empat puluh tujuh

2.6K 138 17
                                    

Tanah perkuburan seseorang dipandang dengan pandangan dengan pandangan yang sayu. Dia tersenyum hambar melihat nama yang terletak di batu nisan tersebut.

NURAQINA BINTI KAMAL

"I'm coming, sweetie girl. Tak sangka kau sudah tinggalkan aku selama seminggu. Kau mesti bahagia di sana kan?" kata Black dengan sayu. Hatinya sakit setiap kali ingat kali pertama dia melihat gadis itu.

"I want you to know sweetie girl, I miss you so much. I can't forget you, I miss your smile, your face and I miss everything about you sweetie girl," katanya lagi dengan sebak. Kalaulah dia boleh putar masa kembali, sudah tentu dia buat.

Dia membacakan doa untuk arwah. Airmatanya setia mengalir di pipi. Dia tidak kuat kalau hal berkaitan dengan gadis pujaannya. Walaupun dia mafia kejam, tapi dalaman dia tidaklah sekejam mana. Dia diajarkan agama oleh ibunya sejak kecil, dia menjadi mafia pun adalah untuk membalas dendam atas kematian ayahnya.

Jian yang dari jauh melihat ketuanya turut simpati. Selama dia bekerja dengan lelaki itu, tidak pernah sekali pun dia lihat lelaki itu selemah sekarang.

Namun, dia berjanji akan mencari bangsat yang sudah membunuh gadis kesayangan mereka sehingga jumpa.

Orang itu pandai menyembunyikan dirinya. Setiap kali mereka dapat menjejaki tempat lelaki itu bersembunyi di tempat lain setiap kali itu jugalah dia dapat melepaskan diri.

'I'll make sure, Sir. Aku akan cari dia sampai dapat!' desis hati Jian. Matanya melihat Black yang jauh darinya.

Selesai membacakan doa, dia tersenyum hambar dan tangannya mengusap batu nisan tersebut.

"Girl, aku pergi dulu. Nanti aku datang balik. I miss you so much, dear," kata Black dan mencium batu nisan itu dengan sebak.

Selepas itu dia keluar dari kawasan perkuburan tersebut dengan mata yang merah kerana banyak mengeluarkan air mata.

"Sir, are you okay?" soal Jian risau. Dia melihat mata boss nya sangat merah. Black hanya tersenyum hambar sahaja. 

"I'm okay boy. Don't worry. Let's go," kata Black meyakinkan Jian. Dia memang sangat rapat dengan Jian dan Syafiq kerana mereka sudah lama bekerja dengannya sejak mereka remaja lagi.

'You lied, Sir,'

Jian hanya tersenyum palsu sahaja. Dia menganggukkan kepalanya dan membuka pintu penumpang untuk Black.

Selepas itu mereka meninggalkan kawasan tersebut. Black memandang sayu keluar tingkap.

Walaupun dia dari luar sangat kuat dan ditakuti oleh orang ramai tapi dalaman dia mempunyai hati yang rapuh. Cukup hanya dia sahaja yang tahu.

"I miss my sweetie girl."

𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now