tiga puluh

3.1K 146 1
                                    

Qina berasa sunyi kerana Black tidak berada di kediaman mereka. Lelaki itu harus pergi ke luar negara untuk menguruskan hal mereka. Qina pun tidak tahu hal apa yang ingin diuruskan oleh Black.

Dia berasa rindu sangat terhadap lelaki itu. Tidak sangka dia jatuh cinta kepada seorang lelaki yang menyelamatkan dan menumpangkan dia dalam rumah lelaki itu. Hidupnya sangat mewah berada di situ. Namun, satu sahaja yang membuatkan dia naik rimas iaitu lelaki tersebut tidak membenarkan dia keluar tanpa pengawal mengikutinya. Fikir dia tak boleh jaga diri ke?

Dia mengeluh. Selepas itu. dia teringat pada seseorang yang dirinduinya. Air mata kembali tumpah apabila mengingati orang tersebut.

"Ibu."

Dia rindukan ibunya. Sudah lama dia tidak menziarahi kubur ibunya. Last dia menziarahi kubur ibunya ialah pada waktu dia pulang dari kerja sebelum kejadian bekas kekasihnya memecah masuk rumahnya.

Dia mengesat air matanya. Dia tidak boleh sedih macam ni, mesti ibunya kecewa melihat keadaannya lemah. Tak boleh!

Matanya dilelapkan memandangkan sudah menunjukkan pukul 11 malam. Dia cuba melelapkan matanya namun semuanya terbatal selepas mendengar bunyi tembakan di tempat bawah.

'Takkan mereka main tembak-tembak? Dah malam kot.'

Qina berbicara dalam hati, dia sudah berasa tidak enak. Dia cuba bersikap tenang namun tetap sahaja tak boleh kerana bunyi tembakan itu makin menjadi-jadi.

Bang!Bang!Bang!Bang!Bang!Bang!

"Ya Allah, apa dah jadi?"

Qina perlahan-lahan keluar dari biliknya. Dia menekup mulutnya melihat banyak pengawal sudah tidak bernyawa dan terlentang di atas lantai.

Dia mengeluarkan air mata, kelihatan Dini mendekatinya dengan wajah penuh air mata sepertinya.

"Dini apa yang dah jadi?" soalnya kepada Dini. Wajahnya sayu sahaja. Dia bersedih kerana semua pengawal yang mati itu sudah dianggap seperti abangnya sendiri. Mereka melayan dirinya dengan cukup baik.

"Saya tak tahu, Puan. Lebih baik kita larikan diri. Saya pasti orang itu mencari sesuatu yang dia inginkan. Jadi kita kena lari," jawab Dina lalu Qina mengangguk perlahan dan berlari menuju bilik Qina. Mereka mengunci pintu bilik tersebut lalu mencari akal untuk bersembunyi.

"Puan, kita tak boleh berada dalam bilik ni je. Mereka pasti akan pecah masuk bilik ni," kata Dini yang kelihatan takut sama seperti dirinya. Qina mengangguk setuju lalu mencari akal. Dia tersenyum sumbing setelah mendapat idea.

Dia mengambil cadar katilnya lalu mengikatnya pada pagar luar biliknya. Sama seperti waktu dia melarikan diri dari Amir dulu.

"Dini turun dulu okey," katanya kepada Dina dan dibalas dengan anggukan. Setelah mereka berdua selamat berada di bawah, mereka lihat banyak orang sedang berlawan antara satu sama lain.

Bang!Bang!Bang!

"Boss. Perempuan tu dah larikan diri," kata salah seorang lelaki yang berada di dalam bilik Qina. Mereka berdua bersembunyi di tempat yang sangat gelap.

"Okey, boss." Setelah itu, lelaki tersebut melangkah pergi dari bilik Qina. Mereka menghembus nafas lega lalu mencari jalan keluar untuk pergi dari penjahat tersebut.

Memandangkan Dini tahu jalan tikus rumah tersebut, mereka melalui jalan itu dengan penuh hati-hati.

Akhirnya mereka berjaya melarikan diri daripada kesemua penjahat itu. Mereka menghembus nafas lega. Selepas itu, Qina menanyakan soalan kepada Dina.

"Mereka cari siapa, Dini? Lelaki tu cakap yang mereka cari seorang perempuan. Tapi siapa?" soalnya kepada Dini. Dini tidak menjawab. Takkanlah dia nak cakap yang mereka sedang mencari Qina untuk dijadikan tebusan. Takkan!

Dia juga sudah berjanji pada Jian dan Syafiq kerana dua orang lelaki itu telah mengarahkannya untuk membawa Qina lari dari musuh mereka. Tapi dia sengaja tidak memberitahu Qina yang dia tidak mengetahui apa-apa yang berlaku di rumah itu.

"Entahlah, Puan. Saya pun tak tahu rumah tu banyak perempuan. Puan janganlah fikir sangat. Yang penting kita dah selamat," jawab Dini lalu melemparkan senyuman agar Qina tidak mengesyaki apa-apa.

Walaupun Qina berasa tidak puas hati dengan jawapan Dini, namun dia hanya mengangguk setuju kerana yang penting mereka selamat.

"Okey!"

𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now