Lupa sekejap nama-nama watak. Kalau ada tersalah nama, tegur je.
"biar lena aku,
bermimpikan bahagia."JAKARTA, INDONESIA
DATUK ARIED,"Ini adalah laporan terakhir, laporan audit dan laporan keluar masuk wang syarikat yang perlu Datuk semak."
Seorang wanita tinggi lampai di mana rambutnya ikal mayang yang terikat secara toncang beralun ke kiri dan kanan tatkala dia berjalan. Dua dokumen yang agak tebal diletakkan di atas meja, disua kepada lelaki yang tekun membaca e-mel daripada klien mereka.
"Macam apa yang Datuk arahkan hari tu--" skrin ipad disentuh. Datuk Aried mendonggakkan kepala untuk memandang ke arah pembantu peribadinya. "--saya dah kosongkan jadual Datuk selama dua bulan ini. Tuan Irham akan ambil alih tugas Datuk sepanjang tempoh ini. Untuk mesyuarat yang penting, saya dah tunda pada tarikh yang sesuai iaitu dua bulan daripada sekarang."
Sepatah demi sepatah kata-kata yang meluncur keluar daripada pembantu peribadinya itu. Datuk Aried mengangguk seraya membuka kaca mata, meletakkan di atas meja. Jari-jemari kanan dan kiri disulamkan sesama sendiri.
"Dah tempah tiket penerbangan untuk saya?"
"Sudah, Datuk. Saya dah uruskan semuanya. Cuma yang saya hairankan, bukan ke bulan lepas sepatutnya Datuk pulang ke Malaysia? Kena tiba-tiba tukar tarikh, Datuk?"
Datuk Aried tersenyum nipis. Dia mengerling ke arah kanan, melihat satu bingkai gambar yang mengandungi tiga figura yang sedang tersenyum manis.
"Saya ubah fikiran. Saja nak buat kejutan untuk Arash sewaktu pertandingan bola keranjang dia nanti." Balasnya. Jemari kanan bermain di atas permukaan meja. Tak sabar rasanya mahu pulang ke rumah.
"Baik Datuk. Kalau tak ada apa-apa. Saya mintak izin keluar dulu." Wanita itu memberhentikan perbualan antara mereka. Dia menunduk 90 darjah dan berpaling lalu menuju ke arah pintu.
Dalam diam, dia turut mengukirkan senyuman. Baru dia tahu alasan sebenar lelaki itu. Ikutkan rancangan dulu, majikannya akan pulang ke Malaysia sebulan yang lalu. Tapi perancangan asal ditukar secara tiba-tiba pada saat-saat yang terakhir. Nasib baik dia sempat untuk susun semula jadual majikannya. Hanya Tuhan saja yang tahu macam mana kelam kabutnya dia untuk selesaikan segala mesyuarat yang tertangguh.
Bunyi pintu yang ditutup mematahkan angan dan halusinasi Datuk Aried. Lelaki itu menyandarkan kepalanya pada kepala kerusi lantas memejamkan matanya.
"Tak sabar nak balik."
Bertahun-tahun menetap di bumi Indonesia, sudah tiba masanya untuk dia kembali pada pangkuan keluarganya. Walaupun sebentar, tapi dia akan pastikan enam puluh hari yang berbaki itu dimanfaatkan sebaiknya. Tambahan pula, hari lahir anak sulungnya juga akan tiba tidak lama lagi. Bermacam-macam rancangan yang sudah dia susun untuk anak lelaki yang sudah lama tidak ditemuinya sejak dia membuat keputusan untuk menikahi seorang wanita yang bernama Irmah itu.
Muncul di hadapan anak-anak dan ahli keluarga yang dia sangat rindui selama ini, moga ada khabar gembira yang akan menantinya nanti.
SUATU TEMPAT,
MIKAEL.Brek tangan dipulas. Secara spontan, motorsikal berwarna hitam yang dia tunggang berhenti di bahu jalan dan sedikit terlindung di balik pokok dan ranting-ranting yang berjuntainya.
YOU ARE READING
0.1 | M I K A S Y A
Teen FictionMikasya | Kau, Mr Beku Aku. " Wajah ini, aku tak akan biarkan ia mampu untuk tarik perhatian King. " pisau lipat yang saiznya kecil dikeluarkan dari poketnya. " Tolong! Sakit! " jeritnya dengan penuh kuat. Namun jeritan itu menjadi sia sia tatkala...