wanita di luar sana. Namun, tidak bagi Qina.

"Tak mungkin dia?"

𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now