tiga belas

3.3K 168 1
                                    

Seperti biasa, Qina akan pergi ke pejabatnya. Semenjak kebelakangan itu, dia selalu termenung kerana Syah selalu menggangu hidupnya.

Dia mengeluh kecil. Pening kepalanya memikirkan Syah yang selalu menggangu dirinya.

"Kenapa Syah buat Qina macam ni? Qina tahu Syah seorang yang baik dan Syah layak dapat perempuan yang Syah impikan."

"Bukan Qina tak mahu bersama Syah. Cuma Qina takut perangai Syah yang tidak menentu. Maafkan Qina kalau disebabkan Qina kau jadi seorang psycho," gumamnya sendiri sambil melihat pemandangan luar tingkap dari bilik pejabatnya.

Tok! Tok! Tok!

"Masuk!"

Piya melangkah masuk ke dalam biliknya. Dia tersenyum manis kearah Qina yang kelihatan serabut sahaja.

"Puan Qina tak apa-apa ke? Piya tengok Puan asyik termenung je," ujarnya prihatin kepada Qina. Qina tersenyum kecil lalu menggelengkan kepala.

"Tak ada apa-apalah, Piya. Saya okey je. So, tell me apa jadual saya hari ini,'' katanya kepada Piya. Dia tidak mahu menceritakan masalahnya kepada Piya, biar dia sahaja yang tahu. Lagi pun dia memang sejenis yang suka berahsia.

"Hari ni Puan tiada meeting but pukul 2 petang, Puan kena pergi jumpa client kita dari Selangor dan selepas itu Puan kene pergi Jame's Holdings untuk bincangkan projek kita yang baru-baru ini," jelas Piya kepadanya.

Qina mengangguk faham dengan apa yang dikatakan oleh Piya. Dia tersenyum manis kearah gadis itu.

"Kalau tiada apa-apa lagi, saya minta diri dulu Puan," pintanya kepada Qina.

"Okey awak boleh pergi. Thank you," ujarnya kepada Piya. Gadis itu tersenyum sahaja dan melangkah keluar.

Seketika dia melihat kearah gambar arwah ibunya. Airmatanya mengalir setitik demi setitik. Hanya tuhan sahaja tahu betapa rindunya dia dengan wanita itu.

'Ibu kenapa ibu pergi cepat sangat? Ibu tak sayangkan Qina ke? Qina masih belum puas nak bermanja dengan ibu.'

'Kalau ibu nak tahu, hidup Qina sekarang terasa kosong tanpa ibu. Qina tak kuat ibu. Kalaulah Tuhan tarik nyawa Qina sekarang, boleh Qina bersama dengan ibu.'

Dia menangis tanpa suara. Gambar arwah ibunya dipeluk dengan erat seperti dia memeluk tubuh arwah ibunya.

"I love you, mom."

𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now