tujuh

3.5K 180 4
                                    

Sudah seminggu Datin Khadijah meninggal dunia dan sekaligus meninggalkan Qina sendirian.

Qina berasa sunyi tanpa ibu disisinya. Setiap hari dia akan merindukan ibunya. Dimana dia pergi pasti dia akan selalu kenangan dia bersama ibunya.

"Ibu... Qina rindu ibu. Qina tak kuat,bu" luahnya sebak.

Dia menahan airmatanya agar tidak tumpah lagi. Qina menguatkan dirinya walaupun dia tidak kuat untuk hadapi ujian tersebut.

Jam di pergelangan tangannya ditilik. Sudah menunjukkan pukul 9 pagi. Kaki melangkah keluar dari rumah banglo mereka untuk pergi ke office. Itulah rutin hariannya.

Pintu rumah dikunci lalu dia menuju kearah kereta kesayangannya sempena hadiah ulang tahun dari ibunya.

Dia masuk ke dalam kereta. Sebelum memulakan perjalanan, dia membaca doa terlebih dahulu. Selepas membaca doa, keretanya meluncur keluar dari kawasan rumah mereka.

Semasa dalam perjalanan, dia lihat ada sebuah kereta mewah di tepi jalan. Dia berfikir bahawa kereta tersebut rosak.

Dia mengambil keputusan untuk menolong orang tersebut. Dia seorang yang baik hati kerana itu adalah sikapnya.

Qina keluar dari perut keretanya. Dia mendekati owner punya kereta secara perlahan-lahan.

''Assalamualaikum, encik. Boleh saya bantu? Kenapa dengan kereta encik?" soalnya terus tanpa berbasa-basi. Lelaki tersebut mengangkat wajahnya dan memandang kearah Qina.

Sedikit pun Qina tidak terpukau walaupun wajah lelaki tersebut sangatlah kacak dengan warna mata biru gelap yang sangat memukau.

Tapi, Qina tidak pedulikan semua itu. Niatnya hanya membantu bukannya nak usha anak teruna orang.

"Girl, boleh tolong kejap tak? Kereta saya ni tiba-tiba je mati. Saya tak tahu macam mana nak betulkannya," jelas lelaki tersebut dengan mata yang tidak lepas memandang wajah Qina.

'Dia ni tak terpikat ke tengok muka aku? Kalau perempuan lain mungkin dah lama jatuh cinta,' desis hati lelaki tersebut.

Qina berdehem tanda dia tidak selesa kerana lelaki itu merenung wajahnya tanpa berkelip. Lantas lelaki tersebut menghentikan perbuatannya.

"Sorry, girl."

Qina menganggukkan kepalanya. Lalu dia melihat kereta tersebut. Setelah mendapat tahu puncanya, laju sahaja dia baikinya.

Lelaki tersebut kagum terhadap dirinya. Setelah siap baiki lelaki tersebut, dia meminta diri untuk pergi.

"Girl, wait!" jerit lelaki tersebut. Langkah Qina terhenti lalu memusingkan badannya menghadap lelaki tersebut.

"What?"soalnya sedikit kasar. Lelaki tersebut tersenyum manis kepadanya.

"Your name?"

"Qina... just Qina," jawabnya dengan senyuman manis. Lelaki tersebut menganggukkan kepala.

"Thank you, Qina" ucapnya kepada Qina.

"Welcome, Mr?"

"Ken."

"Welcome Mr. Ken."

Selepas itu Qina masuk ke dalam perut keretanya semula dan meninggalkan Ken sendirian di situ. Ken tersenyum sendiri.

"Beautiful, girl"

𝐌𝐈𝐍𝐄Where stories live. Discover now