Selepas sahaja kejadian dia hampir dirogol. Qina tidak lagi pulang pada lewat malam. Dia akan pulang ke rumah sebelum pukul 6 petang.
Qina melihat jam pada pergelangan tangannya. Masih ada sepuluh minit lagi sebelum pukul 6. Dia mengemas mejanya dan mencapai beg sandangnya yang berjenama Gucci.
Dia melangkah keluar dari biliknya. Meja PA didekati. Bibirnya mengukirkan senyuman manis.
"Puan Qina dah nak balik ke?" soal PAnya ramah. Qina mengganguk sebelum menjawab.
"Yup. Nak balik dah ni Piya," jawabnya kepada Piya. Merangkap PAnya.
"Kalau macam tu saya gerak dulu. Bye, assalamualaikum," ujar Qina lembut. Dia memamg sangat ramah dengan pekerjanya.
"Waalaikumussalam, Puan. Hati-hati tau," pesan Piya lalu dibalas anggukan dari Qina.
Dia menuju ke tempat keretanya. Setelah sampai, dia terus meloloskan diri ke dalam kereta dan meninggalkan kawasan syarikatnya.
"Erm... barang dapur dah habis. Lebih baik aku pergi beli sekarang," gumamnya sendiri.
Sampai di pusat beli belah. Dia melangkah keluar lalu masuk ke dalam kedai bersama troli.
Qina mengambil banyak makanan termasuk makanan ringan. Dia lebih gemar berbelanja lebih agar barang dapurnya sentiasa ada.
"Dah cukup kot. Okeylah," gumamnya. Dia menuju ke kaunter pembayaran. Matanya melihat sekeliling. Seketika dia tergamam dengan apa yang dia lihat.
Wajahnya sudah bertukar menjadi pucat. Lantas dia mengahlikan pandangannya ke tempat lain. Peluh sudah keluar.
Dalam hati dia tidak habis berdoa agar dirinya selamat. Dirinya sudah seperti cacing kepanasan.
"Ya Allah lindungilah aku. Ibu tolong Qina, bu."
YOU ARE READING
𝐌𝐈𝐍𝐄
Action( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 4 ) "Hoii, perempuan berhenti sial!" jerit lelaki tersebut. "I'm sorry, Jian. But, saya dah tak tahan, it's hurt." Qina. "Goodbye, little girl. " Black "Apa salah Qina? " Qina Black adalah seorang mafia yan...