Hai, assalamualaikum 🦋
Shie tak nak bebel panjang sangat, cuma nak ucapkan terima kasih banyak banyak untuk semua yang sudi join Q&A Mikasya session yang lepas. Dekat tangan shie, dah ada senarai nama pemenang tapi shie tak mahu umumkan lagi.
Ada sebab sebenarnya. Tapi tak apa la, shie tak mau bagitahu hehe wekk 😛
Jadi, untuk semua yang sertai contest itu korang siap sedia saja yaa minggu ini. InshaAllah lagi dua tiga hari, shie sendiri akan dm awak nanti 🎈🎊 Nak dm malam ini tak boleh, line internet tak izinkan.
Selamat Malam, semuanya! Shie sayang korang ❤️ Kita satu family tauu! ❤️🦋
NOTED:
WATAK TAMBAHAN :
Ibu Amani (Ibu Amirah)
Amelia (Adik Amirah)
Baharudin/Bob (Pekerja Ibu Amani)" biar lena aku,
bermimpikan bahagia. "
KEDIAMAN AGAM TAN SRI BORHAN,
DATIN IRMAH, HUMAIRA.Tanpa disuruh oleh sesiapa, Humaira sendiri mempelawa dirinya untuk melayani satu-satu wanita yang sudah dia anggap sebagai ibu kandungnya sendiri. Sedari tadi, bibirnya tidak leka menguntumkan senyuman yang manis sambil memerhati raut wajah wanita yang berusia empat puluh-an itu.
Kedua belah tangannya juga tidak berhenti bergerak ke sana sini, memberikan urutan yang istimewa daripadanya---walaupun itu adalah urutan biasa semata.
"Pandai tak Maira urut?" Kepalanya tiba-tiba sahaja muncul di balik sisi kanan wajah wanita itu. Humaira tersengih, berbunga hatinya apabila ubun kepalanya diusap perlahan.
"Iya sayang, sedap." Wanita itu menjawab. Dia turut menguntumkan senyuman. Sejak tadi, hanya sepatah dua kata sahaja yang keluar dari mulutnya. Rasa sakit yang tiba-tiba menjengah, meragut seluruh tenaga dan kudrat lantaran dia langsung tidak berupaya untuk melakukan apa-apa.
Ah, tiba-tiba sahaja ada sesuatu yang terlintas di fikirannya! "Mama lupa nak tanya. Tak apa ke Maira tak hadir ke sekolah hari ini? Mikael tak marahkan kamu?" Dia menyoal, lantas memperbetulkan kedudukan bantal yang menjadi alas tubuh belakang dia apabila dia sedang bersandar.
"Cukup lah," wanita itu memegang tangan kanan Humaira. "Mari dekat sini dengan mama." Lembut sahaja arahan yang dikeluarkan.
Humaira tersengih. "Tak apa lah. Lagi pun abang yang minta Maira jagakan mama sepanjang hari ini. Lagi pun sekarang tengah sibuk buat persiapan untuk pertandingan sukan nanti. Jadi, cikgu tak masuk kelas."
"Mikael yang suruh?"
Humaira mengangguk. "Ya, abang yang suruh." Lalu, dahinya berkerut. "Kenapa mama macam terkejut je bila Maira bagitahu abang yang suruh Maira jagakan mama hari ini?"
Ya? Ketara sangat ya wajahnya?
Datin Irmah menyoal dirinya sendiri. Ah, mungkin kerana dia masih lagi dalam fasa terkedu dan terkejut. Sebab itu Humaira mempersoalkan reaksi wajahnya tadi. Masakan tidak, selama ini Mikael tak pernah menunjukkan keprihatinannya pada semua orang yang berada di sekeliling dia, hatta secara terangan atau tersembunyi.
YOU ARE READING
0.1 | M I K A S Y A
Teen FictionMikasya | Kau, Mr Beku Aku. " Wajah ini, aku tak akan biarkan ia mampu untuk tarik perhatian King. " pisau lipat yang saiznya kecil dikeluarkan dari poketnya. " Tolong! Sakit! " jeritnya dengan penuh kuat. Namun jeritan itu menjadi sia sia tatkala...