"Good. Tak lama lagi kami akan sampai. Jangan biarkan dia mati. Faham?" kata orang itu. Panggilan tersebut dimatikan. Dia tersenyum puas kerana semuanya berjalan dengan lancar. Mereka juga hampir tiba dia Malaysia setelah lama berada di dalam pesawat.
"Mereka dah tangkap dia?" soal seorang wanita kepadanya. Lelaki itu mengganguk.
"Dah. Dia dah kena tangkap sayang. Sikit je lagi. Lepas tu dia akan lenyap dan hidup kita senang." jawab lelaki tersebut. Wanita itu tersenyum lebar.
Mereka berdua tidak sabar ingin menamatkan rancangan mereka. Lagi cepat mereka tamatkan lagi cepat hidup mereka akan senang.
-------------------------------------------------------
Black, Jian dan Aizat sedang bersiap sedia untuk menyelamatkan Nira dan Jessica. Mereka dapat mengesan kedudukan mereka berdua pada cincin yang dia berikan kepada Nira.
"Sediakan kereta cepat! Kita akan bertolak tak lama lagi. Kalau kita lambat, nyawa mereka berdua akan melayang." Arah Black tegas. Rancangan mereka terpaksa ditukar kerana rancangan Nira gagal serta-merta.
Jian dan Aizat mengganguk faham. Mereka keluar dari bilik tersebut untuk mengumpul kesemua anak buah mereka dan juga anak buah Nira serta menyediakan kenderaan untuk mereka pergi ke tempat di mana Nira dan Jessica berada.
Fikiran Black jauh mengenangkan nasib kedua gadis itu. Perasaan marah membuak-buak di dalam dirinya.
Dia tahu orang yang terlibat dalam pembunuhan ayahnya, Ibu Nira dan juga adik kembarnya. Semuanya dia tahu kerana Jessica yang memberitahunya.
Nira juga sudah menceritakan semuanya kepada Black. Cerita Nira dan Jessica sama saja tiada apa yang berubah.
"Girl, wait for me. Kalau aku dapat mereka semua. Aku janji takkan lepaskan mereka! Bertahan demi aku dear." gumamnya perlahan.
"Mike?"
Black terkejut melihat ibunya yang berada disitu. Wajahnya ibunya suram sahaja. Puan Sarah mendekatinya.
"Mom,"
Black tidak tahu mahu berkata apa dengan ibunya. Dia tahu yang wanita itu sangat sedih disebabkan masalah Nira. Puan Sadah tahu yang anaknya merupakan ketua mafia. Dia baru tahu semua itu pada sebulan yang lepas. Tapi Black sudah berjanji yang dia akan meninggalkan dunia mafia apabila semuanya sudah selesai. Begitu juga dengan Nira.
"Mike akan bawa pulang menantu ibu kan?" soal Puan Sarah kepadanya. Black tersenyum lalu mengganguk.
"Mike janji yang Mike akan bawa dia pulang ibu. Jangan risau eh? Just trust me," balas Black dengan senyuman di bibir. Puan Sarah tersenyum lalu memeluk tubuh anaknya dengan erat. Dia tak sanggup kehilangan gadis tersebut kerana dirinya sangat menyayangi gadis itu sepenuh hatinya.
"Mike janji ye sayang yang Mike akan bawa dia pulang dengan Jessica sekali. Mike juga kena hati-hati dekat sana. Ibu akan doakan semuanya akan berjalan dengan lancar." kata Puan Sarah kepadanya. Black tersenyum disebalik pelukan mereka berdua.
"I promise mom,"
--------------------------------------------------
Dua orang lelaki memandang Nira dan Jessica. Mereka berdua tersenyum puas kerana akhirnya mereka berjaya menangkap kedua gadis itu.
"Kau pergi ambil air lepastu kau tuangkan dekat perempuan yang bertudung tu. Arah seorang lelaki daripada mereka berdua kepada anak buahnya yang berada di dalam bilik itu.
Anak buahnya akur lalu mengambil sebaldi air lalu dituangkan ke tubuh Nira sehingga basah kuyup.
Nira tersedar. Kesakitan pada bahagian kaki dan lengannya terasa kembali."Uhuk! Uhuk!"
"Ketua White Rose dan sedar. Macam mana keadaan Cik Muda? Sihat?" kata orang itu kepada Nira dengan senyuman sinis.
Nira cuba mencerna wajah tersebut. Matanya terbuntang luas dan marahnya juga serta-merta naik namun wajahnya ditenangkan.
"Nice to mee you, Cik Muda." kata orang itu lagi. Nira mengukirkan senyuman sinis. Kesakitan yang dia rasakan hanya dibiarkan.
"Nice to mee you to dude,"
YOU ARE READING
𝐌𝐈𝐍𝐄
Action( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 4 ) "Hoii, perempuan berhenti sial!" jerit lelaki tersebut. "I'm sorry, Jian. But, saya dah tak tahan, it's hurt." Qina. "Goodbye, little girl. " Black "Apa salah Qina? " Qina Black adalah seorang mafia yan...