"I ask you again, girl What happened to you?" soalnya lagi kepada Qina dengan wajah yang bengis. Qina ingin menangis melihat wajah tersebut.
'Ibu tolong Qina bu. Muka dia menakutkan, bu.'
"Ta... di masa s... saya dekah ru... rumah, a... ada or... orang pecah m... masuk ru... mah sa... saya," jawab Qina dengan wajah yang ditundukkan. Dia dapat merasakan Black masih merenungnya dengan tajam.
'Aih, dia ni tengok orang macam nak makan je. Ada juga mata tu kena cucuk tak lama lagi.'
Qina bermonolog dalam hatinya. Jantungnya berdegup ketika itu. Sudahlah hanya mereka berdua sahaja dengan jarak mereka lagi yang rapat.
"Kau kenal orang yang pecah masuk rumah kau?" soal Black lagi. Deg! mak aii, takkan aku nak kata aku kenal? tak boleh jadi ni.
''Saya tak kenal," jawabnya dengan lancar dan tenang sahaja. Lama Black merenungnya, namun selepas itu dia menggangukkan kepala.
Qina menghembuskan nafas lega. Dia mengangkat semula wajahnya dan memandang wajah Black.
Walaupun wajah Black sangat kacak, namun Qina tidak menghiraukannya kerana wajah kacak belum tentu hati baik, sama seperti kekasihnya........
Qina menggelengkan kepalanya memikirkan hal itu. Dia sudah berjanji kepada dirinya untuk tidak mengingati lelaki itu lagi.
"Encik buat apa dekat sini?" soalnya kepada Black. Lama dia menunggu jawapan dari Black. Namun, jawapan yang diberikan hanyalah menyakitkan hatinya.
"Bukan urusan kau," jawabnya. Qina menjulingkan matanya, tanda dia menyampah.
"Whatever! Okey lah saya nak tidur ni. Bye encik. Assalamualaikum dan waalaikumussalam," kata Qina lalu meninggalkan Black sendirian di situ dan masuk ke dalam gelonsor semula.
Belum sempat dia menutup matanya, ada tangan yang menariknya keluar. Dia terjerit kecil, namun selepas itu dia berasa marah.
"Encik nak apa lagi? Saya penat tau encik. Sudahlah saya tidak cukup tidur disebabkan kekasih saya yang gila tu pecah masuk rumah saya. Tak makan, tak mandi lagi, tak ada duit lagi dan sekarang encik ganggu saya pula," katanya dengan geram. Tajam anak matanya merenung kearah Black.
"Kau cakap apa?" soal Black dengan wajah yang bengis. Qina menelan air liur. Tak sedar yang dia sudah terlepas cakap akibat terlalu geram.
'Aduh, asal kau bodoh sangat ni Qina? Kan dah kantoi.'
"Aku tanya kau ni, girl. Kau tipu aku kan tadi? Kau kata kau tak kenal pun orang yang pecah masuk rumah kau. And now, kau sendiri yang mengaku orang yang pecah masuk rumah kau tu adalah kekasih kau," kata Black cukup sinis. Qina tidak menjawab, dia hanya berdiam diri sahaja.
Black mengeluh kecil. Dia mendekati Qina dan memegang bahunya dengan lembut. Anak matanya melihat ke dalam anak mata Qina.
"Girl, jangan cuba untuk tipu aku lagi. Because you don't know me anymore. I don't like it when people lie to me. If I found out they get punishment from me," ujarnya keras. Qina sudah kecut perut mendengarnya.
"Faham?" soalnya. Laju Qina menggangukkan kepala. Black tersenyum sinis dan menjauhkan sikit jarak antara mereka berdua.
''From now, kau ikut aku!" katanya dengan dingin. Qina menjongketkan keningnya sebelah.
"Kenapa pula saya kena ikut encik? Saya tak kenal encik pun. Lagi pun kita bukan mahram," balas Qina sambil merenung tajam kearahnya.
'Eh, mamat ni suka hati dia je suruh aku ikut. Dia fikir dia tu siapa?"
"Listen! I don't like if anyone doesn't follow my orders! Better you tutup your mouth girl if you don't want me to do someting bad to you, girl," kata Black keras. Wajahnya kelihatan marah sahaja dan itu sudah cukup membuatkan Qina berasa takut.
"Sorry," ucap Qina dengan wajah yang ditundukkan. Black tidak menjawab, sebaliknya dia mencempung tubuh Qina.
"Argh! Apa ni encik? Turunkan saya!" jeritnya. Dia meronta-ronta minta diturunkan, namun semuanya terhenti apabila dia mendengar ugutan dari Black.
"Lebih baik kau diam girl atau kau nak aku hantar kau ke kelab malam?" ugut Black. Selepas itu, Qina hanya berdiam diri sahaja manakala wajahnya pula sudah membahang kerana malu.
Setelah sampai di tempat kereta. Anak buahnya berasa pelik kerana ketua mereka membawa seorang gadis. Namun, mereka hanya mampu melihat sahaja, nak menegur, alamatnya kuburlah.
"Open the door!" Arah Black kepada anak buahnya. Selepas pintu kereta dibuka, dia meletakkan tubuh Qina secara perlahan-lahan. Kereta mewah milik Black meluncur laju meninggalkan kawasan tersebut.
YOU ARE READING
𝐌𝐈𝐍𝐄
Action( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 4 ) "Hoii, perempuan berhenti sial!" jerit lelaki tersebut. "I'm sorry, Jian. But, saya dah tak tahan, it's hurt." Qina. "Goodbye, little girl. " Black "Apa salah Qina? " Qina Black adalah seorang mafia yan...