Black menunggu di ruang kecemasan. Wajahnya tegang sahaja sejak tadi. Tajam anak matanya melihat anak buahnya yang berada di situ. Dia perasan wajah Jian yang jelas tampak risau sekali. Wajahnya juga mendung sahaja.
Black mengeluh kecil. Dia mendekati tubuh Jian yang sedang termenung jauh. Dia tahu pasti lelaki itu sedang risau tentang Qina.
"Boy," kejut Black. Jian tersentak dari lamunannya. Dia melihat wajah Black yang serius sahaja.
"Hmm..." jawab Jian perlahan. Dia tiada mood untuk berbual. Dia memikirkan keadaan Qina yang berada di dalam.
Dia sangat menyayangi gadis itu. Tapi bukan menyayangi macam awek yer... dia sayang seperti adik kandung sendiri.
"Don't worry. Semua akan baik-baiksahaja," kata Black kepada Jian sambil menepuk-nepuk bahu kanan lelaki itu.
Jian hanya tersenyum hambar sahaja. Bajunya sudah kotor dek kerana darah Qina yang laju sahaja keluar dari perut gadis itu.
Dua minit selepas itu, pintu wad kecemasan dibuka. Seorang doktor lelaki keluar dan mereka berdua mendekati doktor tersebut.
"Keluarga pesakit kan?" tanya doktor itu kepada mereka. Serba sedikit dia takut melihat wajah tegang Black.
"Yes. Saya suami dia," jawab Black tenang walhal hatinya sudah memainkan peranan. Dia takut kalau terjadi apa-apa pada Qina.
"I'm sorry but we lost her. Dia banyak kehilangan darah dan mengikut apa yang kami telah uji terdapat racun pada pisau yang digunakan untuk menikam pesakit. Dan racun itu membawa kepada kematian. I'm sorry," kata doktor tersebut lalu menundukkan wajahnya. Dia tidak sanggup melihat wajah mereka yang tentu akan sedih.
Black dan Jian tergamam. Manakala yang lain sudah menundukkan wajah mereka. Ini semula salah mereka.
Kalau mereka lebih peka dengan keadaan, sudah tentu semua ini tak akan berlaku. Ini semua salah mereka!
"I know you lied me right?" Kata Black dengan suara dicelah gigi. Tangannya sudah menggenggam penumbuk.
Ini semua mimpi. Tak mungkin gadis yang aku sayang sudah tiada. Tolong beritahu aku semua ini mimpi! Huarghhhh!
"It's true, Sir. I'm sorry," jawab doktor tersebut lalu melangkah pergi meninggalkan mereka. Jian terkaku dan air matanya mengalir secara perlahan-lahan.
'I'm sorry sister. I'm sorry,' desis hati Jian sayu.
"Arghhhh!" jerit Black lalu menumbuk dinding bilik tersebut. Matanya sudah memerah dan tangannya sudah berdarah.
Tapi dia tidak peduli. Sakit di tangannya tidak sama sakitnya yang ada pada hati. Siapa tidak sedih kalau orng yang kita sayang mati?
"Jian, please tell me my little girl still alive right?" pintanya kepada Jian. Melihat gelengan daripada Jian, dia terus meluru masuk ke dalam bilik tersebut.
Hatinya retak seribu kali melihat Qina. Kenapa dia harus pergi sekarang? Pada masa Black sudah mencintai gadis itu dengan sepenuh hatinya.
Dia memegang erat tangan Qina yang sangat sejuk. Dia sangat lemah melihat gadis pujaannya sudah tiada.
"Hey little girl. Don't leave me," rintih Black. Jian yang baru sahaja masuk ke dalam turut menumpang sedih.
"I love you girl. I want you to be my wife and be my mother for my child. But why you leave me?" kata Black lagi dengan perlahan. Air matanya mengalir kembali setelah lama tidak mengalir. Kali terakhir dia mengalirkan air mata waktu ayahnya sudah tiada.
"Kenapa waktu aku nak bahagia, ada je benda yang jadi. Dulu aku kehilangan ayah sekarang aku dah kehilangan kau, sayang,"
"Dah takde dah lepas ni panggil aku hubby-hubby lagi. Kau je suka panggil aku macam tu kan?"
Black tersenyum hambar lalu mengesat air matanya. Dia mencium dahi Qina selama yang mungkin.
"It's okay, girl. Aku redha kalau Allah ambil kau, aku relakan. Aku harap kau dapat berjumpa dengan ibu kau di sana. I love you girl. Only you," kata Black lagi dengan sebak. Jian turut mengalirkan air matanya.
Dia terus keluar dari bilik tersebut. Dia tidak sanggup lagi melihat ketua mereka yang sedih.
Black melangkah keluar dari bilik tersebut. Dia memandang ke arah belakang untuk melihat wajah gadis pujaan untuk kali terakhir.
"Goodbye my sweetie girl!"
Selepas itu dia keluar dari wad tersebut. Dia hanya mengarahkan anak buahnya untuk menguruskan semuanya nanti.
Dia ingin mencari ketenangan. Separuh hatinya sudah tiada kerana kehilangan orang yang tercinta.
YOU ARE READING
𝐌𝐈𝐍𝐄
Action( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 4 ) "Hoii, perempuan berhenti sial!" jerit lelaki tersebut. "I'm sorry, Jian. But, saya dah tak tahan, it's hurt." Qina. "Goodbye, little girl. " Black "Apa salah Qina? " Qina Black adalah seorang mafia yan...