dua puluh tujuh

3K 147 1
                                    

Qina berasa sedih kerana sudah masuk hari kedua dirinya tidak tidak bertegur dengan Black. Walaupun dia menegur lelaki itu, namun tetap sahaja dirinya tidak diendahkan.

"Aku sedar siapa diri aku. Mungkin dia cuma kesian je dekat aku dan tak punya apa-apa perasaan untuk aku. Aku je yang perasan. Dasar bodoh!" Qina mengutuk dirinya lalu tergelak sendiri dan selepas itu menangis.

"Aku tak layak ke nak hidup bahagia?" gumamnya sendiri diikuti dengan air mata yang mengalir laju. Dia memejamkan matanya seketika untuk menenangkan hatinya yang sedih.

Dia harus kuat. Dia kena redha yang Black tidak menyukai dirinya dan dia harus membuang perasaan tersebut.

Dia turun dari katilnya dan keluar menuju ke tingkat bawah. Dia ingin menghilangkan rasa sedihnya dengan melihat movie yang disukainya.

Setelah sampai di bilik panggung wayang yang terdapat dalam rumah agam tersebut, dia memilih movie 'horor' lalu dia mengambil tempat duduk dan melihat movie tersebut tanpa sebarang gangguan.

Dia menghabiskan waktu sehariannya dengan menonton movie sahaja. Dia malas nak keluar, nanti tak pasal-pasal jumpa Black dan itu bakal menyakitkan hatinya.

Setelah lama menonton movie tersebut, dia menguap berkali-kali. Matanya sudah layu namun digagahkan juga untuk menonton movie itu sampai akhir. Hatinya tidak senang jika movie tersebut tidak dapat dihabiskan.

Namun, matanya tidak beri kerjasama terhadapnya dan setelah cuba melawan ngantuknya, akhirnya dia terlelap di bilik panggung wayang seorang diri tanpa ada sesiapa yang menemaninya.

𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now