"Sampai hati dia buat ibu macam ni. Dia juga nak bunuh Qina." luah Puan Sarah sayu. Nira menahan sebak melihat wajah sayu Puan Sarah.
Black menahan dirinya agar kemarahannya tidak meletus. Dalam hal ini, ibunya sangat perlukan sokongan daripada mereka.
Dia faham akan perasaan ibunya. Isteri mana yang tidak sedih? Dia hidup dengan orang yang membunuh suaminya sendiri. Dirinya pasti sangat menyesal.
Puan Sarah datang ke rumah Black dalam keadaan berlinangan airmata. Black sangat terkejut waktu itu. Ingin dia bertanya namun Puan Sarah terlebih dahulu menyuruhnya agar menghubungi Nira dan meminta gadis itu untuk datang ke rumah Black.
Black akur dengan arahan ibunya. Setelah Nira dan Jessica datang ke rumahnya. Barulah Puan Sarah membuka cerita.
"ibu janganlah sedih macam ni. Qina tak apa-apa. Semuanya akan okey. Ibu rehatlah dulu. Mata ibu dah bengkak ni asyik nangis je. Ibu rehat eh?" pujuk Nira dengan lembut. Puan Sarah menggangukkan kepalanya lalu melangkah naik ke atas untuk merehatkan dirinya.
Jessica dan Nira memandang ke arah Black yang kelihatan marah. Perlahan-lahan Nira mendekati tubuh itu.
"Awak janganlah risau. Saya akan balas semua apa yang telah ayah saya buat pada ibu awak. Saya janji yang dia akan terima semua balasannya. Saya juga minta maaf sebab ayah saya, ayah awak mati." kata Nira bersungguh-sungguh. Lembut sahaja suaranya berkata kepada Black.
Black mengukirkan senyuman kecil. Dia tidak mahu menyalahkan gadis itu. Lagi pula bukan gadis itu yang membunuh ayahnya. Malah gadis itu juga turut kehilangan orang yang dia sayang disebabkan dendam Encik Kamal.
"Girl, kau tak perlu minta maaf sebab bukan kau yang salah pun. Aku taknak kau rasa bersalah dekat aku sebab aku tak suka," balas Black serius. Nira mengukirkan senyuman untuk Black.
"Okey," balas Nira sepatah. Dia melirik ke arah Jessica yang sedang tersenyum sinis ke arahnya. Mereka berdua sedang merancang sesuatu untuk mengumpan kesemua musuh mereka keluar dari tempat persembunyian.
'Masa korang untuk hidup akan tamat tak lama lagi.'
------------------------------------------------
Rancangan mereka diatur dengan teliti. Mereka tidak boleh silap langkah kalau tersilap pasti rancangan mereka akan gagal serta-merta.
"Girl, kau pasti yang kau akan selamat?" soal Black risau. Nira mengganguk dengan yakin.
"Don't worry my little boy. Aku akan selamat. Trust me," balas Nira menyakinkan Black. Jessica juga turut risau namun ini sahaja caranya.
Black mengeluh kecil di bibirnya. Dia hanya akur sahaja. Jika itu pilihan gadis tersebut. Dia tidak boleh menghalangnya. Kerana dia tahu perangai degil Nira memang tak boleh atur. Kalau dia kata itu, maka itulah. Tiada siapa yang boleh mengubahnya.
"Mulai esok, kita akan mulakan rancangan kita." kata Nira dengan bersemangat. Dia melihat ke arah Black, Jessica, Jack, Jian dan juga Aizat.
Mereka semua menggangukkan kepala. Nira berdoa di dalam hatinya agar rancangan mereka akan berjalan dengan lancar.
'Ibu, adik. Akak akan balas dendam untuk korang berdua. Akak harap semuanya akan berjalan dengan lancar.'
-------------------------------------------------
Encik Kamal merengus geram. Perasan marah menguasai diri. Dia tidak sangka bahawa rahsianya sudah diketahui oleh isterinya.
"Argh!!! Ini semua salah budak tak guna tu! Ini semua salah Qina!" jerit Encik Kamal seperti orang gila.
Rancangannya hampir saja berjaya. Dia ingin membunuh isterinya namun semuanya musnah kerana rahsianya sudah diketahui.
Dia mengambil kunci keretanya. Dia ingin berjumpa seseorang untuk meminta pertolongan.
Orang itu merupakan ketua mafia dan orang itu jugalah yang membunuh Datin Khadijah dan suami Puan Sarah dulu. Dia ingin berjumpa dengan orang itu semula. Harapkan lelaki upahannya? Memang tak boleh harap! Asyik gagal je memanjang. Dia dah rugi banyak membayar lelaki tersebut.
'Aku akan pastikan korang semua mati!'
YOU ARE READING
𝐌𝐈𝐍𝐄
Action( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 4 ) "Hoii, perempuan berhenti sial!" jerit lelaki tersebut. "I'm sorry, Jian. But, saya dah tak tahan, it's hurt." Qina. "Goodbye, little girl. " Black "Apa salah Qina? " Qina Black adalah seorang mafia yan...