Nira selesai bersiap untuk pergi ke rumah ibu Black. Dia tidak sabar ingin berjumpa dengan si dia.
Pakaiannya sangat simple. Nira mengenakan baju muslimah berwarna kelabu, seluar yang berwarna putih serta tudung yang berwarna merah.
Nira tersenyum puas melihat penampilannya. Seketika dia mengeluh kecil mengingati perbualan dia dengan ibu angkatnya.
Flashback
"Nira lama lagi ke dekat situ? Kita dah nak bincang tarikh perkhawinan Nira." kata Puan Hailen.
"Mama, Nira rasa macam awal sangat nak khawin. Nira masih muda, ma," jawab Nira lembut. Dia tak ingin berkasar dengan orang yang telah menjaganya sejak kecil.
"Masa mudalah bagus untuk berkhawin. Please, bila semuanya dah selesai dekat sana. Nira pulang ye sayang," pujuk Puan Hailen.
Nira mengeluh kecil. Wajahnya sudah mendung. Dia yakin yang ibu angkatnya nak sangat dia berkhawin dengan lelaki itu.
"Nira janji lepas je semua ini selesai, Nira akan pulang. Don't worry, mom," jawab Nira pasrah. Dia tidak mahu keluarga angkatnya kecewa dengan tindakkannya yang mementingkan diri sendiri.
"Thank you, sayang. Mama doakan semua urusan Nira disana berjalan dengan lancar. Kalau Nira ada masalah dengan musuh Nira dekat sana, call mama okey?" ujar Puan Hailen dengan gembira. Dia juga risau dengan keadaan anak angkatnya di Malaysia. Musuh mereka ada dimana sahaja.
"Don't worry about me, mom. I'm okey. So, mama tak perlu risau. Okeylah, Nira ada hal ni. Nanti Nira call mama semula," kata Nira. Dia nak sangat matikan panggilan tersebut. Makin lama makin sakit hatinya dan kecewa kerana ibubapa angkatnya tetap mahu menjodohkan dia dengan lelaki pilihan mereka.
"Baiklah, takde care honey.bye." panggilan tersebut dimatikan. Nira menjawab salam tersebut.
End Flashback
Tidak semenanya dia mengalirkan airmata. Dia ingin seseorang mendengar rintihan hatinya. Fikirannya merawang tentang adik kembarnya yang sudah meninggal dunia. Kalaulah adik kembarnya masih hidup pasti hidupnya bahagia. Begitu juga dengan ibu kandungnya.
"Adik, ibu. Akak rindu korang. Kenapa dia sanggup buat semua tu? Akak tak sangka dia sekejam itu." rintih Nira sendiri.
"Akak janji mereka yang terlibat akan dapat balasan. Memang akak bukan Tuhan nak menghukum orang tapi sekurangnya akak boleh kurangkan seksaan mereka dekat hari akhirat kan walaupun akak tahu yang membunuh tu berdosa," kata Nira dengan senyuman penuh bermakna. Dia tidak akan membunuh orang itu cuma dia akan menyeksa mereka sehingga mereka menyesal.
Dia menyeka airmatanya lalu tersenyum lebar. Dia kena kuat dan tidak boleh lemah. Beg yang berjenama prada diambil dan melangkah keluar dari biliknya.
Pintu rumah dikunci dan menuju ke tempat keretanya. Jari diletakkan di dagu memikirkan kereta apa yang patut dia gunakan. Matanya melihat kearah kereta yang berwarna kelabu. Bibirnya mengukirkan senyuman. Dia memilih kereta lamborghini yang berwarna lebih kurang seperti warna bajunya.
Jika dilihat dari luaran dia adalah seorang yang kasar, kejam dan tidak berhati perut. Namun, dalamannya dia adalah seorang yang manja, suka bergurau dan baik hati.
Nira masuk ke dalam keretanya. Dia memiliki 6 jenis buah kereta dan semuanya lamborghini kerana dia sangat meminati kereta yang seperti itu.
Enjin dihidupkan lalu gear dimasukkan. Nira meninggalkan kawasan perumahannya dan menuju ke rumah bakal mertuanya.
YOU ARE READING
𝐌𝐈𝐍𝐄
Action( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 4 ) "Hoii, perempuan berhenti sial!" jerit lelaki tersebut. "I'm sorry, Jian. But, saya dah tak tahan, it's hurt." Qina. "Goodbye, little girl. " Black "Apa salah Qina? " Qina Black adalah seorang mafia yan...