enam belas

3.3K 160 1
                                    

Dia terjaga dari tidurnya. Mata digosok secara perlahan-lahan. Jam pada di pergelangan tangannya ditilik sudah menunjukkan pukul 1 pagi.

Dia mengeluh lagi. Entah dah berapa kali dia mengeluh. Perutnya yang terasa lapar diusap secara perlahan-lahan.

Bila dia cuba melelapkan matanya kembali namun tidak berhasi. Dia mengambil keputusan untuk berjaga sahaja.

Dia memikirkan kehidupannya yang sekarang, sangat teruk. Kini, dia sedar tanpa ibu bapa hidup tidak akan sempurna.

Dulu hidupnya lengkap dan bahagia. Mempunyai kedua ibu bapa yang penyayang dan hidup serba mewah.

Namun, kebahagian itu tidak berkekalan selepas mendapat tahu ayahnya curang dan menceraikan ibunya hanya kerana seorang perempuan yang jauh lebih kaya dari ibunya.

Tidak sangka ayahnya seorang yang mementingkan kekayaaan. Selepas kejadian itu hidup mereka sangat sunyi dan ibunya asyik mengurungkan diri dalam bilik.

Tetapi, alhamdulillah ibunya dapat menerima kenyataan dan menjaga dirinya dengan penuh kasih sayang walaupun tanpa seorang ayah dan suami disisi.

'Sampai hati ayah, you selfish dad. Ayah pentingkan kekayaan dari keluarga kecil ayah sendiri. Ayah memang kejam!'

Dia berasa marah bila mengenangkan ayahnya. Namun, selepas itu dia tersenyum hambar.

'Mom, I miss you. Everyday Qina fikirkan ibu. Ibu adalah ibu yang terbaik untuk Qina. Ibu yang baik, penyayang dan tabah.'

Dia mengesat airmatanya yang mengalir. Jika mengenangkan ibunya, dirinya tidak akan kuat. Mudah sahaja airmata tumpah membasahi pipi.

Tap!Tap!Tap!

Bunyi tapak kasut berjalan di kawasan tersebut. Qina menekup mulutnya dengan airmata yang mengalir laju.

'Ya Allah, ibu!'

Dia hanya mampu berkata dalam hati, serta menangis tanpa suara. Bunyi tapak kasut tersebut semakin menghampirinya, hampir dan semakin hampir. Jantungnya sudah berdegup dengan laju.

123

"Argh!"

𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now