dua puluh satu

3.2K 146 1
                                    

Qina termenung melihat dinding biliknya. Hidupnya tidak ubah seperti dalam penjara. Pintu biliknya hanya dibuka bila pembantu rumah menghantarkannya makanan.

Black pula jarang sekali berada di rumah. Bila ditanya pembantu rumah, mereka kata Black ada urusan yang perlu diselesaikan. Sampai dia rasa pelik. Urusan apa yang diselesaikan kalau pulang hingga pukul 3 pagi.

Seketika air matanya mengalir lagi. Dia tidak kuat menghadap ujian ini. Dia mahukan ibunya. Hanya ibunya.

"Mom, i really miss you. I want you." Kata Qina sendiri. Dia sangat merindukan ibunya.

Tiba-tiba pintu biliknya dibuka. Dia lihat Dina sedang masuk ke dalam. Air matanya setia mengalir membasahi pipinya.

"Puan kenapa ni?" tanya Dini prihatin. Dia duduk di sebelah Qina, lantas tubuhnya dipeluk erat oleh gadis itu dan menangis semahunya.

"Why kehidupan aku jadi macam ni? Why kehidupan aku tak pernah bahagia? Dan semua orang yang aku sayang semua pergi tinggalkan aku. Why?" soalnya kepada kepada Dini dengan sayu.

"Aku cuma nak gembira macam orang lain. Aku cuma nak ibu dan ayah sentiasa ada dengan aku. Aku nak seseorang yang aku sayang tak tinggalkan aku. Tapi..kenapa semua pergi tinggalkan aku sendiri?"kata Qina lagi. Dini turut sama mengalirkan air matanya.

"Puan, itu semua ujian dari Allah. Dia nak uji Puan kerana dia tahu yang Puan seorang yang kuat. Memang kita fikir yang dunia ini tidak adil dan kejam tapi semua yang berlaku pasti ada hikmahnya,"ujar Dini kepadanya. Qina tidak membalas malah dia hanya menangis sahaja.

'Qina tak kuat, bu. Qina tak kuat seperti itu. Qina lemah,"rintihnya dalam hati.

Selepas Qina berhenti menangis, dia meleraikan pelukan dan memberikan senyuman hambar kepada Dini.

"Terima kasih, Dini. Terima kasih juga sebab selalu bersama dengan aku. Aku bersyukur ada sahabat macam Dini." kata Qina ikhlas.

"Tak perlu nak berterima kasih dengan saya, Puan. Hidup kita sama. Saya tahu yang Puan seorang yang kuat," Dini mengusap bahu Qina lembut.

"Kalau macam tu..saya keluar dulu, Puan."pintanya dan dibalas anggukan dari Qina. Setelah kelibat Dini hilang,Qina mengeluh lagi.

"Kenapa awak kurung saya dekat sini? Kenapa awak buat saya macam ni? Kenapa awak tak biarkan saya pergi?"

Dia bermonolog dalam hati. Dia pelik dengan sikap Black yang mengurungnya. Kenapa harus mengurungnya? Apa motif lelaki itu yang sebenarnya?

𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now