"Apa perkembangan yang kau dapat?" soal orang itu kepada orang suruhannya. Riak wajahnya dingin saja.
"Seperti yang Tuan rancangkan dari dulu. Semuanya berjalan dengan lancar. Dia percaya semua kata-kata dari Tuan," jawab orang suruhannya. Dia tersenyum puas.
"Good. Pastikan semua rahsia ni tidak terbongkar. Kita akan gunakan dia untuk menutup kesalahan kita," kata orang itu lalu tergelak jahat. Orang suruhannya mempamerkan senyuman sinis.
"Bila dia sudah tiada. Kesalahan kita takkan diketahui lagi," kata orang itu lagi. Dia tersenyum sinis memikirkan rancangannya yang berjalan dengan sangat lancar tanpa ada apa-apa halangan.
Nira memerhatikan Jack dan Jessica dari jauh yang sedang rancak berbual. Dia menyimpulkan senyuman bahagia.
Dia berjalan mendekati mereka berdua. Rancak sangat berbual sampai tidak perasan akan kewujudannya.
"Hah! Borak apa tu? Seronok sangat. Borak pasal tarikh perkhawinan ke?" sakatnya kepada mereka berdua. Jack mengusap belakang lehernya.
"Ish..kau ni beb! Boleh pula cakap macam tu. Takdelah. Kami cuma borak kosong jelah," balas Jessica geram. Kacau je minah seorang ni.
"Oh. Em..Jack kau masih tak nak jumpa kawan kau ke?" soalnya kepada Jack. Jessica menggangukkan kepalanya. Mereka berdua ingin Jack berbaik semula dengan Black.
"Aku belum bersedia lagi. Aku masih malu sebab aku dah tuduh dia macam-macam," jawab Jack dengan keluhan kecil di bibirnya.
Jika diingatkan semula perbuatannya memang sangat memalukan. Menuduh orang yang tidak bersalah dan hampir membunuhnya.
Bila dia mendapat tahu tentang pembunuh ibunya. Dia terus membunuh orang tersebut. Orang itu adalah musuh mereka sendiri yang telah lama berdendam dengan mereka.
Semenjak dari itu dia dapat tahu bukan Black yang membunuh ibunya. Dia sangat menyesal dan ingin berjumpa dengan Black tapi dia malu.
"Jack, kau tak boleh macam ni. Kau kena jumpa dia juga. Aku pasti yang dia rindukan kau. Kau tak rindukan dia ke?" soal Nira memujuknya. Jack mengukirkan senyuman hambar.
Rindu? Sudah tentu dia rindu. Dia rindu dengan persahabatan mereka berdua yang dahulu sangat rapat.
"Pergilah jumpa dengan dia bila kau bersedia nanti. Korang berdua layak bahagia," pujuk Jessica pula. Dia memang sudah sedia maklum dengan masalah Jack dengan Black dari dulu lagi.
"Aku akan jumpa dia bila aku dah bersedia," putus Jack kepada mereka berdua dengan senyuman kecil.
"Kena jumpa tau. Jangan tak jumpa pula." kata Nira lagi. Jack tertawa kecil lalu mengganguk. Mereka melanjutkan perbualan mereka dengan sangat rancak.
Encik Kamal menunggu seseorang di tempat biasa mereka berjumpa. Orang itu datang menghampiri dirinya.
"Apa kerja yang kau nak aku buat?" soalnya terus kepada Encik Kamal. Encik Kamal mengeluarkan satu sampul yang berisi gambar seseorang dan duit.
"Aku nak kau bunuh perempuan ni secepat mungkin. Dia tak mati lagi. Macam mana dia terselamat, aku pun tak tahu. Yang aku tahu yang perempuan tu harus cepat mati," tegas Encik Kamal berkata kepada lelaki tersebut.
"Okey. Kerja senang je ni. Lagi pula perempuan tu masih lemah macam dulu. Lagi senang kerja aku," balas lelaki tersebut dengan yakin. Encik Kamal tersenyum sinis mendengar.
"Kau jangan yakin sangat. Perempuan ni tak sama macam dulu lagi. Dia sekarang lebih berani dan kuat. Sebab tu aku suruh kau bunuh dia dengan cepat sebelum rahsia aku terbongkar dekat isteri aku," kata Encik Kamal kepadanya.
"Tak kisahlah dia berani ke, kuat ke, tapi dia tetap perempuan kan? Apa je perempuan mampu buat?" balas lelaki itu dengan senyuman sinis.
"Suka hati kaulah. Aku cuma nak tahu perempuan tu mati. Faham? Aku pergi dulu." kata Encik Kamal lalu beredar dari tempat tersebut.
Lelaki tersebut tersenyum sinis. Tak sangka liat juga nyawa dia. Aku dah letak racun kot dekat pisau tu tapi tak mati lagi.
'Kali ni kau memang akan mati.'
Aizat mendekati susuk tubuh ketuanya. Nira mengerutkan keningnya kepada Aizat yang sedang menuju ke arahnya.
"Cik Muda."
"Hmm,"
"Cik Muda. Saya dapat maklumat tentang ayah, Cik Muda," jelas Aizat kepadanya.
"Apa yang kau dapat?" soalnya dengan senyuman senget. Walaupun dia tahu jawapannya tapi dia sengaja berkata sedemikian.
"Ayah Cik Muda upah seseorang lelaki untuk membuat rancangan bunuh Cik Muda," jawab Aizat lalu disambut gelakkan oleh Nira.
See? Memang Nira tahu yang ayahnya akan membunuhnya. Haih..orang dua ni. Dah bagi amaran dan ceramah pun masih juga nak tambah dosa.
"Biarkan je," jawab Nira mendatar. Lantaklah ayahnya nak rancang apa-apa. Dia tidak kisah. Asalkan jangan libatkan nyawa orang lain.
"Cik Muda nak ketatkan keselamatan rumah ni ke?" soal Aizat dengan riak risau. Walaupun dia tahu gadis itu mempu melawan tapi tak salah jika kawalan keselamatan rumah tersebut diketatkan.
"Don't worry, bro. Aku okey je. Tak perlu ketatkan kawalan keselamatan rumah ni. Biar je lelaki tu masuk perangkap. Kalau dia masuk ke dalam rumah ni, dia memang cari matilah jawapannya,"
"Baiklah, kalau macam tu saya minta diri dulu," kata Aizat lalu dibalas anggukan dari Nira.
Setelah kelibat Aizat sudah tiada. Nira termenung sendiri di dalam biliknya. Dia tergelak kecil lalu menggelengkan kepalanya.
"Orang tua ni memang tak insaf langsung. Kenapalah masih wujud lagi spesis manusia macam kau kan? Tak reti bersyukur. Dulu hidup merempat, bila dah ada orang yang baik jadikan dia sebahagian dari hidup orang tu, dia pula sanggup membunuhnya." gumam Nira sendiri.
Encik Kamal memang gila harta. Sanggup membunuh Datin Khadijah kerana tidak menyukai sikap wanita itu yang menyuruhnya kerja. Lelaki itu hanya mahukan kesenangan dan goyang kaki di rumah sahaja tanpa melakukan apa-apa kerja.
Perjumpaan dia dengan Puan Sarah atas dari sebahagian dari perkerjaan mereka. Syarikat arwah Datin Khadijah yang dulu dia pegang.
Semenjak dia berkenalan dengan Puan Sarah. Encik Kamal merasakan yang Puan Sarah seorang yang kaya malah lebih kaya dari Datin Khadijah.
Dan bermula dari itu, dia memulakan rancangannya dengan membunuh suami Puan Sarah. Disaat Puan Sarah dalam kesedihan. Dia mengambil kesempatan tersebut untuk mengambil hati Puan Sarah.
Dan akhirnya mereka berkhawin. Black memang dari awal tidak bersetuju dengan pilihan ibunya namun memikirkan perasaan ibunya, dia terpaksa turutkan.
'My beloved dad. I will make sure you regret. Just wait and see my dad.'
YOU ARE READING
𝐌𝐈𝐍𝐄
Action( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 4 ) "Hoii, perempuan berhenti sial!" jerit lelaki tersebut. "I'm sorry, Jian. But, saya dah tak tahan, it's hurt." Qina. "Goodbye, little girl. " Black "Apa salah Qina? " Qina Black adalah seorang mafia yan...