Dini dan Qina sekarang tinggal di rumah abang Dini. Dina mempunyai seorang abang dan mereka berdua anak yatim piatu. Mereka dulu hidup merempat namun setelah Black mengutip mereka, hidup mereka menjadi senang.
"Dini, saya risau dengan syarikat saya yang tak ada siapa yang nak urus. Saya dah tinggal hampir 3 bulan dan selama itulah saya tak dapat pergi syarikat dan kubur arwah ibu saya," ujar Qina dengan sayu namun perkataan akhir itu diperlahankan. Suaranya bergetar seperti ingin menangis.
"Puan ada syarikat ke? Saya tak tahu pula," kata Dini. Memang dia tidak tahu yang Qina berasal dari golongan berada. Qina mengangguk kepalanya.
"Yup. Saya ada syarikat dari peninggalan arwah ibu saya," balas Qina sambil tersenyum hambar. Dia risau kerana sudah lama tidak pergi ke sana.
"Ouh kalau macam tu, nanti kita pergi sana okey. Then, kita pergi kubur arwah ibu Puan," ujar Dini sambil tersenyum manis kepada Qina. Tubuhnya dipeluk erat oleh Qina dengan senyuman lebar di bibirnya.
"Terima kasih," ucapnya dengan ikhlas. Akhirnya dia dapat juga pergi ke syarikatnya dan kubur arwah ibunya.
'Ibu tunggu Qina tau,' bisik hati Qina.
"Sama-sama, Puan. Nanti saya bagitahu abang saya untuk hantar kita ke sana okey," kata Dini lalu dibalas anggukan dari Qina.
"Puan pergilah bersiap. Saya nak pergi jumpa abang saya dulu," ujar Dini lagi. Dan sekali lagi Qina menganggukkan kepalanya. Dia bergegas naik ke tingkat atas untuk bersiap.
'Untungnya ada abang. Kalaulah saya ada adik-beradik yang lain.'
Qina berkata dalam hati kecilnya. Dia teringin mempunyai adik-beradik yang ramai tapi dia hanyalah seorang anak tunggal.
"Dini, Qina eh nama kami sama. Hahahaha." Apa yang samanya? Alahai..Qina ni.
Qina berkata lagi lalu tergelak kecil. Dia sangat menyukai Dini kerana Dini sangat baik. Dia mula berangan-angan menjadi kakak kepada Dini. Hahaha jauh benor tu Qina.
Qina bergegas masuk ke dalam biliknya dan mengambil sehelai tuala.Kakinya melangkah masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan diri.
YOU ARE READING
𝐌𝐈𝐍𝐄
Action( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 4 ) "Hoii, perempuan berhenti sial!" jerit lelaki tersebut. "I'm sorry, Jian. But, saya dah tak tahan, it's hurt." Qina. "Goodbye, little girl. " Black "Apa salah Qina? " Qina Black adalah seorang mafia yan...