Nira merehatkan dirinya setelah sampai di tempat markasnya. Dia terpaksa datang ke markasnya kerana ada hal yang dia ingin uruskan.
Pintu biliknya dibuka dari luar. Dia merenung tajam anak buahnya. Haih, tak boleh nampak aku rehat sekejap ke asyik nak ganggu je.
"Maaf, Cik Muda tapi kawan Cik Muda ada dekat luar nak jumpa dengan Cik Muda," terang anak buahnya lalu kepala ditundukkan.
Nira mengeluh kecil. Dia baru sahaja ingin berehat. Sekarang nak jumpa orang itu pula. Haih, bilalah aku nak tenang ni.
"Hmm, suruh dia masuk," balasnya. Anak buahnya mengangguk faham dan melangkah pergi. Selepas itu, biliknya dibuka sekali lagi. Ada seorang lelaki yang berwajah kacak masuk ke dalam biliknya.
"Takkan baru sampai dah stress kot." perli lelaki itu kepada Nira. Dia mengambil tempat di hadapan gadis tersebut.
Nira memandangnya dengan tajam. Mamat ni memang nak mati awal oleh aku. Ada juga aku buat kenduri sempena kematian mamat dia.
"Woi, mamat salleh jadian. Kalau kau nak perli aku better kau pulang sebelum kau jadi arwah dekat sini," kasar Nira menuturkan kata-katanya. Lelaki tersebut tergelak.
"Relax, okey? Aku gurau je pun. Jadi, macam mana? Kau dah jumpa ke kawan aku?" soal lelaki itu kepadanya. Nira menggangukkan kepala.
"Aku dah jumpa dia. Nasib baik kau bagitahu aku yang kawan kau tu ada musuh ikut dia. Kalau tak mungkin kawan kau tu dah mati jumpa Tuhan," selamba dia berkata. Sekali lagi lelaki itu tergelak. Nira memang seorang yang tidak berperasaan, cakap pun main lepas je.
"Tapi..kenapa kau taknak jumpa kau kau, Jack?" soal Nira kepada Jack. Lelaki itu adalah Jack. Kawan baik Kepada Black sejak kecil. Dia mengenal Jack setahun yang lalu.
Mereka berdua berjumpa di Perancis. Waktu itu Jack sedang menguruskan halnya disana dan Jack bertembung dengan dirinya.
Waktu itu Jack menyangka bahawa Nira adalah Qina disebabkan wajah mereka yang sama. Namun, selepas Nira menceritakan kesemuanya, barulah Jack tahu dan selama itu jugalah mereka berhubung serta melalui Jack jugalah dia mengenali Black.
"I can't, Nira. Aku malu nak jumpa dia. Aku tuduh dan benci dia dulu. Aku malu nak jumpa dia," balas Jack sayu. Nira mengeluh. Dia faham perasaan Jack tapi sampai bila lelaki itu tidak mahu berjumpa dengan Black?
"Listen. Benda tu dah lama, Jack. Past is past okey? Kau mesti pulihkan semula hubungan korang. Kalau kau macam ni sampai bila hubungan korang akan baik? Kau nak tunggu kawan kau tu mati baru kau nak jumpa. Macam tu ke? So, please jumpa dia dan berbaik semula dengan dia, okey?" ujar Nira dengan senyuman kecil. Jack menggangukkan kepalanya.
"So, kau nak kami tangkap bangsat tu ke sekarang?" tanya Jack dengan senyuman sinis. Disebabkan orang itu kehidupan Black hancur. Hubungan persahabatan mereka berdua juga putus dan dia tidak sabar ingin membunuh orang tersebut.
"Nope! Biarkan je dia hidup dengan bebas sekarang ni. Pastikan setiap gerak-geri dia korang perhatikan. Kau boleh suruh anak buah kau atau anak buah aku untuk perhatikan dia. Aku takde mood nak beri arahan. Aku nak balik tidur," ujar Nira lalu berdiri dan melangkah keluar dari bilik tersebut.
"Bila kau nak buat rancangan kau?" soal Jack lagi. Langkah Nira terhenti lalu dia mengukirkan senyuman sinis memikirkan rancangannya yang bakal dia lakukan.
"Tomorrow," jawabnya sepatah dengan senyuman penuh makna dan kembali meneruskan langkahnya.
Jack hanya turutkan sahaja perintah dari gadis itu. Dia menggelengkan kepalanya dengan sikap Nira yang tidak berubah. Kalau penat jangan harap dia nak buat kerja.
YOU ARE READING
𝐌𝐈𝐍𝐄
Action( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 4 ) "Hoii, perempuan berhenti sial!" jerit lelaki tersebut. "I'm sorry, Jian. But, saya dah tak tahan, it's hurt." Qina. "Goodbye, little girl. " Black "Apa salah Qina? " Qina Black adalah seorang mafia yan...