Selesai sahaja makan malam di rumah ibu Black, Nira meminta diri untuk pulang ke rumahnya.
Encik Kamal awal-awal lagi sudah naik ke tingkat atas. Ketara sangat kebenciannya terhadap Nira. Namun apa yang Nira kisah? Lantak dia lah!
Manakala Puan Sarah sudah mengikut langkah suaminya. Namun, sempat dia memeluk Nira dan memberi pesanannya agar berhati-hati ketika pulang ke rumah.
Kini tinggal dia dan Black sahaja yang berada di kawasan rumah itu. Nira menguap kerana terlalu penat.
"Kau ni perangai tak senonoh betul kan. Kalau ye pun nak menguap tutup lah mulut tu. Ini tak menguap dah macam kingkong je aku tengok," ejek Black kepadanya. Nira menjongketkan keningnya sebelah.
"Takpelah. Kau king aku kong," jawab Nira dengan senyuman senget. Black mengangkat keningnya sebelah.
"Asal pula kau kong? Dah sewel?" perli Black.
"Sebab awak nak tahu tak? Kong tu ada maksudnya tau. K untuk kau, O untuk orang, N untuk Nira dan G untuk geram. Jadi keseluruhannya 'Kau orang Nira geram'," kata Nira sambil tersenyum senget.
"Kenapa pula kau geram?" tanya Black lagi. Haih budak ni buat aku pening kepala je.
"Awak nak tahu kenapa?"
"Apa?"
"Saya geram tengok muka kau yang membuatkan hatiku cair," kata Nira lalu membuat gaya seakan-akan cair. Black menyimpan senyumannya dengan gelagat Nira.
"Suka hati kau lah,"
"Memang ikut suka saya lah sebab hati saya. Kecuali..." Ayatnya sengaja digantungkan dengan senyuman yang meleret di wajahnya.
"Kecuali apa?"
"Kecuali hati awak dan hati saya bersatu. Barulah jadi suka hati kita. Aww!" jawab Nira lalu membuat flying kiss kepada Black. Dia tergelak kecil bila melihat gelengan dari Black.
"Dahlah lebih baik kau pulang. Nanti bertambah gila pula kau dekat sini."
"Gilakan awak,"
"Dah pergi balik!" halau Black lalu menolak tubuh Nira. Nira tergelak melihat wajah malu-malu Black.
"Yelah, saya dah nak balik ni. Tak payah nak tolak bagai. Kang saya jatuh awak juga yang risau," gurau Nira lagi. Black tersenyum dalam hati.
'Mestilah aku risau, girl.'
"Okeylah, awak. Saya balik dulu ye. Jangan lupa mimpi saya. Bye little boy I love you," kata Nira lalu masuk ke dalam keretanya dan memecut meninggalkan kawasan perumahan itu.
"Bye little girl. Love you too."
--------------------------------------------------
Nira tersenyum penuh makna. Telefon bimbitnya berdering menandakan ada panggilan masuk. Panggilan tersebut dari orang kanannya Aizat.
"Hello."
........
"Okey, dalam dua puluh minit lagi aku akan sampai sana."
......
Panggilan diputuskan. Nira tersenyum penuh makna. Dia ada hal yang ingin diselesaikan di markasnya.
"I'm coming!"
Kelajuan keretanya ditingkatkan. Dalam masa lapan belas minit sahaja dia sudah sampai di markasnya.
Nira keluar dari keretanya dengan wajah yang serius dan dingin. Semua anak buahnya menundukkan kepala tanda hormat.
YOU ARE READING
𝐌𝐈𝐍𝐄
Action( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 4 ) "Hoii, perempuan berhenti sial!" jerit lelaki tersebut. "I'm sorry, Jian. But, saya dah tak tahan, it's hurt." Qina. "Goodbye, little girl. " Black "Apa salah Qina? " Qina Black adalah seorang mafia yan...