empat puluh lapan

2.6K 124 25
                                    

Encik Kamal tersenyum puas kerana anak kandungnya sudah tiada lagi di muka bumi ini. Dia tergelak kecil kerana anak dan isterinya sudah tiada dalam hidupnya.

"Ermm... korang tak patut hidup. Baguslah kalau anak bodoh tu ikut sama kau masuk dalam kubur. Sebab kamu dua memang sama- sama setan," kata Encik Kamal dengan senyuman sinis di wajahnya.

Dia sangat membenci dengan arwah isteri dan arwah anaknya. Dia kahwin dengan arwah isterinya pun hanya kerana harta sahaja.

Dia ingat berkahwin dengan arwah isterinya hidupnya akan senang. Namun, dia terpaksa bekerja sebagai CEO. Dia memang anti denagn kerja-kerja itu semua.

Yang dia mahu hanyalah duduk di rumah dan goyang kaki. Namun, selepas berjumpa dengan isteri barunya iaitu Puan Sarah, hidupnya lebih senang berbanding ketika bersama dengan Datin Khadijah.

Hidup dengan Puan Sarah semuanya serba mewah. Dia tidak bekerja tapi wang sentiasa ada dalam akaun. Dan isterinya sekarang sangat bodoh. Senang diperbodohkan!

Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor perempuan simpanannya. Setelah talian bersambung, dia mula berbual.

"Hello."

"Hello, daddy,"

"Mummy buat apa?"

Amboi..sudah tua puan masih gelarkan daddy mummy. Menyampah pula dengan watak Encik Kamal ni. Rasa mahu bunuh je!

"Mummy tengah makan ni. Daddy bila nak datang sini?''

"Kejap lagi daddy datang. Bye, mummy."

"Bye, daddy,"

Talian dimatikan. Dia tersenyum lebar. Wanita itu hanya tempat pemuas nafsunya sahaja.

Dia melangkah keluar dari biliknya. Semasa memasuki lift dalam rumahnya, dia lihat Puan Sarah baru sahaja keluar dari lift tersebut.

"Eh, abang nak pergi mana ni? Kan dah malam," kata Puan Sarah dengan riak pelik. Nak kemana pula orang tua ni malam-malam buta.

"Aku ada urusan dengan kawan aku. Esok baru aku pulang. Dahlah aku pergi dulu," jawab Encik Kamal sedikit kasar. Puan Sarah hanya redha sahaja kerana nak melawan pun nanti dikata isteri derhaka.

"Hati-hati abang," pesan Puan Sarah namun tidak dihiraukan oleh Encik Kamal. Puan Sarah mengeluh kecil lalu menuju ke bilik tidur mereka untuk merehatkan diri.

Walaupun hatinya sedikit sangsi dengan suaminya yang setiap kali keluar pada waktu malam namun dibuang jauh perasaan tersebut.

Dia tidak mahu bersangka buruk terhadap suaminya. Cukuplah suaminya sanggup menerima dirinya yang janda. Itu pun sudah memadai.

𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now