Qina gerun melihat wajah tegang Black yang nampak sangat marah. Dia tidak berani untuk menegur lelaki itu.
Lagipun dia masih berasa sedih dengan sikap ayahnya. Dia fikir bila bertemu dengan ayahnya akan menjadi kenangan terindah.
Namun, itu bagaikan mimpi sahaja kerana ia tidak menjadi kenangan terindah namun ia menjadi kenangan yang sangat sakit untuk diingat.
"Shit!"
Qina hanya membiarkan sahaja Black. Dia terus memandang keluar tingkap. Matanya masih terasa panas kerana ingin menangis.
Dia memejamkan mata. Dia tidak sangka ayahnya yang dahulu seorang yang penyayang, baik dan selalu ambil berat tentang dirinya berubah sepenuhnya.
"Perempuan pengemis."
Kata-kata itu kembali menerjah fikirannya. Dia sangat kecewa. Tergamak ayahnya memanggil dirinya pengemis.
'Sampai hati ayah. Qina anak ayah.'
Black yang melihat air mata Qina mengalir di pipi terus menghentikan kereta. Dia mengeluh kecil namun dalam pada masa yang sama dia berasa marah yang teramat.
"Hei, girl. Please don't cry. It's hurts for me , girl," katanya kepada Qina lalu menyeka air mata gadis itu. Qina terkaku, dia tidak sedar yang dia sedang menangis sekarang.
Dia melihat pandangan Black yang seakan memujuknya. Perlahan-lahan dia menenangkan dirinya agar tidak menangis lagi.
"Saya okey lah. Jangan risau. Saya kan kuat," balas Qina lalu cuba tersenyum manis. Walaupun hatinya masih sakit namun dia tidak mahu Black risau akan dirinya.
"You lied me, girl. I know you."
Black tersenyum sahaja. Dia tahu dan pasti gadis itu sedang kecewa. Tapi dia tetap menunjukkan yang dirinya tidak apa-apa.
"Kau jangan nangis. Aku ada dengan kau. Kau permata aku, hidup aku, nyawa aku, kalau kau sakit begitu juga aku. Aku tak suka orang yang aku sayang sakit dan aku akan pastikan orang yang buat orang sayang itu terima akibatnya," kata Black tenang. Qina menelan air liurnya.
Gulp!
Walaupun Black nampak tenang, namun dia tahu lelaki itu pasti dalam keadaan yang marah dan kata-katanya tidak boleh dibawa main.
"Jangan risaulah. Saya okey je. Saya tak kisah kalau ayah awak tak suka saya. Saya boleh undur diri," kata Qina sambil tersenyum manis. Dia tidak mahu Black tahu yang Encik Kamal adalah ayahnya. Namun, sebaliknya Black sudah lama mengetahui hal tersebut.
"No, girl! Dia bukan ayah aku! Kau jangan berani lari dari aku, girl. If you do that, you regret it!" kata Black sambil merenung tajam ke dalam anak mata Qina. Kecut perut Qina melihat wajah bengis Black.
'Oh may god, jangan duk tenung aku macam tu. Seram tahu tak!'
Black tersenyum sinis melihat wajah pucat Qina yang takut dengan renungannya. Dia cuma memberi amaran kepada gadis itu agar tidak melarikan diri darinya.
"Kau dengar kan?"
"D-de-ngar," jawab Qina tergagap-gagap lalu menundukkan wajahnya. Tak sanggup dia melihat wajah itu. Silap hari bulan dapat heart attack aku.
"Good girl!"
Black tersenyum sinis. Dia menarik tangan Qina lalu menggengamnya dengan erat tanda dia memberi kekuatan kepada Qina agar terus tabah. Lalu kereta dipandu semula menuju ke rumah Black. Masing-masing berdiam diri. Dalam diam Qina tersentuh dengan sikap prihatin Black.
Black masih dalam keadaan marah. Berani orang tua tu menentangnya. Namun, selepas itu dia tersenyum penuh makna.
'Don't play with me, dude. Kalau kau berani melawan aku atau sakitkan girl aku, tahu lah nasib kau bodoh!'
Jika Encik Kamal ada niat buruk terhadap Qina, dia akan pastikan orang tua itu menyesal kerana cari pasal dengannya.
Kalau diikutkan hatinya sudah lama dia ingin membunuh orang tua itu. Tapi dia masih memikirkan perasaan ibunya. Dia tidak mahu ibunya bersedih lagi.
'Dad, I miss you.'
Kalaulah ayah masih hidup pasti keluarga mereka sudah bahagia selama-lamanya. Tetapi, disebebakan jahanam yang membunuh ayahnya, semua berubah sepenuhnya.
Manakala Qina pula sibuk melayan perasaannya. Kadangkala dia terfikir, dia anak kandung Encik Kamal ataupun bukan.
Mengapa lelaki itu sangat membenci dirinya. Sedangkan dirinya anak kandung dan darah daging lelaki itu sendiri.
'Ibu, Qina jumpa ayah. Tapi ayah benci Qina, bu.'
Akhirnya mereka berdua sibuk melayan perasaan masing-masing dan hanyut dalam dunia mereka sendiri.
YOU ARE READING
𝐌𝐈𝐍𝐄
Action( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 4 ) "Hoii, perempuan berhenti sial!" jerit lelaki tersebut. "I'm sorry, Jian. But, saya dah tak tahan, it's hurt." Qina. "Goodbye, little girl. " Black "Apa salah Qina? " Qina Black adalah seorang mafia yan...