Qina telah sampai di hadapan rumahnya. Waktu dia membuka pintu rumahnya, timbul rasa pelik dalam dirinya.
'Bukan ke aku dah kunci pintu ni? Kenapa sekarang tak berkunci pula?'
Dia bermonolog dalam hati. Namun, perasaan itu dia buang jauh dan menggangap mungkin dia terlupa untuk menguncinya tadi siang.
Kaki melangkah masuk ke dalam rumahnya dengan penuh berhati-hati. Belum sempat dia sampai ke tingkat atas, terdengar satu bunyi yang menghentikan langkahnya.
Pech!
Bunyi kaca yang pecah menarik perhatian Qina. Hatinya sudah tidak berasa enak. Dia sudah seperti hendak menangis tika itu.
Qina berjalan menghampiri kearah bunyi tersebut. Dia terkejut dengan apa yang dia lihat. Tubuhnya sudah mengigil hebat. Dengan langkah yang laju dia berlari ke tingkat atas dan menuju ke biliknya. Dia meloloskan diri ke dalam lalu pintu bilik dikunci.
Qina duduk di atas katil dengan kedua tangan ditekupkan pada mulutnya agar bunyi tangisannya tidak kedengaran.
Tap! Tap! Tap!
Bunyi tapak kasut kedengaran semakin dekat kearah biliknya. Airmata Qina sudah mengalir dengan sangat laju.
"Ya Allah, lindungi aku, Ya Allah."
Qina tidak berhenti berdoa agar dirinya selamat. Pintu biliknya dibuka dari luar, namun tidak berjaya kerana dia telah menguncinya.
Tetapi, Qina pasti orang itu akan berjaya membukanya nanti. Dia mencari akal untuk melarikan diri.
Dia berjalan kearah tingkap dan selepas mendapat idea, dia mengambil cadar katil dan diikat pada pagar luar biliknya. Selepas itu, dia turun ke bawah melalui cadar tersebut.
Qina menghembuskan nafas lega kerana berjaya melarikan diri. Dia tidak kisah kesemua barangnya yang berada di rumah. Yang penting dia sudah selamat itu sudah berbaloi.
Qina berlari tanpa arah tuju. Taman kanak-kanak ditujui lalu tubuhnya dimasukkan ke dalam gelonsor untuk menyembunyikan diri sekaligus untuk merehatkan diri.
Memandangkan tubuhnya bersaiz kecil, orang tidak akan perasan dia berada dalam gelonsor tersebut. Mata dipejamkan dengan fikiran yang merawang entah kemana.
"Aku tak layak hidup dengan tenang ke? Kenapa setelah ibu tinggalkan aku, hidup aku jadi macam ni?"
Selepas itu, airmatanya mengalir lagi. Mata Qina sudah kelihatan sedikit bengkak kerana asyik menangis sahaja. Tidak sampai beberapa minit dia sudah diulit mimpi dalam keadaan ruang yang sempit.
YOU ARE READING
𝐌𝐈𝐍𝐄
Action( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 4 ) "Hoii, perempuan berhenti sial!" jerit lelaki tersebut. "I'm sorry, Jian. But, saya dah tak tahan, it's hurt." Qina. "Goodbye, little girl. " Black "Apa salah Qina? " Qina Black adalah seorang mafia yan...